Komplot (BAB 1)

2.8K 130 18
                                    

Pesanan Penulis : Cerita ini bukanlah SAMBUNGAN kepada kisah REVENGE. Ia adalah SERIES kepada REVENGE. REVENGE 2 adalah cerita baru yang berkisarkan dendam.

Selamat membaca. Selamilah kisah Aisha. Agak-agak kalau ada suami sendiri yang plan nak bunuh isteri dia, apa korang rasa? Geram kan? Macam tulah apa yang Aisha rasa. Kasihan Aisha, mangsa keadaan yang lemah. Okey, penulis ni dah terlebih mukadimah nampaknya.  =D

#######################


AISHA bangun awal pagi itu, usai menunaikan solat Subuh dia membuat sarapan dan segala kerja rumah di rumah agam milik keluarga suaminya. Hampir setahun itu, Aisha sudah biasa membuat semua kerja itu sebelum disuruh. Aisha tahu tempatnya di rumah itu. Jika bukan kerana cintanya pada Akram, sudah lama Aisha cabut lari saja dari neraka itu. Namun, agama Islam yang baru Aisha anuti itu mengajar Aisha supaya bersabar dan bertenang meskipun Akram sendiri tidak lagi tidur sekatil dengannya.

"Aisha, tuangkan Tuan airnya," arah Puan Suraya menjeling ke arah Aisha yang berpakaian hampir serupa orang gaji, rambutnya panjang tidak terikat rapi, wajahnya yang sembab tanpa seculis mekap itu menampakkan lagi yang dia hanya pembantu di rumah itu.

"Mana roti bakar yang aku minta, kau ni lembablah. Patut tak ada anak!" jerkah Tuan Rahim awal pagi itu.

Aisha terkebil-kebil ketakutan, "Maaf Tuan, saya buat sekarang." Aisha meminta maaf dan segera terkocoh-kocoh masuk ke dalam dapur.

Akram yang baru bersiap untuk ke pejabat turun ke bawah. Tiba-tiba getaran telefon menghentikan langkahnya. Segera di mengambil telefon bimbitnya itu dan menjawabnya.

"Helo. Ya. Okey. Demi sayang, apapun abang akan buat. Dah siap semuanya? Bagus. Tak lama lagi sayang jadilah suri dalam rumah abang ni. Daniel sihat?" tanya Akram pada pemanggil itu.

"Daniel sihat saja. Ingat abang, abang hanya ada seorang isteri," pemanggil itu seakan mengugut.

Akram tersentak namun faham, "Iya sayang. Abang tahu."

Usai menutup telefon bimbitnya, Akram turun ke bawah sambil melihat Aisha terkocoh-kocoh menghidangkan sarapan pada keluarganya. Dia herot mulut melihat Aisha yang kelam kabut dan serabut itu.

"Mak, ayah, Faiz. Selamat Pagi." Akram menyapa.

Aisha memandang Akram dan cuba melemparkan senyuman, namun senyuman itu tidak bersambut.

"Kakak, kan Faiz dah kata, Faiz tak nak coklat panas hari ni." Faiz merungut, umurnya 16 tahun ini, tapi sama tidak beradab melayan kakak iparnya serupa orang gajinya.

"Maaf Faiz, kakak gantikan ya." Aisha meminta maaf dan terus masuk ke dapur.

"Apalah nasib kamu ni Akram. Dapat bini serupa macam tu. Itulah mama dah cakap, mama tak setuju kamu kahwin dengan dia kamu nak juga, dah setahun kahwin tapi tak mendatangkan hasil. Bawa sial saja dalam rumah ni!" omel Puan Suraya di meja makan.

Aisha mendengar tiap bait kata-kata Puan Suraya padanya tika itu. Untuk menangis dia sudah kering air mata. Tapi perkataan 'sial' itu seakan mencabar kesabaran dirinya. Aisha juga punya maruah! Aisha sudah tidak boleh bersabar lagi, segera Aisha keluar.

"Kalau Tuan dan Puan anggap saya ni pembawa sial dalam rumah ni. Saya boleh keluar sekarang juga! Jangan maki dan caci saya. Saya juga punya maruah!" marah Aisha pagi itu membuatkan seisi keluarga Akram di meja makan itu terdiam.

Akram bangun dan kemudian menarik Aisha lalu membawanya masuk ke dalam kereta.

"Awak nak bawa saya ke mana?!" marah Aisha.

PEMANGSA (REVENGE 2 - TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now