"Aisha. Abang minta maaf kalau selama ni kamu rasa terseksa dekat rumah tu. Abang pun kesiankan kamu. Tak apa, lepas ni kita pindah." Akram memberikan benih-benih harapan pada Aisha.

Aisha girang. Marahnya tadi bertukar bahagia. Lama sudah Aisha mengharapkan perkara sedemikian. Akhirnya tergapai jua.

"Aisha, hari ni abang nak bawa Aisha ke rumah baru kita. Suka tak?" Akram memandang Aisha dan senyum manis.

Aisha terkejut, semuanya berlaku dengan amat pantas, walaupun pelik tapi Aisha tetap suka. Kini dia bebas! Bebas dari rumah durjana itu!

"Abang beli rumah dekat mana?" tanya Aisha ingin tahu.

"Tunggulah. Sampai nanti Aisha tentu suka."

Aisha rasa pelangi-pelangi indah dalam rumahtangganya kini tiba, syurga bahagia itu akhirnya muncul jua. Setiap hari Aisha berdoa agar dia dan Akram ditautkan seperti semasa mereka baru berkenalan dulu. Aisha masih ingat semasa kali pertama mereka bertemu. Aisha hanyalah seorang gadis biasa dan bekerja di sebuah chalet di Kuantan, Pahang.

Suatu hari ada orang datang ke chalet itu dan salah seorangnya Akram. Kali pertama melihat Akram, Aisha sudah jatuh hati. Namun Aisha tahu, agama adalah pemisah antara mereka. Seminggu Akram di sana dan setiap hari juga Aisha bertemunya. Kesukaan Akram adalah melihat kelip-kelip. Aisha yang menjadi pemandu pelancong pada Akram dan juga rombongan pengunjung yang lain.

********************

"Cik June. Kalau saya bawa balik kelip-kelip ni boleh tak?" tanya Akram ketika itu. Itulah detik pertama Aisha berbual secara terus dengan Akram.

"Maaf encik. Kelip-kelip ni jangka hayatnya tak lama. Cuma satu malam. Maka hargailah apa yang encik lihat di sini." Aisha yang ketika itu masih bernama June menjawab pertanyaan Akram.

Setelah semua rombongan pengunjung balik. Akram masih di situ, melihat kelip-kelip yang berterbangan indah di sekelilingnya.

"Encik. Tak nak balik ke chalet ke? Dah lewat ni," tanya June.

"Boleh tak kalau satu malam ni saya bermalam dekat sini. Awak kata esok kelip-kelip ni dah tak ada kan? Dan lagi dua hari saya nak balik. Lepas tu mesti saya tak jumpa kelip-kelip tu semua." Akram menjawab sambil tersenyum.

Senyuman manis Akram ketika itu mengugar perasaan June. Itulah kali pertama dia melihat senyuman manis seorang lelaki yang ikhlas. Jarang ada orang yang sukakan keli-kelip seperti Akram. Mereka hanya datang melihat keindahan dan pergi begitu sahaja.

"Jadi, encik nak bermalam dekat sini? Encik tak takut?" tanya June lagi.

Akram senyum, "Saya pelanggan. Pelanggan sentiasa betul kan?" jawab Akram.

"Oleh sebab encik berkeras nak stay dekat sini malam ni. Nampaknya saya juga kena stay dekat sini untuk pastikan encik tak apa-apa." June memberitahu.

"Tak apa. Saya bukan budak kecik lagi. Tak perlu. Tapi kalau awak sudi nak temankan saya. Saya okey je."

June pandang Akram yang leka dengan kelip-kelip. Kemudiannya Akram baring di atas tanah dan memandang ke langit.

"Awak pun baringlah sekali," ajak Akram.

"Err..." June segan.

"Bukanlah baring dekat-dekat. Baring jauh-jauh. Nanti tak pasal-pasal pula kan." Akram bergurau.

June hanya memerhati.

Akram pandang ke arahnya, "Laa.. asal awak tak baring lagi?" Akram bertanya, nadanya seakan marah.

"Iya encik. Saya baringlah ni." June herot mulut dan ikut permintaan Akram yang entah apa-apa itu.

"Awak pandang langit tu cantik kan? Rasa macam tengok bintang tu dekat je dengan ada kelip-kelip ni semua." Akram bersuara.

PEMANGSA (REVENGE 2 - TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now