1 | Siapa dia?

5.5K 373 20
                                    

"Thanks Ji Ra. For this 2 years terlalu bermakna buat oppa" Lembut Min Yoon Gi bersuara. Senyuman manis dihadiahkan untuk isterinya Shin Ji Ra. Segala rasa kasih sayang tertumpah pada Ji Ra. Ji Ra tersenyum bahagia.

2 tahun menyulam rasa cinta. Tidak pernah walau sedikit pun hilang rasa sayang dan kasihnya terhadap Yoon Gi. Ji Ra memegang tangan Yoon Gi.

"Terima kasih juga oppa. Sebab terima segala kekurangan yang ada dalam diri Ji Ra. Ji Ra harap hubungan ini kekal hingga akhir nafas Ji Ra" Ji Ra menaburkan janji serta harapan.

"Oppa janji, Ji Ra lah yang terakhir dalam hidup Oppa" Yoon Gi turut mengikat janji. Ji Ra menangis bahagia. Dia percaya dengan janji janji Yoon Gi itu.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

SEOUL KOREA; Seorang bekas penyanyi yang terkenal suatu masa dahulu Min Yoon Gi, 26 Tahun. telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang amat tragik. Beliau difahamkan...

Air mata Ji Ra mengalir perlahan di pipinya. Ditatap jasad Yoon Gi kaku tanpa roh. Nafas terakhir Yoon Gi dirasa sendiri oleh Ji Ra.

"O-oppa.. bangunlah.. Oppa.." panggil Ji Ra dengan nada tersekat sekat. Yoon Gi adalah separuh dari hidupnya. Jika Yoon Gi pergi siapa yang melengkapkan hidup Ji Ra nanti? Digoncang tangan Yoon Gi. Air mata semakin deras.

"Unnie.. dia dah takda" tegur Mi Ra perlahan. Dia hendak Ji Ra terima kenyataan yang Oppa Yoon Gi sudah pergi untuk selama lamanya.

"No way! Tak mungkin! Oppa tipu! Oppa dan janji nak hidup semati dengan Ji Ra! Kenapa oppa mesti pergi ketika Ji Ra perlukan Oppa?!" Digoncang badan suaminya. Berharap suaminya membuka mata semula. Ji Ra seolah tidak dapat menerima kenyataan.

"Oppa! Bangunlah... bangun!!!!"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Oppaaaa!" Jerit Ji Ra. Dia tersedar dari mimpi. Mimpi itu datang lagi.. Ji Ra mengeluh perlahan. Dia termenung seketika. Sudah 2 tahun Yoon Gi pergi. Memori Luka dalam hati masih belum sembuh. Matanya terasa hangat. Dia menolak segala rasa.

Pantas Ji Ra mengambil telefonnya.

"6 petang..." Ji Ra bersuara perlahan. Dia bangun lalu menuju ke bilik air. Hendak bersiap pergi ke kerja.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Hoi Chingu! Lambat kau hari!" Tegur Kim hye Rin rakan sekerja Ji Ra dan juga merupanya sahabat Ji Ra. Ji Ra hanya tersenyum. Kakinya dilangkah ke bar minuman. Diambil botol minuman keras lalu dituang ke dalam gelas.

"Hoi! Kerja kau belum start lagi. Rileklah. Nanti dah habis kerja kau teguklah berapa banyak kau nak!" Tangan Hye Rin merampas gelas dari tangan Ji Ra lalu buang ke singki. Ji Ra hanya menjeling. Baru nak rasa nikmat. Hais!

"Okay then" Laju tangan Ji Ra mengambil pil khayal di tempat tersorok lalu dimakan satu. Hye Rin mula risau.

"Boleh ke kau buat kerja nanti?" Soal Hye Rin. Ji Ra mengangguk.

"Boleh. Jangan risaulah, bukan banyak pun aku amik" selamba Ji Ra bersuara. Hye Rin merenung sahabatnya. Dia dapat menghidu sesuatu.

"Kau macam ni mesti ada masalah kan?" Tembak Hye Rin. Ji Ra mengeluh. Tepat sekali tekaan Hye Rin. Dah seolah dia tau apa masalah Ji Ra ini. 6 tahun berkawan cukup buat Hye Rin kenal perangai Ji Ra.

"Sudahlah Ji Ra.. dia dah takda. Kalau dia tengok keadaan kau sekarang, mesti dia tak suka" lembut Hye Rin menasihati. Ji Ra diam. Memang ji Ra dulu dan Ji Ra sekarang jauh beza. Segalanya berubah setelah Yoon Gi pergi.

Jika dulu Ji Ra langsung tak sentuh minuman keras dan pil khayal. Sekarang dah jadi makanan buat Ji Ra. Dirinya rela disentuh dan diraba oleh lelaki yang hanya mahukan kepuasan. Hampir setiap hari Ji Ra berjaya mendapat 'pelanggan' baru untuk perkhidmatan batinnya.

Sekali lagi Ji Ra mengeluh. Hye Rin tak faham. Bukan dia minta semua ni. Akibat kesedihan yang mendalam dan mampu membunuh jiwanya Ji Ra sanggup buat semua ini demi menghilangkan rasa gundah dalam hati.

"Lantaklah Hye Rin. Aku nak kerja ni" tangan Ji Ra mengapai pen dan kertas. Di pergi ke setiap meja untuk mengambil pesanan. Hye Rin menggeleng. Dah berbuih mulut ini nasihatkan tapi Ji Ra tetap dengan pendiriannya.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

"Hai Sir, can i take you order?" Sapa Ji Ra. Chimie mengangkat wajahnya. Untuk seketika dia terpaku. Degupan jantung terhenti. Matanya tidak berkelip melihat wanita yang berada dihadapannya.

Ji Ra kekal senyum dihadapan Chimie. Cepat cepat Chimie sedar.

"Erm. Macam biasa" Chimie bersuara.

Ji Ra mengangguk tanda faham. Memang kebiasaan bila pelanggan cakap begitu maknanya minuman itulah yang mereka hendak. Lalu Ji Ra beredar ke meja lain. Mata Chimie masih belum melepaskan Ji Ra.

Melihat kemesraan Ji Ra melayan kerenah lelaki lain timbul rasa cemburu dalam hati.

Siapa dia?

Bersambung...

______________________________________

Sympathy | pjmWhere stories live. Discover now