Bab 31 | Wasiat

6.3K 344 8
                                    

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu menyentakkan aku. Aku terus menjerit,

" Masuk! "

Terpacul wajah Suria, salah seorang pekerja ku yang... haih payah nak terangkan. Dia lah ratu gossip. Ratu gedik.

" Awak nak apa, Su? " Kata aku malas. Malas nak melayan.

Suria laju duduk di kerusi di depanku.

" Hmm Cik Aira.. Saya nak tanya sesuatu ni. " Suria tersenyum gedik. Nak membodek la tu.

" Ya.. Apa dia ? "

" Hmm.. Encik Zariq tu ada nombor phone tak ? Kalau boleh... "

" Awak boleh keluar sekarang Suria. " Aku mula menajamkan pandangan mata aku padanya. Hati mula mendidih.

Tengok. Baru satu hari Zariq kat sini, dah ada yang berani minta nombor telefon. Ingat aku nak bagi ?

Muka Suria mencebik.

" Alaaa Cik.. "

" Tolong hormat saya kat sini, Suria. " Aku berkata keras.

Mulut Suria mencebik. Dia bangun dan menghentakkan kakinya lalu keluar.

Aku melepaskan nafas lega. Butang interkom ditekan.

" Alya, masuk sekejap. " Aku melepaskan butang interkom itu. Dahi aku dipicit sedikit.

" Ya Cik Aira ? " Alya melangkah ke depan meja aku.

" Mulai dari harini, saya nak awak dan Liyana buat pengumuman dekat pekerja bawahan, tak kisah department apa pun. Tolong halang diorang naik ke floor ni. Kalau ada hal penting, better make appointment first. Dan lagi satu, pekerja yang totally takde kena mengena boleh dihalau ya. "

Alya siap mencatat apa yang aku kata. Dia memandang aku.

" Boleh saya tahu kenapa ? "

" Haih.. Tadi si Suria dia main terjah je. Lepastu, saya ingatkan ada hal penting ke apa. Rupanya nak minta nombor telefon Encik Zariq semata. Haih.. Nasib baik saya masih lagi boleh bersabar. "

Alya tersenyum.

" Baiklah. Nanti saya dan Liyana akan buat pengumuman ya. Itu saja Cik Aira ? "

" Ya. Tu je. Kalau boleh secepat mungkin. Terima kasih, Alya. "

Alya hanya mengangguk faham lalu mahu melangkah keluar.

" Hmm Alya, hari ni awak lunch dengan siapa ? " Tanya aku.

Alya berpaling. " With my husband of course. " Alya tersenyum penuh makna.

Aku ketawa.

" Okay. Jangan nakal-nakal. " Usik aku.

Alya ketawa senang.

" Tengoklah macam mana. " Jawabnya nakal lalu ketawa besar. Dia melangkah keluar.

Aku menggelengkan kepala dengan gelagatnya.

********

Aku berjalan lemah ke bilik pejabat Zariq yang berada di hujung depan; bilik yang boleh nampak permandangan indah Kuala Lumpur ni.

Pintu aku ketuk dan masuk. Zariq kelihatan berkerut wajahnya. Mungkin pening atau keliru. Dia mengangkat wajahnya memandang aku.

Hati Si Dingin. Where stories live. Discover now