Bab 24 | Ajal

5.2K 316 2
                                    

[ Aira POV ]

Aku tersenyum kepada Mak Leha. Rindunya aku pada Mak Leha. Dan juga Zariq. Erk.

Sudah sebulan aku tinggalkan rumah ini dan semalam baru aku balik ke sini semula. Dan Alhamdulillah SPM dah habis! Aku dah buat sehabis boleh dah. Harap keputusan cemerlang lah.

" Hah Aira! Ni makan cepat. Kang boleh pergi hospital sama-sama. Kak Zahra dan sampai airport. Kawan dia ambil. " Mak Leha mula membebel.

Aku hanya tersenyum. Roti bakar dicapai dan ngap! Sedap.

Apabila terdengar nama Kak Zahra, hati aku lega. Boleh juga Kak Zahra jumpa dengan papa.

" Zariq mana Mak Leha ? " Tanya aku. Terselit rasa kekok apabila menanya tentang Zariq.

Mak Leha tersenyum penuh makna.

" Zariq awal-awal dah gerak. " Mak Leha tersenyum mengusik.

Aku mencebik. Mak Leha ni memang.. eyyyy...

Seketika , kedengaran telefon aku berbunyi. Segera aku mencapai lalu laju menjawab panggilan itu.

" Helo ? "

" Helo ? Aira! Datang hospital sekarang! " Suara ibu jelas cemas.

Aku juga ikut cemas.

" Ibu ? Kenapa ni ?! " Aku mula membersihkan tangan dan mulut.

" Aira, datang je sekarang. Cepat! " Talian dimatikan.

Aku termangu. Kenapa ni ?

" Aira .. " Mak Leha menggoncang bahuku.

" Err Mak Leha! Jom cepat! Kita pergi hospital. " Aku mencapai membantu Mak Leha mengemas meja. Cemas dan risau.

Kami segera ke hospital yang menempatkan papa. Di dalam kereta, tak habis-habis aku berdoa supaya keadaan papa selamat.

Sampai sahaja, aku segera ke tangga kecemasan berdekatan. Lebih pantas berbanding lift. Lagipun wad papa tingkat 2 je pun. Mak Leha ditinggalkan bersama Pak Leman untuk mencari tempat parkir kosong.

Aku terus ke kawasan bilik wad papa. Bayang ibu yang sedang duduk di kerusi menunggu menjamah mata. Terus aku peluk.

" Ai.. Aira.. " Suara ibu jelas kedengaran tersekat-sekat. Sayu hati aku.

Aku mengusap belakang ibu.

" Kenapa ni ? "

Ibu tidak menjawab soalan ku. Aku hanya membiarkan. Tiba-tiba pintu bilik papa dikuak. Dr. Arsyad keluar dengan wajah yang bersalah.

Zariq yang kebetulan sudah tiba di situ terus meluru ke arah Dr. Arsyad.

" Macam mana doktor ? " Tanya Zariq keras.

" Saya harap bersabar ya. Sekarang Datuk sudah tak banyak masa. Awak semua boleh mejenguk Datuk. " Kata Dr. Arsyad.

Zariq dengan pantas masuk ke dalam bilik diikuti ibu. Aku berterima kasih kepada Dr. Arsyad sebelum masuk ke dalam.

Hiba. Sayu. Itulah perasaan aku. Papa yang sudah tidak bermaya menahan sakit mengusap kepala Zariq.

" Papa... " Aku menyapa lembut. Tangan papa dicium.

" Aira. " Jelas senyuman yang diberikan oleh Papa amat pahit.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar.

" Papa! " Kak Zahra meluru ke arah katil dan memeluk erat Datuk Farid.

Aku memberi ruang untuk mereka. Aku keluar dan duduk di kerusi. Hati aku jadi sebak tiba-tiba.

********

Hati Si Dingin. Where stories live. Discover now