Bab 26 | Menunggu

5.6K 324 5
                                    

6 tahun kemudian...

" Aira! " Suara kak Zahra memanggil kuat.

Aku tersentak. Laptop aku tutup sekejap lalu cepat kaki melangkah turun.

" Ya kak! Ada apo ? " Tegur aku sebaik sahaja duduk di sofa.

" Ni akak dapat panggilan dari Alya. Dia kata Aira ada meeting dengan arkitek dari Berjaya Holding. Esok pagi pukul 8. Dekat kafe bawah pejabat. " Zahra berkata.

Aku pula pelik. Kenapa Alya bagitahu kak Zahra ? Tak bagitahu aku terus ?

" Dia kata dia call Aira. Tapi tak angkat pun. "

Kak Zahra menggelengkan kepalanya. Aku pula tersengih. Baru teringat phone aku dalam beg. Tak keluarkan pun.

" Hehehe. Okay okay. Esok Aira terus pergi sana. Thank you my sister! " Aku sempat mencium pipi kak Zahra sebelum berlari naik.

" Sister in-law ! "

Aku terus berhenti di anak tangga. Kak Zahra sedang ketawa mengusik.

" Akak ni.. " Aku menjeling sebelum berlari semula ke atas.

Sampai di bilik, aku rebahkan tubuhku.

Teringat aku pasal usikan Kak Zahra tadi.

Sebenarnya, kak Zahra dah tahu perasaan aku. Dan dia pun sama sokong. Gila betul.

Selama 6 tahun, aku masih menunggu kepulangan ' si dia '. Apa khabar agaknya ? Sihat ke tak ? Macam mana agaknya rupa dia sekarang ? Kacak lagi atau bertambah kacak ? Dia ambil jurusan apa ? Dia duduk dengan siapa ?

Macam-macam lagilah persoalan aku dalam kepala ni. Tapi semua tak berjawab. Arghh aku rindu dia! Rindu sangat!

Eh hah! Nak bagitahu, sekarang umur aku dah 23 tahun! Dah habis belajar. Alhamdulillah. Dan sekarang aku sedang uruskan syarikat arwah papa, Farid's Holdings. Sebelum ni, Paklong Zuki yang uruskan. Dan bila aku dah 22 tahun, syarikat tu diberikan kepada aku. Sebab aku dah layak katanya.

Kak Zahra pula sedang sibuk menguruskan kliniknya yang baru sahaja dibuka di Malaysia ni.

Bip. Bip.

Bunyi mesej masuk kedengaran. Aku dengan pantas mencapai beg tangan yang berada di atas rak. Diselongkar sehingga tangan dapat mencapai telefonku.

From : Alya
Esok cik Aira ada meeting with cik Syatilla, architec from Berjaya Holdings. Jangan lupa. Saya inform ni sebab risau cik Zahra lupa nak bagitahu cik. Tu je.

Aku tersenyum. Alya ni sebenarnya setiausaha aku. Dia muda setahun je. Tapi dia punya takut dengan aku, macam aku ni singa tua pulak.

Me
Alright. Tadi baru je Zahra bagitahu saya. Thankyou, Alya.

Aku menyimpan telefonku. Tapi tak sampai seminit, aku keluarkan semula. Aku buka aplikasi Instagram. Lambang ' search ' aku tekan. Segera nama yang berada paling atas aku tekan.

Aku lihat feed yang masih lama. Tiada gambar terbaru. Kali terakhir gambarnya ialah gambar kami bersama. Gambar berada di pantai dan Zariq paksa aku selfie.

Serta merta kenangan masuk ke memori. Kenangan aku berkejaran dengan dia di pantai sambil aku baling tepung dekat dia. Lepastu aku ubatkan tangan dia yang berdarah sebab dia jatuh.

Airmata aku mula menitis jatuh ke skrin telefon. Tepat mengena pada gambar aku dan Zariq..

' Zariq, aku rindu kau. '

Hati Si Dingin. Where stories live. Discover now