FORTY-FIVE

2.9K 218 17
                                    


"Nah.." Sampul surat ditangannya dibaling ke atas katil dimana Sehun sedang berbaring bersama handphone ditangan.

Matanya dialihkan dari skrin telefon dan mencapai sampul surat itu. "Apa ni?" soalnya.

Saejin yang sedang mengeluarkan beberapa helai pakaiannya terhenti dan mendekati Sehun. "Setahu aku kau masih tak cacat lagi dan tahu bagaimana nak bukak sampul surat tu.. So bukaklah!" perli Saejin.

Sehun menggulingkan biji matanya "Sassy as always." Bebelnya perlahan sambil membuka sampul surat itu dan isi di dalamnya membuatkan dahinya berkerut.

"W-what is this?" Sehun menyoal.

Kali ini Saejin pula yang menggulingkan biji matanya dan terus merampas sampul surat itu dari tangan Sehun. Kepalanya digelengkan. Benda macamni pun boleh buat Oh Sehun terkejut ke? Kepala Sehun ditunjal sekali.

"Ni tiket! Tiket penerbagan pergi Jeju! Tak nampak ke?!" Ujar Saejin.

"Aku tahulah! Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Jongin datang sekejap tadi bagi. Aku tanya nak jumpa kau ke tak dia kata tak nak sebab dia nak singgah hantar ni je."

"Ooh.. aku ingatkan kau nak ajak aku pergi bulan madu.." Sehun mengusik.

"Eww.. No! Tu pun Jongin yang ajak kalau tak kau ingat aku nak?"

"So mean." Sehun pout. "By the way, kenapa dia bagi?"

"Dia cakap dia ajak semua orang pergi trip kat sana tapi ramai yang sibuk then dia cakap dia, Chanyeol, Kyungsoo, Chen, Kris, Tao, Luhan... and.. B-Baekhyun je boleh pergi. and tiket pun ada lebih. " Terang Sehun.

Sehun tersenyum kecil. Dia tahu Saejin masih tidak selesa dengan Baekhyun. Untuk Saejin menyebut nama Baekhyun mahupun Hani pun susah walaupun sudah seminggu perkara itu berlalu.

"Oh.. So kau nak pergilah ni?"

"Aku on je janji ada kau." Saejin tersenyum dan mencubit lembut pipi Sehun tatkala melihat mata lelaki itu berubah menjadi bentuk bulan sabit. (Means Sehun senyum.)
_____

Pada pagi itu Sehun yang membuka matanya dahulu. Rasa hangat tubuh Saejin yang berada di dalam dakapannya membuatkan bibirnya tersenyum dan terus bibirnya melekat di ubun-ubun si gadis. Pelukkan diketattkan lagi dan mengegela nafas lega melihat Saejin masih lagi bernyawa dan sihat bersamanya. Betapa dia berharap dan berdoa perkara seperti ini akan berkekalan lama.

"Dah bangun?" suara serak Saejin didengarinya.

"Urmm.." Gumam Sehun

"I'm so excited for Jeju." Saejin bersorak dengan sisa kantuknya.

"Macam kau tak pernah pergi."

"Pernah tu memanglah pernah tapi masa tu aku pergi dengan Mingyu and Seungcheol.. now kau ada so aku yakin ianya akan jadi percutian terbaik untuk aku! I'm so excited!" terang Saejin.

"Kau ni masa kecik mak kau bagi kau minum susu ke air gula hah? mulut tu manis je." ucap Sehun dan mencium dahi Saejin, gadis itu tertawa kecil.

"Dahlah.. aku nak mandi. Kita janji dengan dorang pukul 8 sekarang dah nak dekat pukul 7 dah. "

"Jom mandi sekali!"

Kepala Sehun diketuk. " Tak nak." ujar Saejin dan terus beredar. Sehun tertawa dan menggeleng kepalanya sebelum tidur menjemput dirinya.
_____

"Jeju.. Jeju.. Jeju!" Sambil memegang erat tangan Sehun, Saejin skipping keriangan menuju ke pintu airport.

Sehun menggeleng sambil tertawa. Bukan senang mahu melihat Saejin gembira begini. Tetapi dia berasa kurang senang tatkala melihat beberapa orang rakannya dan Hani berada tidak jauh dari situ. Mungkin Saejin masih belum perasan.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now