Reef masih tak bangun. Tadi pun aku keluar tanpa kebenarannya akibat perut yang dah berkeroncong. Kebetulan di sekitar Jakarta ini terdapat pelbagai butik menarik aku tertambat ingin kesini.

Aku perlu pulang sebelum jam 3 kerana Reef suruh mengejutnya tadi. Entah, mungkin ingin berjalan-jalan. Sedang laju berjalan, mata aku tertancap pada sesusuk tubuh yang sangat mengiurkan pada pandangan mata lelaki. Perempuan itu sedikit familiar bersama seorang lelaki. Aah! Pedulikan.

Aku tiba di hotel terkemuka di situ dan segera ke bilik yang bernombor 014 yang telah ditempah itu.

Aku menjenguk kearah katil. Tiada! Aah matilah aku. Reef dah bangun. Tapi dia dimana? Bilik air? Ya. Pintu bilik air berkunci walaupun tidak mendengar deruan air dari dalam.

Tiba-tiba aku mendengar satu jeritan dari dalam serta bunyi hempasan barang yang boleh disimpulkan bahawa Reef sedang mengamuk. Aku panik. Apa kena dengan dia?

Tok! Tok! Tok!

"Reef!"

"Reef Putera! Buka!"

Aku mengetuk menggunakan tapak tangan dengan menjerit namanya.

Pintu dikuak kasar dari dalam. Muncul wajah dingin, baran, marah yang ditunjukan Reef. Aku menjadi semakin takut. Takut diapa-apakan. Jantung dah berdegup kencang ni.

Reef menghampiri aku. Bahuku digoncangnya kasar. "Kau milik aku! Kau milik aku!"

Aku terasa sedikit gegaran dek goncangannya itu. Hati semakin rumit. Otak berhenti untuk memproses apa yang terjadi kerana aku betul tak faham dengan situasi sekarang ni.

"A-awak!" Aku menjerit. "What are happens to you?" Soalku cuba menarik tangannya dari terus membuat tubuhku sekejap kehadapan sekejap kebelakang.

Dia meraup mukanya kasar. Aku takut untuk memujuknya agar berlaku sedikit tenang.

"What happens?" Soalku lagi lembut. Tidak mahu mengacau emosinya yang agak tidak stabil ini.

Lagipun tujuan utama kami kesini untuk bercuti. Tapi lain pula yang jadi.

Reef memberiku satu jelingan dan terus berlalu meninggalkan bilik ini. Aku terduduk menangis disitu. Apa yang cuba Reef sembunyikan? Apa kena dengan dia tadi? Kenapa dia buat aku macam ni?

Bertalu-talu soalan yang bermain di mindaku.

REEF PUTERA bermain dengan telefonnya. Dipusingnya iPhone 6 miliknya menggunakan ibu jari dan jari tengah. Perkara tadi masih berlegar-legar. Dibukanya lagi sekali mesej dari lelaki pedendam petang tadi.

From: Mikail bangsat
Time: 2.35 p.m.
Bro? Rindu aku? Sekarang ni aku dengan kakak tersayang kau, kiteorang tengah enjoy. Nak tahu kat mana?

From: Mikail bangsat
Time: 2.36 p.m.
Dekat mana? Jakarta lah. Wife kau pun ada.

From:Mikail bangsat
Time: 2.37 p.m.
JANGAN LUPA JANJI LAMA. APA YANG KAU SURUH SEMUA AKU DAH BUAT, JADI AKU NAK APA YANG AKU NAK! Faham?

Aku menghempaskan telefon diatas meja makan di restoran terkemuka di ibu negara Indonesia ini. Semua mata memandang aku. Pedulikan!

Kisah hampir 3 tahun lepas bermain di mindaku walau tidak seingat mana.

"Aku nak kau takeover aku. Lagipun kau kan kawan aku, Mika? Takkan tak boleh?" Rayu Reef membuat muka sayu.

"Takeover? Takkan kau nak suruh aku travel ke Singapore semata-mata nak pas tawaran tu?! Kat Malaysia pun ada kut," Mikail malas mahu layan kerenah Reef yang tah apa-apa.

Lagipun leader rakan bisnes ni abang Mikail kut dia pulak yang suka-suka nak arahkan orang.

"Alah, lagipun aku ada kerja nak bagi kat kau," Reef mengangkat kening manakal Mikail pula sudah menggaru kepala. Pelik.

Kerja? Kau ingat aku orang upahan kau, desis Mikail.

Mikail tidak menjawab malah tersenyum sinis. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukan sekeping gambar seorang perempuan.

"Ni, kau nampak perempuan ni?" Soal Reef kepada Mikail sambil menayangkan iPhone nya kearah Mikail.

Mikail membulatkan mata. "Wuu! Hot ni!" Dia mencapai telefon milik Reef lalu menatap wajah perempuan itu lama dengan pandangan yang nakal.

"Dia ni anak lelaki tak guna tu!"

Mikail memandang Reef. Dahinya berkerut. "Siapa?"

"Lelaki yang hancurkan El tu!" Jerit Reef perlahan.

"Kakak kau?" Soalnya lagi bodoh.

Reef Putera mengangguk.

"Jadi apa kaitannya?"

"Aku dah hancurkan keluarga bahagia diorang termasuk mak bapak dia. Jadi, dia akan dihantar ke Singapore," Reef menarik nafas perlahan. "Aku nak kau goda dia!" Sambungnya lagi.

Okey pernyataan ini memang tak masuk akal. Mikail tertawa sinis. "Kau gila ke apa?"

Reef Putera tetap dengan wajah seriusnya. "Aku serius."

Tawa Mikail terhenti. Dia memandang wajah Reef tak percaya. Seketika dia kembali tersenyum semula. "Apa aku akan dapat?" Soalnya sinis.

Reef tersenyum. Rancangannya hampir berjaya. Perempuan itu akan musnah.

Reef Putera berhenti dari menggelamun. Jam menunjukan angka 11 malam. Dari petang tadi dia tidak balik ke hotel. Entah dah makan ke belum Sofea, dia tidak tahu.

Reef segera bangun dan membuat pesanan bungkusan Spageti Mushroom. Dia balik ke hotel dengan niat ingin melupakan semua kisah-kisah hitam dia. Terdetik sesaat dalam hatinya yang dia sepatutnya menjaga Ariana Sofea.

Bukan tempat untuk melampiaskan nafsu semata-mata.



Part ni banyak flashback. Hope faham. Keep reading, vote and comment.
Jangan lupa juga follow author!


Next

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis Red Lips (18SX)Where stories live. Discover now