Chapter 6

39.5K 418 7
                                    

Aku keluar dari butik Adidas dengan memegang satu paper bag kasut Adidas yang dibeli tadi. Akibat ada offer lumayan dengan pembelian RM 150 keatas pelbagai trendy, ini masanya untuk berlabuh.

Dari luar butik di bangku shopping mall, kelihatan wajah sugul Reef Putera yang masam mencuka. Aku melabuhkan duduk di sebelanya. Beg kotak berisikan kasut berjenama itu aku tayangkan kemukanya. "Done!"

Reef memandang kosong. Aku segera bangun ingin berlalu ke butik lain pula tanpa perlu mengingati keletihan dan kelenguhan kaki sepanjang mall ini. Melihat Reef masih tidak berganjak dari duduknya, aku menarik tanggannya agar segera membontoti aku.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya keras. Namun langkah tetap diaturkan jua.

Aku masih tidak menjawab soalannya malah mata makin galak mencari setiap pelosok butik yang punyai item mengikut cita rasa.

Jam? Baru je beli tiga minggu lepas. Handbag? Ada dua lagi stok tak pakai. Dress dan sewaktu dengannya? Em, itu idea yang baik.

Segera langkah demi langkah digagahkan dan laluan ke butik di tingkat atas memerlukan untuk menggunakan escalators. Bukan tiada butik baju di aras ini, tapi tiada yang berkenan.

Mujur tanggungjawab yang dipikul Reef sebagai suami mampu dilaksanakan dengan baik, memberi duit nafkah dan simpanan setiap bulan seperti mana yang dijanjikannya pada hari pertama kami bergelar suami isteri dan setiap kali membeli belah.

Itu bukan mujur, tapi bala.

Aku tiba di butik Mango. Disini, lebih kepada pakaian elegan jeans dimana si penggaya yang inginkan kelainan setiap fesyennya. Harga pun agak 'Mango' lah!

Aku keluar dari semua setiap butik dengan hati yang girang. Reef yang melihatnya rasa mahu menyampah. Beginikah nasibnya beristerikan yang gemar membeli belah sampai tak ingat dunia!

Penat ke hulur ke hilir aku membuat keputusan untuk ke bawah semula untuk ke cafe yang terdapat di situ bagi menghilangkan dahaga. Reef sempat order set Abalon bersama wasabi di Sushi King beserta Nasi Bento semasa kami di tingkat dua yang akan menuju ke tingkat satu pula.

Disitu cuma terdapat kafe Starbucks, jadi Reef buat pilihan untuk minum di situ saja. Dia mengambil order di barista sementara aku hanya berteluka memandang setiap gerak geri manusia yang semakin galak kesini.

Ada sepasang pasangan yang galak memandangku. Kemudian, mereka berbisik sesama sendiri. Aku malas mahu ambil pusing segera mengadap screen iPhone dan upload kesemua gambar-gambar shopping tadi ke Instagram. Akaun Reef aku tag kerana terdapat wajah suamiku di situ.

Seperti perempuan yang lain, aku juga gemar selfie. Tapi tidak terlalu obses. Sekadar mahu berkongsi keriangan hidup ini kepada ratus ribu followers saja.

Kerusi dihadapan meja ditarik seseorang. Aku menoleh. Reef dengan muka dinginnya meletakkan dua cup Mocha di atad meja berserta suku piring Red Velvet.

"Kenapa muka masam?" Soalku tanpa riak.

Dia tidak memandangku langsung sebaliknya turut gemar bersosial di laman internet.

Zaman sekarang kemana saja pasti telefon saja ditangan.

"Kau tag aku?" Soalnya masih dingin.

Aku mengganguk.

"Padam sekarang!" Arahnya.

Aku mengerutkan dahi. Apa masalahnya? "Kenapa?"

"Kau nak orang tahu ke?" Reef mengangkat sebelah keningnya. Mocha di depan disedutnya perlahan. Garfu di sudut piring dicapai bagi memudahkan urusan mentelaah keknya.

Gadis Red Lips (18SX)Where stories live. Discover now