"Ke-kenapa?" Soalku gagap bercampur gerun. Aah semua ada. Takut, gerun semua lah.

"Kau tanya aku kenapa? Ei perempuan kau tanya bapak kau tu, apa yang dia dah buat dengan kakak aku?"

Okey jap! Papa? Apa yang papa buat? Tidak mungkin papa akan berlaku tidak senonoh belakangnya. Terutama dengan kakak lelaki ini.

Bingung.

"Papa buat apa?" Soalku cukup ingin tahu.

"Jangan jadi bodohlah perempuan. Kau dengan bapak kau sama je, takda maruah!" Reef menempelak habis-habisan dan aku kali ini tidak perlu takut lagi dengan manusia yang sedang bermain bersama maruah aku.

Aku benci.

Pipi Reef ditampar kuat. Ppang! Itu balasan yang patut kau dapat. Aku tak suka orang bercakap fasal maruah dengan aku. "Melampau! Aku ada maruah."

Reef Putera memegang pipinya yang kemerahan akibat tamparan aku. Aku tersenyum sinis. Aku perlu berani. Maruah keluarga harus dijaga.

Reef Putera tidak mahu terus kalah. Dia juga turut ingin mengangkat tangan, melakukan perkara yang sama. Mukaku sedia aku tadah.

3 saat. Tiada sentuhan menyakitkan hinggap di pipiku. Aku membuka mata perlahan. Terlihat Reef masih dengan tangan kananya yang seperti sudah sedia menamparku. Tapi hasratnya terbatal. Entah apa yang mengubah fikirannya untuk tidak menampar balik tamparan perempuan di hadapannya.

"Dayus," aku berkata perlahan seraya meninggalkan Reef yang terpinga-pinga. Tanpa membuang masa, aku meluncut laju Picanto kesayanganku dari kawasan durjana ini.

Sepanjang perjalanan, aku hanya ditemani air mata yang tidak henti-henti. Sesekejap bahuku terhinjut menahan sendu yang pilu.

Di screen phone aku dapat lihat tertera nama Mikail yang menelefonku. Namun itu hanya akan dibiar sepi.

Aku berhentikan kereta di tepi lebuhraya yang sepadan jalan raya memandangkan aku berada di jalan raya kedua iaitu jambatan. Aku menjerit sekuat hati! Tiada siapa dengar.

Aah!

Tangisan sudah tidak dapat dibendung. Aku terduduk di hujung kereta.

Setelah hampir setengah jam melepaskan tangisan aku pun pulang. Semoga 'dayus' itu tiada di rumah jadi aku tidak perlu menghadap mukanya.

Setengah jam selepas itu baru aku tiba di kondo mewah milikku. Aku melangkah lemah. Namun hatiku masih tidak beragak lagi untuk masuk kedalam rumah. Jadi aku membuat pilihan untuk memecahkan tangisan sekali lagi di bangku hadapan pintu rumah.

Biarlah orang dengar.

Reef Putera juga baru tiba di kediamannya. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara manusia yang sedang menangis mencuri tumpuannya. Dia mengendap di sebalik dinding lif dan ternyata orang yang disangka, perempuan itu.

Hatinya dirundung bersalah. Tapi itulah yang sepatutnya perempuan itu dapat kerana keluarganya telah hampir membuat keluarga Reef Putera hancur. Kakaknya dirogol oleh bapa Sofea itu sendiri.

Seorang bapa yang bercerai dengan isterinya akibat perbuatan suami yang agak hipokrit sehingga anak dara orang menjadi mangsa. Masalahnya, anak dara itu ialah kakak Reef Putera.

Tapi bila teringat balik peristiwa tadi, mujur dia tidak berkasar dengan Sofea kerana perempuan itu tidak bersalah dan punca semua ini dari bapanya. Jadi mengapa aku harus berkeras dengannya tadi, desis Reef Putera.

Kes Reef ditampar ibarat perkara biasa kerana memang patut pun dia ditampar, siapa suruh lepas mulut saja.

Reef nekad. Dia berjalan dan berlagak seperti biasa namun riak marah masih berbaki tatkala melihat wajah perempuan itu. Tanpa perlu menegur memandangkan emosinya agak tidak stabil sekarang, Reef terus meluru tanpa memandang Sofea.

"Tunggu!"

Langkah terus mati. Reef memandang si pemilik suara yang sedikit sendu itu.

Nak apa perempuan ni?

Reef membalas pandangan tajam. Konon masih protes! "What?!"

Aku mendekati lelaki di hadapan ini setapak. Air mata sedikit kering kerana setiap laluan menuju setiap tingkat kondo mempunyai pendingin hawa. Jadi memang mudah air matanya kering.

"Nama kau siapa?" Soalku mendatar. Tidak perlu kot berkasar dengan orang yang telah menjadi mangsa bapaku ini.

Menyesal aku pulang ke Malaysia.

"Reef Putera."

Dia menjawab dengan lagak seperti biasa namun aku hanya biarkan. "Aku, Ariana Sofea. Just call me Sofea," aku menghulurkan tangan ingin berjabat. Namun dipandang hina Reef Putera.

"Aku taknak bersentuhan dengan anak perogol," Reef Putera terus masuk ke rumah dan pintu rumahnya di rentap dari dalam kasar.

Hatiku bagai dirobek. Hinakah aku? Apa salah aku? Papa, kenapa buat Sofea macam ni? Sepatutnya Sofea stay je dekat Singapore.

Aku menjerit sekuat hati. Memang cukup kuat, aaahhhhh!!

Reef yang berada di dalam rumah bersandarkan pintu hanya mampu memejamkan mata kerana dia baru tersedar yang kata-katanya tadi agak melampau sehingga membuatkan gadis berbibir merah sepertinya fobia dengan seorang lelaki yang beribu masalah.

Ya! Itu satu kelebihan dari gadis itu yang semua orang nampak. Bibir sexynya serta kemerahan ditambah aroma lipstick. Cukup buat imanku goyah. Bukannya aku tidak pernah menyentuh perempuan itu.

Minggu lepas.

So how? Okey kalau suka pls vote n komen. Suppoters skit keyh, readers? Btw ni sebenarnya dah lama dalam draft. Simpan je.


Next

Gadis Red Lips (18SX)Where stories live. Discover now