6

3.5K 355 60
                                    

"Eh! Korang kecil lagi tau! Kenapa tengok benda tak elok macam tu?!" Marahku sambil menunding jari ke arah selimut Jungkook yang tersepuk di atas sofa.

Menyuruh Seokjin mengambil kain yang dibuat dari tenunan sutera lembut itu.

"Alah, mana kami tahu. Dalam internet kata macam tu." Taehyung menjuihkan bibir sambil menggentel telinga costume arnab Jungkook.

Aku pandang mereka. "Hah, sekarang dah tahu kan? So, tak payah tengok." Kataku tegas sambil menyelimut Jungkook.

Puting susu bayi berwarna kuning berkeychain beruang kecil miliknya aku sumbat ke dalam mulutnya.

"Nae.." Mereka berdua menundukkan kepala.

Aku menjeling kecil. Sebaik sahaja kelihatan Jungkook sudah kaku di atas tilamnya, aku bangun dan mara ke arah dapur.

"Korang dua tengok dia kejap. Noona nak pergi bancuh susu."

"Kami nak ugakk!!" Aku toleh ke atas, mereka semua dah bangun.

Termasuk Jimin. Ada senyuman di bibirnya. Nampak macam mood dia dah okay. Hati aku terasa sedikit lega.

Aku mengukirkan senyuman tanpa sedar. "Nae, turun elok-elok, and please jangan ganggu Jungkook." Kataku dan kembali menghayun langkah ke ruang tamu.

TV yang berkaca hitam aku hidupkan. Serta-merta keluar satu figura yang sedang sibuk berbicara tentang masalah dunia yang entah bila akan tamat. Aku ubah siaran untuk mencari sesuatu yang menyeronokkan dan bersifat kebudak-budakkan.

Ahah! Jumpa satu. Upin Ipin. Erm..boleh ah dari takde lansung.

"Yeay!" Mereka semua turun ke bawah. Satu persatu anak tangga mereka jejak. Sebelum melompat ke bawah tatkala tiba di anak tangga yang ketiga.

Destinasi mereka hanya satu. Depan TV. Masing-masing melabuhkan punggung di atas lantai dan duduk mendongak ke arah skrin tv itu.

Aku membuka tin susu. Nasib baiklah mak sempat ajar cara nak buat susu sebelum aku jaga mereka semua ni. Tah, sedap la kot.

"Noona! Toongew nak tambah black pearl tau!" Tiba-tiba Yoongi menjerit dari ruang tamu.

"Jinnie nak jelly beans!"

"Tae nak coklat nasi!"

"Namjoon nak perisa apple."

Ah, banyak cantik muka korang. Memang tak ah aku nak tambah benda pelik-pelik camtu!

Aku mendekati beg galas kecil mereka yang aku kumpul di sudut ruang tamu. Satu persatu beg itu aku selongkar untuk mencari botol susu masing-masing. Antara mereka, hanya Seokjin dan Yoongi yang tidak mempunyai botol.

"Seokjin ah, Yoongi ah! Korang dua tak ada botol susu ke?"

"Tak. Kami guna gelas."

Aku terangguk-angguk dan kembali masuk ke dapur. Tak lama itu, aku kembali ke ruang tamu bersama empat botol susu yang sudah penuh berisi susu suam.

"Haa, nah." Aku memberikan botol itu kepada tuan empunya masing-masing.

"Alah! Nak ais!" Rungut Taehyung.

"Tak boleh. Tak elok."

Taehyung menjuihkan mulut kecilnya dan menghulurkan tangan. Sebaik sahaja Taehyung mendapat botol, dia terus baring di atas paha Jimin.

"Yah! Taengi ah! Pegi cari paha orang lain ah!" Marah Jimin menolak kepala Taehyung kerana terlalu rimas.

Tapi, Taehyung hanya mengeraskan badan. Lansung tak nak bergerak. Jimin geram dan menarik telinga Taehyung. Tapi, Taehyung tetap tak nak bergerak. Jimin mula nak menangis.

Aku menggeleng dan mengambil bantal sofa.

"Hah, tidur kat sini." Aku letakkan bantal itu di tepi kepala Taehyung.

Terus Taehyung mengubah kedudukan kepalanya. Matanya tidak lekang dari terancap pada dua kembar berkepala besar itu.

"Tepi!" Jimin tolak kepala Taehyung dek kerana mahu baring di tepinya.

"Yah!" Taehyung separuh menjerit kerana geram. Aku tergelak kecil.

"Haih..korang kongsi jela." Dengan cermat aku anjakkan sedikit kedudukan kepala Taehyung, memberi cukup ruang untuk Jimin merehatkan kepalanya juga.

"Aku benci kau." Tae menyumpah sambil menjeling tajam.

"Kau fikir aku kesah?"

"Eii!" Taehyung kian geram dan terus menarik botol Jimin.

"Kau pahal?!" Jimin menarik rambut Taehyung.

"Kau nak mati ke?!" Taehyung terus mencubit tangan gebu Jimin.

"Yah! Kenapa ni?!" Cemas aku berlari ke arah mereka. Yoongi pegang Taehyung, dan Seokjin pegang Jimin.

Mereka berdua saling merenung antara satu sama lain. Boleh dikata ada satu cas elektrik di antara kedua-dua pandangan mata mereka.

"Tsk..tsk.." Kedua-dua mula teresak-esak dan air mata sudah mengalir jatuh ke pipi.

"Noonaaaa!!" Kedua-duanya meraung serentak. Aku hembus nafas panjang..aduhaii..

"Waaa!!!" Aku toleh ke arah belakang setelah disergah dengan tangisan yang lain. Alahai..Jungkook pulak dah.

Mesti dia terjaga lepas kedua-dua abang tak diiktiraf dia ni gaduh dan buat bising. Kepala aku mula pening. Seksanyaa~

my seven babies ⚜ btsWhere stories live. Discover now