Bab 6 : Red Velvet

10.9K 176 16
                                    


Bunyi ketukan di pintu mengalihkan perhatian Datuk Fauzan yang sejak tadi tekun melihat laporan di dalam fail. Nafas ditarik panjang. Dia sudah boleh mengagak siapa yang berada di luar pintu tersebut. Tubuh disandarkan ke kerusi sebelum melontar arahan.

"Masuk."

Dan saat daun pintu itu dikuak dari luar, airmukanya masih serius. Sedikit pun bibir tak membalas senyuman yang dilemparkan oleh pemuda yang kini mendekati meja kerjanya. Dada mula terasa berbahang hangat. Geram kerana Fareeq masih buat perangai biarpun dah berkali-kali dia memberi amaran.

"Good morning, Datuk."

"Duduk Fareeq." Balasnya masih dengan nada dingin. Dan lelaki yang mengenakan sut berwarna kelabu itu pantas menurut. Mengambil tempat di kerusi yang betul-betul bertentangan dengannya.

"Ada apa Datuk nak jumpa dengan I ni? Any urgent issues?"

"Aku nak bercakap dengan kau, tapi bukan pasal kerja."

Mata Fareeq memandang tepat ke wajah lelaki berkaca mata dan berkumis tebal keputihan itu. Memang munasabah dia rasa tak sedap hati sejak dari tadi, sebab dia tahu Datuk Fauzan memang akan marah dan menempelaknya hari ini. Tengoklah, bahasa pun dah main kau-aku saja.

"Where is my daughter?"

Fareeq menelan liur yang terasa berpasir. Susah sungguh hatinya dia setiap kali soal Helena disebut-sebut. Apatah lagi kalau Datuk Fauzan sendiri yang menyoal.

"Sorry Datuk, I tak tahu ke mana Helena pergi. I tak ada contact dia langsung, seriously."

"Stop lying to me, Fareeq!" Bentak Datuk Fauzan dengan muka masam mencuka. "Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat belakang aku selama ni? Dah aku ingatkan kau supaya jauhkan diri dari Helena, tapi kau tetap juga berdegil. Kau memang tak ambil kisah dengan apa yang aku warning kau kan? Kau cabar aku?"

"Datuk, bukan macam tu..." Fareeq mengeluh dengan riak serba salah. Perutnya sudah kecut dengan ugutan Datuk Fauzan sebentar tadi. "I memang tak tahu dekat mana Helena sekarang ni. Since Datuk dan Datin halang hubungan I dengan dia, memang I tak ada jumpa dia lagi. Sumpah!"

Datuk Fauzan melepas tawa sinis. Fareeq ini betul-betul fikir dia bodoh? Budak-budak?

"Kau pun tahu apa aku boleh buat pada karier kau dekat sini kan? Kau jangan cabar aku Fareeq, jangan uji kesabaran aku.."

"Datuk, I can explain everything. Tapi I memang tak tahu Helena pergi mana."

Mata Datuk Fauzan mencerlung tajam kepada Fareeq. Jelas sekali pemuda itu cuba mengelak eye contact dengannya. Tolonglah, dia tahu Fareeq berbohong!

"Aku boleh cari anak aku walau dia menyorok dalam lubang cacing sekalipun. No problem. Tapi Fareeq, kalau aku tahu kau terlibat sama, kau memang betul-betul cari susah!"

Amaran yang agak keras itu membuatkan Fareeq semakin tak senang duduk. Biarpun punggungnya sudah kepanasan, tapi raut wajah masih diriak setenang mungkin. Selagi boleh diselamatkan 'nyawanya' selagi itulah dia akan terus berlakon seperti tak bersalah.

"I tak buat apa-apa Datuk, really. Dah lama I putuskan hubungan dengan Helena."

"Tapi bukan itu yang aku dengar dekat pejabat ni!" Jerkah Datuk Fauzan seraya menumbuk meja. Airmuka Fareeq kelihatan berubah takut dengan kemarahannya.

RED VELVETWhere stories live. Discover now