Bab 1 : Red Velvet

23K 357 33

Bab 1

Langkah dihala terus masuk ke dalam pejabat yang menempatkan puluhan workstation cubicles. Sesekali dia membetulkan rambut yang diset bergulung separas bahu. Sapaan dan teguran daripada beberapa kakitangan di situ disambut dengan senyuman manis menawan. Hari ini memang dia terlebih happy sebab semalam Fareeq dah pun menyarungkan cincin lamaran ke jari manisnya.

Indahnya dunia! Tak sabar dia nak menunjuk-nunjuk kepada Biha. Maklum sajalah kawan baik dia tu selalu bagi ayat 'Fareeq bukan nak serius dengan kau pun', dan itu membuatkan hatinya sering tercabar. Dan bila Biha tengok cincin berlian ini nanti, confirm Biha termalu sendiri. Padan muka!

"Good morning, babe." Tegurnya kepada Biha yang duduk di meja sebelah. Pagi-pagi lagi kawan baik dia itu sudah sibuk menghadap komputer untuk menyiapkan kerja. Padahal breakfast pun belum lagi.

"Morning." Biha terus memusingkan kerusi menghadap meja kerja Helena. Melihat dari airmuka yang jernih dan ceria itu, dia tahu pasti ada sesuatu yang baik telah berlaku. "Amboi, good mood nampak? Dari sini aku dah boleh dengar suara kau duk tegur staf-staf lain dekat depan tu. Selalunya nak pandang muka diaorang pun kau tak nak."

Helena ketawa kecil. Memang betul pun dia selalu malas nak menegur sapa staf-staf kepochi tu semua. Sebab kebanyakan daripada mereka tak ada kerja lain, asyik nak bergosip pasal hubungan dia dengan Fareeq saja. Dasar busy body, tak boleh tengok orang bahagia!

"Hmm, look at this Biha." Tangan kanan disua kepada Biha dengan muka berseri-seri.

Kening Biha berkerut-kerut apabila cincin di jari manis Helena tertayang di depanmata. Mak oii... berkilau betul batu berliannya! Ini siapa yang bagi Helena ni? Datuk Fauzan ke?

"I've told you, Biha. He's the one!"

Biha mendongak kepada Helena yang duduk bertenggek di meja kerjanya. Walaupun dia patut menunjuk riak gembira, tapi sebenarnya hati dia dah rasa tak sedap. Sekarang ni dia memang dah boleh mengagak apa yang buat Helena happy sangat hari ini.

"Fareeq bagi kau cincin tu?"

"Yes! He proposed to me!" Helena melonjak girang. Kemudian dia tunduk memegang kedua belah bahu Biha dengan pandangan bercahaya. Terharu yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. "Biha, after two years akhirnya dia melamar aku untuk jadi wife dia! Can't you believe that?"

"Second wife Elle, second wife. Kau nak ke?" Bidas Biha dengan nada kurang senang.

Serta merta airmuka Helena berubah riak. Bibir diketap geram apabila hati bagai dicarik halus oleh mulut Biha. Memang dia tahu yang sejak dulu lagi Biha selalu menjadi orang yang kuat menentang hubungannya dengan Fareeq. Padahal apa salahnya kalau Fareeq nak memperisterikan dia? Lelaki itu lebih dari mampu!

"Hey Biha, kau sepatutnya happy untuk aku kan? Kau tahu ini yang aku tunggu-tunggu selama ni, kenapa kau still nak sindir-sindir aku?"

"Aku tahu, but you deserve so much better Elle. Kau pun tahu yang Fareeq tu husband orang kan? Kenapa kau nak cari jalan susah sedangkan kau boleh dapat mana-mana lelaki bujang dalam dunia ni?" Biha merening muka Helena yang masih mendatar marah. Hilang keceriaan yang dilihatnya sebentar tadi.

"Bukannya kau tak cantik, Elle. Kau ada rupa yang boleh bantu kau untuk cari cinta yang sebenar dalam dunia ni. But still, kau tetap nakkan si Fareeq tu."

"Aku dah cakap dengan kau banyak kali kan? Aku tak nak lelaki lain dalam dunia ni, aku cuma nak cinta Fareeq! Cuma dia yang pandai layan aku, yang faham aku. Kau sepatutnya bagi aku semangat sebab hubungan aku dengan dia bukan senang nak sampai ke tahap ni!" Tingkah Helena seraya memeluk tubuh. Nafas di dada mula berkocak deras kerana terlalu lelah menanggung sakit hati.

RED VELVETRead this story for FREE!