Bab 2 : Red Velvet

14.4K 195 23
                                    


Bab 2

Hari-hari yang dilalui Helena sebagai 'tunang' Fareeq penuh dengan kebahagiaan. Saban petang selepas habis waktu kerja, mereka akan keluar bersama. Pergi shopping, dinner, tengok movie, dan kadangkala clubbing di tempat-tempat kesukaan mereka berdua. Semakin lama, semakin susah untuk Helena duduk berjauhan dengan Fareeq.

Bagi Helena, dia tak ingin ambil pusing dengan kutukan-kutukan manusia yang benci melihat kebahagiaannya. Tengok sajalah di pejabat, berapa banyak mata menjeling dan mulut mencebik benci. Semua duk mengata dia ini perempuan gatal sebab menggoda bos sendiri. Dahlah bos tu dah berbini.

Tapi, ada dia kisah? Memang taklah. Kalau nak difikir persepsi orang, sampai bila-bila pun takkan habis. Biarlah cuma dia dan Fareeq saja yang tahu sedalam mana cinta mereka berdua. Lagipun dia cintakan Fareeq bukan sebab pangkat dan harta. Bahkan semua orang tahu yang dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Membesar sebagai anak Datuk yang sangat terkenal, tak mungkin isu materialistik boleh dijadikan sebab dia memilih Fareeq. Cinta ini memang cinta sejati, dia ikhlas.

Memanglah kadang-kadang Helena stress juga dengan keadaan sekeliling. Disebabkan cintanya kepada Fareeq, ramai kawan mula menjauhkan diri. Nak berkawan dengan budak-budak pejabat? Lagilah tak merasa. Kalau ada pun cuma Biha seorang saja. Berselisih faham seteruk mana sekalipun, Biha tetap mengalah dan datang memujuknya. Mungkin sebab itulah dia dan Biha boleh jadi kawan baik sejak dua tahun lepas.

"Elle, aku nak masuk meeting dengan Encik Bad ni. Kau tolong dengar-dengar sikit phone aku tu. Takut ada supplier call untuk tanya payment diaorang."

Helena yang sedang menaip surat rasmi yang diarahkan oleh Fareeq pagi tadi, menoleh sekilas kepada Biha. Dia lihat temannya itu sedang menyusun beberapa buah fail untuk dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kepala dianggukkan tanda mengerti.

"Okay, no worries. Nanti aku jawab phone tu on behalf kau."

"Babe, Fareeq tak masuk office ke hari ni? Encik Bad invite dia meeting sekali kan?"

"Tak masuk, schedule dia full hari ni. Dia ada site visit dengan MB dekat Klang." Balas Helena sebelum kembali memberi tumpuan kepada komputernya. Lincah jari jemari menekan papan kekunci. Dan setelah Biha berlalu ke bilik mesyuarat, dia masih sibuk menguruskan kerja yang belum siap.

"Yes, Fad?" Helena menjawab telefonnya yang berdering beberapa saat lalu. Sebelah tangan masih memegang pen untuk menyemak ejaan surat rasmi yang telah siap dicetak sebentar tadi.

"Helena, ada orang nak jumpa you dekat sini."

"Hmm? Siapa?"

"I'm not sure. But dia kata nama dia Puan Suhaila."

Mulut Helena sedikit ternganga. Berderau darah panas menyerbu ke muka. Suhaila? Suhaila mana ni? Setahunya, dia cuma kenal seorang perempuan saja dengan nama itu. Suhaila yang menjadi isteri Fareeq!

"Err... dia datang dengan siapa?" Soalnya dengan debar di dada. Bimbang juga kalau Suhaila membawa kawan atau ahli keluarga untuk menyerang dia di sini.

"Dia datang seorang. So how? You boleh jumpa dia?"

Walaupun teragak-agak, Helena tahu dia tak boleh bersikap pengecut. Demi perasaan cintanya kepada Fareeq, demi masa depan mereka berdua, dia perlu berani menghadapi apa saja. Termasuklah menghadap Suhaila.

"Yes, I akan turun jumpa dia." Putusnya senafas. Sebelah tangan kini naik menyebak rambut. "Fad, ada meeting room yang available tak sekarang ni?"

"Sekejap I check." Fad yang bertugas sebagai receptionist itu membalas. "Yes, ada. Room 11 still available. You nak guna ke?"

RED VELVETWhere stories live. Discover now