chapter 8

681 67 0
                                    

"Oppa... chagi takut. Chagi mimpi omma dan appa. Dorang tinggalkan chagi. Oppa.." kata ji hyo masih menangis. Tangan kiri chanyeol di genggam erat.

"Shh..." chanyeol meletakkan jari telunjuknya dekat bibir ji hyo. "Dah. Chagi jangan risau ye. Oppa takkan tinggal chagi. Oppa janji."

Ji hyo mengangguk. "Kejap... macam mana oppa boleh masuk dan ada di sini?" Soal ji hyo yang baru sedar.

"Oh.. itu" kata chanyeol tenang tapi tidak lama kemudian " yah!! Kan oppa cakap banyak kali kunci pintu. Kenapa tak kunci pintu ah? Nasib oppa yang masuk, macam mana kalau orang jahat?!" Marah chanyeol.

"Alaa oppa chagi lupa. Sorry laa. Janji tak buat lagi" kata ji hyo, bersalah.

"Tiada sorry- sorry. Oppa kan dah bagitau. Lagi satu, chagi tau tak sekarang jam brpa?" Soal chanyeol.

"Kenapa pula ni? Tadi bukan men caring lagi. Sekarang garang nak mampos" bisik hati ji hyo. "Chagi tak tau jam berapa." ji hyo membuat aegyo.

"Comelnya bila dia buat cam tu. Tak.. tak.. chan kau jangan termakan aegyo dia. Mesti tegas sikit." Omel chanyeol dalam hati. "Sekarang dah nak dekat jam 4 tau. Kawan chagi macam mana hah? Dorang mesti dah dekat sana tunggu chagi." Bebel chanyeol.

Tiba- tiba sesuatu hinggap di muka chanyeol.

"Yah CHAGI!!! kenapa pukul oppa guna bantal? Nanti tercalar muka oppa. Siapa malu? Chagi juga kan." Marah chanyeol sambil mengurut- urut mukanya.

"Siapa suruh asyik membebel ja. Makan tu bantal. Chagi tak kesah. Dah shu, sana. Chagi nak mandi sekarang" ji hyo menolak lembut badan chanyeol keluar dari biliknya.

"Kejap" chanyeol memberhentikan langkahnya. Ji hyo membuat muka 'apa- lagi'.

"Biar oppa yang mandikan. Jom" chanyeol tersenggih. Matanya memandang ji hyo dari atas sampai kebawah.

"What?!! Jap. Baik saya kenakan dia" Bisik Ji hyo. Ji hyo tersenyum jahat. "Betul ke oppa nak mandikan chagi?" Ji hyo membuat suara manja. Chanyeol mengangguk laju.

"Ok kalu gitu. Tolong chagi buka ni na." Ji hyo menujuk belakangnya. Apalagi, terus chanyeol datang dekat dengan ji hyo. Tapi...

Pak

Kepala chanyeol di ketuk. Ji hyo ketawa terbahak- bahak melihat chanyeol yang memegang kepalanya sambil mengerang kesakitan.

"Jangan nak byuntae sangat. Dah sana keluar. Kalau tak, chagi bagi lagi" ji hyo menunjuk penumbuk.

"Yelah. Oppa keluar. Cepat ye oppa tunggu kat ruang tamu." Chanyeol meninggalkan ji hyo dan menunggu di ruang tamu.
Ji hyo tersenyum bila mengenang semula kejadian tadi. Tapi ji hyo terkenang balik mimpinya. Cepat- cepat ji hyo menggeleng kepalanya.

"Bagus saya mandi." Kata ji hyo. Towel capai dan terus ke kamar mandi.

30 minit begitu, ji hyo ke ruang tamu. Chanyeol yang leka tengok tv tidak sedar kewujudan ji hyo.

"Baaaah" ji hyo mengejutkan chanyeol dari belakang.

"AARGHH!!!" Jerit Chanyeol. Laju jantung nya berdegup pantas, tangan kirinya terus mengurut dadanya.

Ji hyo ketawa tidak ingat dunia. "Oppa *ketawa*... oppa patut... *ketawa* oppa patut tengok muka oppa dekat cermin. Hodoh gila"

Chanyeol menjeling tajam. "Kalau oppa mati macammana?" Marah chanyeol. "Dah la. Jom jalan."

Ji hyo masih lagi ketawa sehingga air mata mengalir bukan sebab sedih tapi lucu. Chanyeol menutup tv dan terus berdiri. Dia berlalu pergi tinggalkan ji hyo yang masih lagi ketawa.( happy virus?)

Ji hyo menahan ketawa. Laju Ji hyo mengejar chanyeol yang suda ada diluar rumah. "Oppa tunggu la"

"Cepat masuk." Chanyeol membuka pintu kereta. Setelah ji hyo masuk, pintu terus di tutup.

Skip

Dalam perjalanan. Chanyeol hanya mendiamkan diri. Merajuk la katakan. Ji hyo yang sedar tentang chanyeol segera memanggilnya

"Oppa" panggil ji hyo. Chanyeol tidak menjawab. Sekali lagi ji hyo memanggil tapi chanyeol tetap membisu. Chanyeol memberhentikan kereta kerana lampu isyarat bertukar warna merah.

"Oppa!!!" Ji hyo memegang tangan kanan chanyeol.

"Apa?" Dingin chanyeol menjawab.

"Oppa tau tak kat mana kawan ji hyo nak jumpa?" Soal ji hyo.

Chanyeol terdiam sekejap. "Bukan mau pujuk" bisik chanyeol. "Tak"

Ji hyo tersenyum. "Dorang nak jumpa dekat cafè xoxo."

Chanyeol mengangguk. "Dia ni. Orang nak kena pujuk...". Lampu isyarat menunjukkan warna hijau. Chanyeol memandu kereta menuju ke cafè xoxo.

My Sad Song [C]Where stories live. Discover now