TDF 1-AMARAN

2K 179 8
                                    

Suasana menjadi riuh sebaik saja kelas terakhir bagi semester itu selesai. Semua pelajar excited memandangkan cuti semester akan bermula. Saat itulah yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar terutamanya geng BTS, iaitu 7 orang pelajar lelaki yang digilai oleh semua pelajar perempuan.

~Di rumah BTS~

"So? Cuti semester pun dah start, kita nak pegi mana pulak kali ni?" Jimin memulakan perbualan. Semua hanya mendiamkan diri seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Aku dan Suga dah cari tempat mana yang kita nak pegi. So korang tengok lah ok ke tak." Jin meletakkan laptopnya di atas meja. Mereka semua berkumpul di sekeliling meja dan melihat pada skrin laptop. THE DEATH FOREST.
"Cantekk! kitorang ok je ni." Jawab Jimin dan yang lain hanya mengangguk kepala tanda setuju.

*****

"Ni ke tempat tu?" soal Namjoon sebaik saja memberhentikan kereta.
"Rasanya lah. Weii korang nak ikut masuk dalam tu tanya penjaga yang jaga tempat ni or tunggu dalam kereta ni je?" kata Jin sambil keluar dari kereta.
"Mesti lah kitorang nak ikut." Mereka semua turun dari kereta dan mengekori Jin dari belakang.

"Maaflah tapi hutan ni dah jadi hutan larangan untuk pengunjung yang ingin masuk ke dalam hutan ni." Jelas lelaki dalam lingkungan 50-an itu. Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum V bersuara.
"Hmm...kalau macam tu tak pe lah. Tapi boleh kami tau sebab apa hutan ni jadi hutan larangan?". Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. Mereka semua mengeluh dengan sikap lelaki itu.
"Ok. kalau tak dapat masuk hutan tu pun, boleh kami tengok kawasan sekitar ni?" kali ni Suga pula bersuara dengan gaya swagnya.
"Boleh tu memang boleh. Tapi jangan sesekali melebihi pagar tu dan masuk ke dalam hutan tu.!" lelaki itu memberi amaran kepada mereka. Mereka hanya mengangguk sebelum keluar dari tempat itu.

"Huh! Punyalah jauh perjalanan kita nak datang sini, last2 dapat tengok kawasan sekitar ni je." keluh JK.
"Sape kata kita just nak tengok kawasan sekitar ni je?" Jimin bersuara. Senyuman penuh makna terukir di wajahnya.

maaflah kalo prmulaan cite ni xbrapa mnarik....please comment ok supya author dpt tau pndapat korang😊

The Death ForestWhere stories live. Discover now