Chapter 15

6.5K 681 221
                                    

Pintu bilik latihan tarian aku tolak perlahan . kosong dan gelap . eh tak ada orang ke ? kalau ditengok semula jadual yang aku tulis semalam, pukul 1 tengahari iaitu saat ini adalah sesi latihan untuk music show yang dijemput .

tak apelah, aku tunggu je dalam bilik ni . mana suis lampu ?

tangan aku meraba dinding untuk mencari suis lampu , saat aku dah berjaya mengesan kedudukan suis dan sempat menekan suis tersebut , aku tersepak sesuatu menyebabkan aku jatuh tersembam . diikuti suara seseorang menjerit .

suara menjerit ?

lampu akhirnya menyala menerangi ruang bilik . mata aku membulat bak tayar lori apabila mendapati aku mendarat atas perut seseorang . siku aku betul betul bagaikan 'menikam' perut makhluk tersebut .

cepat cepat aku bangun dan membetulkan hoodie yang aku pakai . beberapa kali aku menunduk meminta maaf kerana telah melakukan perkara yang boleh mendatangkan marah lelaki ini .

" Tak reti nak bukak lampu dulu ke? " tegur suara itu kasar .

memang aku reti nak bukak lampu . masalahnya ni first rime aku cari suis dalam bilik ni . kalau aku ni mata kucing , nampak kau baring kat hujung dinding tu , dah lama aku tak sepak kau tadi . kau tu tak reti ke nak tidur kat asrama ? nak tidur kat sini , tak boleh ke bukak lampu dulu ? 

aku hanya mampu membebel dalam hati . biarlah hempedu , jantung , dan buah pinggang aku aje yang mendengar luahan itu .

" maaf lah, saya tak nampak awak kat bawah tu . yang awak tak bukak lampu awal -awal kenapa ?" aku bertanya lalu menanggalkan beg sandang dan meletakkan objek itu di tepi dinding . 

lelaki itu diam . mungkin tahu ada salahnya juga .

" Awak buat apa dalam gelap ni , Jungkook ?" aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya pada lelaki yang bernama Jungkook ini . 

aku terpandang beberapa batang pen dan pensil , beberapa helai kertas dan iPhone miliknya . 

" Tak ada apa . yang kau datang sini awal - awal buat apa?" tanya Jungkook lalu duduk menyusun kertas kertas yang agak bertabur tadi dan dimasukkan ke dalam fail berwarna merah . pen dan pensil dikutip sebelum dimasukkan ke dalam bekasnya semula .

" semalam kata ada latihan pukul 1 ni . saya datang tengok tak ada orang pun , diorang lupa ke ?" aku menggaru kepala yang tidak gatal lalu melabuhkan duduk di atas lantai .

" dah aku ni bukan orang ?" 

" Err.. " itu sahaja yang keluar . tak tahu apa nak balas.

" diorang bukan lupa , tadi diorang dah cakap nak makan dulu jadi ,kejap lagi sampailah ." kata Jungkook lalu mencapai iPhonenya.

" Oh, awak tak pergi makan ?" 

" Tak."

aku mengangguk . aku kekoklah kalau berdua dengan dia ni . garang semacam aje . tahulah tak suka aku pun . jangan garang sangat pada aku .

" Kau dah makan ke? " Jungkook bertanya . oh tak ku sangka dia tanya aku sama ada aku dah makan ke belum .

" Dah, dengan kawan tadi . " 

" Diorang ni lambat betullah . masa nak berlatih, mulalah sakit perut , penat , perut berat , ada ada aje. " aku hanya mampu melihat Jungkook membebel dengan comelnya . 

" Jomlah berlatih dulu. " ajak Jungkook tiba tiba .

Huh? uh? dia ajak aku berlatih dulu? 

" Lekaslah. " gesanya lagi .

aku bangun dan berdiri tak berkutik dengan melihat tubuh Jungkook menuju ke arah komputer di atas meja . 

" aku nak bagitahu yang kita berlatih lagu ni untuk show dekat Music Bank minggu depan . jadi, masa kau nak berlatih dance ni singkat aje . kau tahu kan lagu comeback kumpulan kita baru baru ni ?" tanya Jungkook dengan mata masih di skrin komputer .

I'm The 8th Bangtan Member! [난 여덟 방탄소년단 멤버해요!]Where stories live. Discover now