Chapter 9

6.2K 754 21
                                    


Bagasi berisi baju dan beg galas berwarna biru muda aku bawa menaiki tangga menuju ke tingkat empat. Aku dimaklumkan bahawa asrama aku bertempat di tingkat itu dan pintu berhadapan dengan pintu asrama Bangtan Boys.

Entah apa apa. Tak pasal aku kena duduk berjiran dengan mamat mamat samseng tu. Tapi tak apalah kan? Asalkan aku tak sebumbung dengan tujuh budak besar tu.
Tadi..

"Okey sekarang kemas baju and barang awak. Siap siap pastu pergi asrama kumpulan baru awak tu. Diorang dah balik kut. Password 1306" Kata Bang Pdnim laju.
Aku yang berada di belakangnya mengangguk angguk. Baru beberapa langkah hendak sampai di pintu untuk keluar, aku macam tersedar sesuatu.

" Cakkaman, Pdnim. Ayat Pdnim tu kalau dicerna cernakan, Pdnim macam suruh saya duduk dengan diorang tu ke? Satu asrama? " aku bertanya. Kening aku angkat ala Ziana Zain.

" Iyalah. Apesal? Lambatnya tangkap. " Pdnim berkata seolah olah mengejek aku yang sudah mengetap gigi nak tampar orang.

" Pdnim tu yang lambat tangkap. Saya kan yeoja. Mana boleh saya duduk dengan diorang. Tak baik lah, Pdnim. Tak ada asrama kosong ke kat situ? " Aku bergerak berhadapan dengan lelaki yang nampak agak pendek tapi masih tinggi dari aku itu.

" Oh ya tak ya jugak. Diorang tu ganas sikit. Ada kosong tapi bersepah sebab dah lama tak ada orang tinggal. " Kata kata Pdnim itu sudah membuat aku bersinar sinar kegembiraan.

" Tak apa Pdnim. Saya boleh kemas sendiri. Tak apa! Tak apa! Saya kemas. Bagi saya tinggal kat asrama tu ya? " Mata aku bulatkan sebulat mungkin. Aku berharap wajah aku bertukar comel kiut miut.

" Betul ke ni? " Tanya Bang Pdnim. Kurang pasti.

Aku mengangguk kuat. Meyakinkan lelaki itu. Bang Pdnim pula aku lihat sedang memerhatikan aku dengan matanya dikecilkan. Dah apesal pulak mamat nih? Kena sampuk?

" Kenapa tak nak tinggal dengan diorang je ? " Soalan yang ditanya agak memohon pelempang. Aku menyabarkan diri. Tadi aku rasa aku dah cakap yang aku ni yeoja.

" Tak boleh lah Pdnim. Tak boleh. " Dengan spontan dan tanpa disedari, aku menyilang tangan di dada. Bang Pdnim yang melihat kelakuan aku itu tersengih.

" Oh awak takut ya hihihi. " Sengih Bang Pdnim penuh makna. Aku yang turut tersedar dengan kelakuan luar kawalan aku itu, menggeleng perlahan.

" Lekaslah Pdnim. Bagi saya asrama kosong tu! " Aku separuh menjerit.

" Iyalah. Nah passwordnya. Kalau nak tukar nanti cakap. Asrama tu dekat tingkat empat. Depan dengan asrama diorang. " Bang Pdnim menyerahkan aku sehelai kertas kecil bertulis beberapa angka.

"Depan asrama diorang? Haih. Tak ada tempat lain ke? " Aku merungut.

" Orang dah bagi tu ambik je lah. Banyak songeh pulak. " Bebel Bang Pdnim tiba tiba.

" Ne! Arraseo! Bye! " Aku bergerak ke pintu bilik pejabat lelaki itu lalu menyusup keluar.

Perbualan diantara aku dan Pdnim tadi terngiang ngiang. Selama 10 minit menaiki tangga tadi , akhirnya aku sampai di asrama aku. Aku memerhati pintu di hadapan yang betul betul berhadapan dengan pintu Bangtan Boys itu. Rasa nak tendang membuak buak. Namun aku masih boleh mengawal minda.

Kertas kecil yang bertulis password asrama itu dikeluarkan dari poket seluar jean putih yang aku pakai.

" 4.. 6.. 8.. 0 "

Pintu terbuka. Aku menguaknya dengan lebih luas supaya aku boleh masuk dengan senang. Aku meletakkan bagasi dan beg galas di dinding sementara aku meraba raba dinding mencari suis lampu.

Tap.

Ruang yang tadinya gelap, terang benderang. Aku mengeluh. Memang bersepah betul! Televisyen tak ada. Sofa dan meja dah disediakan. Walaupun ruang tamu itu agak sederhana kecilnya, aku sudah puas.

Pintu aku tutup perlahan. Aku berjalan menuju ke bilik pertama. Ada tiga bilik semuanya. Jadi aku akan pilih bilik pertama yang dekat dengan ruang tamu. Bilik kedua dan ketiga aku akan kosongkan. Mungkin ada kegunaanya nanti.

" Boleh tahan besar. Wahaha dah ada katil lah. Cermin solek pun! " Aku bergerak ke arah cermin yang melekat di dinding. Besar. Boleh buat dance practice kat situ.

Aku menutup kembali pintu bilik. Selepas aku melawat dapur dan bilik air, aku memutuskan untuk tidur dahulu di sofa ruang tamu. Esok aku akan mula berkemas.

Sofa yang agak berhabuk itu aku kibas menggunakan kain. Setelah aku yakin sofa itu sudah bebas dari berhabuk, aku mengeluarkan bantal kecil dari bagasi aku dan meletakkannya di atas sofa sebelum aku turut berbaring di situ. Oh empuknya.

Malas nak mandi. Aku nak tidur dulu. Muahaha. Akhirnya aku tertidur dengan lampu terpasang.

~

I'm The 8th Bangtan Member! [난 여덟 방탄소년단 멤버해요!]Where stories live. Discover now