Bab 8 : Planet Merah

Start from the beginning
                                    

  Berkali-kali jugalah Dr. Fakhrul ucapkan selamat tinggal, Raja terpaksa memutuskan talian terus kerana kami juga tak henti-henti membalas ucapan perpisahan.

 

  "Periksa kesemua roket sokongan."

  "Y-Ya."

  Adventure tadi mengalami sedikit kesukaran ketika hendak mendarat di Marikh. Entah kenapa.

  Sekarang sudah mendarat, tapi kami belum boleh keluar meneroka kerajaan merah di luar sana. Tak sabar rasanya!

  "Cepat bersiap, ya~!"

  "Okey!"

  Setelah setengah jam kami bersiap pakai sut angkasa dan memastikan semua sistem sut teratur, aku dan rakan-rakan dibenarkan keluar. Dengan lafaz basmallah, aku pegang dan perlahan-lahan membuka pintu hac. Dan aku nampak... dataran merah karat itu... berbumbung langit biru, tanda subuh di Marikh.

  Kalau di Bumi langit berwarna biru, di Marikh langit berwarna merah. Ketika senja, langit menjadi merah di Bumi manakala di Marikh langit menjadi biru. Banyaknya debu di atmosfera Marikh menyebabkan warna langitnya jadi berlawanan dengan warna langit Bumi.

  Kami menuruni tangga. Fithri turun dahulu. Aku tahu betapa dia rasa gembira apabila kaki kanannya memijak tanah berdebu itu. Aku juga rasa gembira begitu.

  "Kailis!"

  "Apa?"

  "Kailis! Perkataan ni bermaksud 'hai' dalam bahasa makhluk asing!" nyata Fithri dengan terujanya. Jadi, itulah yang Dr. Fakhrul pesan pada Fithri tadi. Aku... entah. Aku tak tahu nak percaya atau tidak.

  Tapi nampaknya Hani dan Izzah semacam tahu-tahu saja fasal perkara ni.

  "Mana kau dapat benda karut tu?? Kau... erh! Boleh tak kau berfikir sedikit?!"

  Nada Fithri merendah apabila Raja berkata kasar tadi. "A-Aku cuma nak test saja..."

  "Apa kau ni, Raja!? Kalau ya pun, tak perlulah kau balas macam tu!"

  Raja hanya membuat mimik muka menyampah apabila Hani cuba mempertahankan Fithri. Hmm, itulah yang selalu terjadi. Tak faham betul. Kawan sebaik mana pun, Raja suka berkata kasar dengan Fithri - juga dengan sesiapa pun.

  "...Kosong saja. Cuma ada batuan kecil bersepah sana sini."

  "Diamlah, Raja. Tiada jiwa langsung dia ni." Terkedek-kedek Azim berjalan meninggalkan Raja yang makin berasa tidak puas hati.

  "Best kan? Hafiz?"

  Aku toleh ke arah Izzah di kananku. Aku balas senyumannya.

  Izzah meninggalkanku sambil terlompat-lompat macam anak kecil, menikmati sensasi jatuhan yang perlahan akibat kurangnya graviti Marikh.

  Hati aku rasa serba tak kena. Langit merah itu aku tenung. Ketiadaan awan mendedahkan kami kepada radiasi yang mengganas di angkasa. Memang berbahaya kepada tubuh kami semua. Dan bahagian kaki aku rasa panas semacam.

  "Ansar dan Aqilah mana? Kak Natasha dan Abang Andrew?" tanya Izzah melalui komunikasi radio.

  "Mereka bekerja di dalam Adventure. Mereka kena periksa semua data semasa berkenaan Marikh dan menyiapkan prob robot Marikh yang akan kita tinggalkannya di sini sebelum berlepas ke Musytari. Mereka sibuk, jadi Kak Natasha suruh aku jadi komander misi. Hoho!"

  "Ceh!"

  "Jadi... Hani, Fithri, Azim dan Raja, pergi kumpul sampel berguna. Aku dan Izzah akan ambil gambar sekeliling."

PlutoWhere stories live. Discover now