Bab 8 : Planet Merah

Start from the beginning
                                    

  "300 000 kilometer."

  "Tingkatkan kelajuan Adventure."

  "Okey. Kelajuan Adventure ditambah!"

  Kami semua, masing-masing hanya duduk di kerusi dan telah memakai tali pinggang keledar. Dijangka kami akan sampai ke Marikh, dalam setengah jam dengan kelajuan luar biasa Adventure.

  Sudah lama pusat misi di Bumi tidak berhubung dengan kami. Hairan juga. Bukannya susah nak berhubung dengan Adventure.

  Aku pernah tanya fasal perkara ni kepada Kak Natasha hari tu, dan dia jawab...

  "Entahlah. QASA banyak merahsiakan macam-macam benda... tapi kakak rasa, mereka mungkin bimbang jika hubungan pusat kawalan misi QASA ke Adventure dipintas oleh agensi aeroangkasa lain mahupun oleh radio satelit ketenteraan Amerika Syarikat. QASA kan sebuah agensi rahsia?"

  Jawapannya masih tidak jelas tapi... teori Kak Natasha ada juga benarnya.

  Kalau begitu...

  "Kak Natasha. Bolehkah saya berhubung dengan kawan kami di Bumi? Pihak lain takkan pintas dan curi dengar hubungan perbualan ini sebab... ia hanya panggilan video biasa. Langsung tidak mencurigakan dan tiada bezanya dengan panggilan di Bumi!"

  Kawan-kawan aku yang mendengar, terperanjat. Tapi perlahan-lahan menguntum senyuman... selepas tu mulalah kecoh nak mampus.

  Kak Natasha dan Abang Andrew nampaknya mengambil sedikit masa untuk berfikir sebelum Kak Natasha membenarkan aku buat panggilan video. Bagus!

  "Cepat, Hafiz! Call Dr. Fakhrul!" teriak Izzah. Sama jugalah dengan Aqilah, Hani, Fithri dan Azim.

  "Ya, ya.. Sabar!"

  Aku menyusur di udara ke dorm lelaki untuk mendapatkan komputer riba kesayanganku  sebelum kembali ke kabin utama. Yup, aku bawa laptop ni dari Bumi~

  Selepas membuat penyambungan komputer riba kepada skrin besar utama, beberapa klik dan beberapa saat menunggu panggilan video dijawab, akhirnya Dr. Fakhrul muncul di skrin besar.

  "Hafiz!!! Eh, kamu semua!!!"

  "Hai, Doktor!!!" serentak kami melambai pada imej Dr. Fakhrul yang... mula sebak. Haih.

  "Kamu semua... Kalian sihat? Sudah makan? Sudah bersenam? Ada sesiapa cedera tak? Ada tak kamu semua kena-"

  "Woi, woi. Relakslah... Kami semua okey, sihat saja ni ha." jawab Raja, menyampah. Aku tergelak dengan telatah Dr. Fakhrul. Hatinya terlalu lembutlah.

  "Doktor sihat?" tanya Izzah yang berada di sebelah. Dr. Fakhrul mengangguk-angguk sahaja.

  "Mana kawan-kawan kami yang lain? Mereka okey?"

  "Oh, mereka semua di bilik masing-masing. Sudah tidur agaknya."

  Semua jadi keliru. "Tidur?"

  "Oh! Di Bumi sekarang tengah malam, eh??" Aqilah memetik jari dan mula memandang semua orang di kabin, dengan muka berlagaknya kerana berasakan dia lagi pintar daripada semua orang.

  "Ya... sudah malam. Apa hala tuju kalian selepas ni?"

  "Kami akan pergi ke Marikhhhh~~~!"

  "Bagus! Ucapkannya di sana nanti ya, Fithri!"

  "Okey!"

  Ucap apa? Ansar pandang aku dengan soalan yang sama, aku sendiri tak tahu jawapannya.

  "Eh, Doktor sekarang ada mesyuarat ni. Doktor pergi dulu, ya!"

  "Oh bye-bye!!!"

  "Bye...!"

PlutoWhere stories live. Discover now