non stop sinner

4.4K 32 1
                                    

💎Non-stop Sinner💎

Part 16

Atia tersenyum bahagia. Alhamdulillah akhirnya dia sudah selamat di ijab kabul. Sudah hampir seminggu dia menjadi isteri orang, bibirnya tidak lekang dari senyum. Bahagia sungguh rasanya.

Namun, ada rasa sedih dan rindu. Rindu pada sahabat baiknya, Katty. sudah terlalu lama tidak berhubung. Majlis perkahwinannya pun, katty tidak datang. Entahkan tahu entah kan tidak yg dia sekarang sudah berumah tangga.

💍💍💍

Akim senyum lebar. Ira angkat kening.

"Abang yakin? Tak menyesal?"

"Yakin. Ini petunjuk istikharah abang." Akim senyum lagi.

💍💍💍

"Kau betul ke ni Katt..?"

Katty tergelak kecil. "Betulla..tak nampak aku tengah kemas ni.."

Nasyeetah pandang risau. "Sorang-sorang?"

"Ye la, alaa terengganu aje pon. Bukan london ke paris ke.. dlm malaysia aje pon. Dont worry dear ku.." Katty senyum sambil kenyit mata.

"aku risau ni katt.. kau ni betul ke dah oke? Nanti tak pasal serang isteri orang pulak." Nasyeetah risau.

"Allah nass.. jahat sgt agaknye aku ni kan.. sampai mcm tu skli kau fikir pasal aku..?"

"Katt..aku risau.. kau.."

"Jangan bimbang, aku dah okey. Kalau aku tak okey, aku takkan pergi jumpa atia. Dia sahabat baik aku, aku takkan sesekali buat benda buruk kat dia nass. Takkan."

Nasyeetah pandang Katty lama. Dia akhirnya diam. Membiarkan sahaja Katty memnyiapkan barang-barang nya ke dalam bagasi.

💍💍💍

"Ateh. Ateh. Kawan Jauh dtg ni." acik menjerit kecil dari ruang tamu.

Atia berhenti kejap. 'Kawan jauh? Siapa?' perlahan dia menapak.

Dari jauh, dia nampak ada perempuan bertudung labuh elok duduk dia atas sofa rumahnya. Betul-betul menghadapnya yang baru sahaja mekangkah keluar dari dapur.

'Katt..' atia berbisik. Setitik air matanya jatuh. Belum sempat katty bangun berdiri, atia laju menerpa ke arahnya lalu memeluknya erat.

'Allah...rindu sungguh..'

Berjejeran air mata keduanya.

"Maafkan aku atia.." perlahan katty mengucapkan kata maaf.

"Aku mtak maaf jgak katt.."

"Aku dah kahwin katt.."

"Aku tahu..sorry aku xdtg..Aku.."

"katt..dah la tu sorry.. aku paham, umah kau jauh kan.. skrg ni, kau dah datang kan, aku terharu sgt..walaupun dah lewat 2 minggu.." atia gelak kecil. Katty senyum.

Terasa sedikit kekok. Maklumlah, 5 bulan berpisah tidak bersua langsung.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki melangkah keluar dari sebuah bilik di hujung ruang tamu. Atia tersenyum ke arahnya. Lalu dia bangun menuju ke,arah lelaki tersebut.

"Katt.. ni la suami aku, Hakim."

Katty terkejut. Dia mengerutkan dahi. Pelik. Namun cepat-cepat dia tersenyum angguk. Takut atia perasan.

'Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa bukan Akim?'

💍💍💍

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now