non stop sinner

4.2K 27 0
                                    


Part 12

"Ateh.." Angah menghulurkan sekeping sampul surat berwarna coklat. Atia mencapainya lambat-lambat.

"Ape ni ngah?"

Angah senyum nakal. "Tengoklah." Laju angah melangkah keluar dari biliknya. Atia pandang pelik.

Dia merenung sampul surat tersebut. Tangannya perlahan membuka.

"Eh, ape ni.." dia berbisik sendiri. Matanya membuntang. Gambar seorang lelaki. Berkopiah elok dan berbaju melayu. 'Siapa pula ni..angah ni dah kenapa.'

Dia memusingkan gambar tersebut. Ada tulisan kecil di bawahnya.

'Mohd Hakimi Rusydi'..

Atia tersentap. Dia terus meletakkan gambar tersebut atas katil di sisinya. Bibirnya mengucap panjang.

bergetar tangannya. Dia tidak tahu kenapa dia begitu.. 'Allah.. lelaki itukah tunangan aku?'

Setitik air matanya menitis. Dia memegang dada. Wajahnya di tundukkan.

"Ateh.. kenapa ni.." Angah tiba-tiba masuk. Dia terkejut melihat angah menangis. Seusai sahaja dia menyerahkan sampul surat tadi, dia sebenarnya tidak terus pergi, tetapi dia mengambil peluang mengintai atehnya itu. Sengaja mahu melihat reaksi gembira ateh. Tapi tidak di duga begini jadinya.

Mata atia berkaca memandang angahnya. Kejap. Kemudian dia tunduk balik.

"Ateh.. kenapa ni.." tanya angah sekali lagi. Risau sungguh angah bila lihat perubahan ateh tiba-tiba. Sepatutnya ateh gembira.

Lama atia menyepi. Allah..Allah..Allah.. kenapa saat ini aku rasa seperti tidak mampu untuk menghadap ujian mu. Kenapa orang lain. Kenapa bukan dia.

Air mata atia jatuh lagi. Dia tidak teresak-esak, cuma air matanya sahaja yang menitis satu persatu.

"Ateh nak mintak putus tunang, angah..."

💍💍💍

"Macam mana abang tahu dia dah bertunang? Abg kata, abg tak pernah contact dgn dia..?"

Akim senyum. hambar. Mukanya jelas nampak kelat. Seolah sedang menelan satu rasa yg amat sakit dan pahit.

Matanya langsung tidak berarah pada Ira, adiknya. Dia memandang tepat pada sawah padi yg terbentang luas di hadapannya.

"Abang dpt tahu dari hana. Masa dia bertunang, hana di jemput."

Senyap. Ira memandang lama abangnya yg kembali termenung jauh. Timbul rasa simpati pada abangnya, beria abangnya itu bercerita itu ini perihal perempuan tersebut sejak daripada abangnya pulang dari uni sebulan lepas, abangnya juga sudah pun menyatakan hasrat untuk merisik seorang perempuan di terengganu kepada papa dan mamanya. Namun belum sempat abangnya merisik, rupanya perempuan tersebut sudah menjadi tunangan orang.

Sejak daripada itu, abangnya suka memencilkan diri. Dan selalu cuba untuk mengelak apabila berbicara soal perempuan tersebut.

Terdetik pada hati kecil Ira ingin mengenali gerangan yg bertakhta pada hati abangnya, dia ingin mengetahui apa yang menjadikan perempuan itu sangat istimewa.

💍💍💍

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now