non stop sinner

11.6K 37 1
                                    


Part 5

Atia melihat jam tangan. Lagi sejam kuliah mereka akan bermula. Tapi tak sampai hati dia mahu menolak ajakan Katty.

Bersungguh-sungguh Katty mengajaknya teman. Katanya mahu berjumpa bekas teman lelakinya yang baru sebulan meninggalkannya.

lepas peristiwa luahan temph hari, mereka berdua kian rapat, dan Katty nampak bersungguh untuk berubah.

"Aku janji tak ambil masa yg lama tia. Sbb aku cuma nak bg duit je kat dia."

Atia memandang Katty. Lama.

"Kau tak serik lg dgn dia katt? Masih nak bg duit..? Kau kn,,dah tak pape ngan dia."

Katty tunduk. Tangannya di masukkan dalam poket seluar. Dia berhati-hati mengatur langkah.

"Tipu kalau aku ckp, aku dah blh lupakan dia. Dia walaupon mmg sllu pergunakan dan bodohkan aku, tapi dia jugak yg pnh bantu ak. ssah utk aku lupakn. Dan mgkin smpai hayat aku, ak akan msih ttap cinta." Katty sedikit ketawa. Tiba-tiba pula dia geli hati dengan ayat jiwangnya.

Atia senyum. "Tapi.. sampai bila.. takkan selamanya dia nak bergantung duit dgn kau.."

"Itu aku tak tahu. Tp slgi aku mampu utk tunaikan, aku tak pernah kisah.." Katty tersenyum. tapi hambar. Seolah pahit untuk dia menelan segala rasa.

Atia diam. Sebalik kekerasan katty selama ini, rupanya dia mempunyai hati yg sgt setia. Walau banyak kali di sakiti.

Tergamak benar lelaki itu. Tidak ada sedikit kah perasaan malu berkelakuan begitu pada perempuan. Bergantung duit dengan perempuan. Tergamak.

Atia berhenti. Dia memandang katty di sisi. Pelik pabila katty tiba-tiba berhrnti melangkah. Mata katty tepat merenung seseorang.

"Katt.. kenapa?"

" dia.." katty senyum.

"Jom. Tu la, ex aku." Dia sedikit ketawa.

Atia memandang lelaki yg membelakangi mereka itu. Tiba-tiba dia takut.

"Akim."

"Akim." Katty memanggil. Akim berpaling.

"Aku ingat kau tak dtg.." akim sedikit terkejut. 'Dia lagi. Perempuan malam tu.'

Akim memandang Atia tepat. Dia seakan sedikit tak keruan. Tiba-tiba persaan malu menyinggah. 'Pasti perempun itu tahu aku ini siapa dan tahu semua ttg sikap aku.'

"Nah." Katty hulur duit tiba-tiba.

Akim terkejut. "Eh?" 'Aduh, malu pula aku nak ambil duit ni.'

"Bnyk ni." Katty kerut dahi.

"Seratus kan kau mintak?"

"Lima puluh je la, tu pon aku nak pinjm aje dulu. Adik aku si amran tu ad nak guna duit sikit."

Katty pelik. Tak silap hana bagithu minggu lepas, seratus ringgit.

"Tapi hana bgthu..."

"Okey takpe, aku ambik dulu seratus, nnti ad duit kecik, ak bg balik." Akim cepat memotong.

Katty pelik. Berkerut dahinya dari tadi. Aneh betul sikap akim hari ni. Biasanya, siap minta lebih lagi. Tapi kali ni lain pula. Mungkin sbb lama tak jumpa?

"okeyla katt, thanks tau." Akim senyum tawar.

"as usual. No prob." Katty selamba.

Akim beralih pandang. "ur classmate?" Sengaja dia bertanya.

"Eh haah lupa nak kenalkan. Ni atia, classmate, n housemate."

"Atia?"

"Haah nurathia hanis." bersungguh katty memperkenalkan.

Akim tersenyum lebar. Senang hati. Akhirnya dapat juga dia tahu nama perempuan tersebut.

Atia sekadar mengangguk. Dia cuba untuk hormat lelaki itu sebgai kwan kepada katty. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia blah.

"Aku akim." Tanpa segan akim hulur tangan.

Katty menepis. "Agakla kau ni, dia tak salam laki la."

Atia lega. Dia sakit hati tiba-tiba. TaK paham kenapa lelaki itu susah sangat nak faham dan hormat. Dia sedaya menjaga dirinya, menutup aurat dengan sempurna. Tapi masih tetap tak faham???

"Sorry2." Akim menepuk dahi. Dia sendiri tak faham kenapa dia begitu. Bukan dia tak segan..tapi..

"Okeyla akim.kiteorg kena pegi dulu. kuliah lagi 10 minit ni."

"Ouh..haah okey okey. Bye." Akim mengangkat tangan. Tapi tak berganjak. Dia cuma menuggu katty dan atia berlalu pergi.

Bibirnya kembali senyum.

"Nurathia Hanis..."

Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now