non stop sinner

4.1K 32 0
                                    

💎Non-stop Sinner💎

Part 15

'Sakit untuk menelan. Kerana terlampau pahit rasanya.

Dia sahabat. Yang sudah terlalu banyak mengubah seorang Khatija. Tapi kenapa aku sedikit pun tidak mampu untuk berlapang dada dengannya..? Hanya kerana cinta seorang lelaki, gamak benar aku menyisihkan dia dari hidup aku..?

Sebesar apakah cinta antara ajnabi..? Hingga sanggup putuskan cinta persahabatan..?

Aku sayang dan aku rindu, namun rasa sakit mendahului segala rasa..'

-khatija Mohamad

💍💍💍

'Istikharalah, maka itu adalah sebaik-baik pemilihan. Tidak sangka, akhirnya aku di uji dengan istikharahku sendiri.

Kenapa bukan dia..? Kenapa orang lain akhirnya..?

mujur aku ada DIA, kerana tanpa DIA, dengan sebab cinta, aku boleh jadi selemahnya !

Aku yang sedang cuba untuk kuat.

-nurathia Hanis Abdullah

💍💍💍

'Cinta, mampu buat seorang alim tersungkur lemah kerananya. Cinta, mampu menjadikan yang buruk tampak sungguh indah. Cinta, mampu menukarkan segala rasa menjadi kejam, semata hanya kerana ingin mendapatkannya.

jangan pernah salahkan cinta, bila aku terpesong jauh kerana cinta. Tapi tudinglah jari pada salah sendiri, kerana tidak mengurus cinta pada jalan yg sepatutnya.

Cinta itu hanya secalit bahagian dalam kehidupan kita. Masih banyak lagi bahagian-bahagian lain yg sangat perlu untuk aku titikberatkan. Jadi mengapa harus jadi bodoh dalam berfikir, buta dalam berperasaan, kejam dalam menilai dan hilang dalam menghulur kasih pada yg lain..?

Biar iman yg memandu aku.  Bukan nafsu. Dahulukan segala cinta, dengan cintaNya, nescaya aku akan lebih terurus dalam mencintai yg lain.

-ahmad Hakim Mujahid.

💍💍💍

'Hidup ini kita sering nampak tidak adil, seolah berat sebelah. Kenapa aku..kenapa kita..kenapa kami..? Kenapa bukan mereka..?

Sunnguh, persoalan ini pasti akan muncul bila apa yg kita harapkan, idamkan dan mahukan tidak Allah tunaikan. Dan pabila datang satu ujian yg kita tidak terduga ia akan berlaku tanpa sempat kita membuat apa-apa persediaan.

Cuba koreksi, kita realitinya terlalu banyak di sogokkan dengan kesempurnaan hidup.. ketetapan minda kita di manpulasi.. bahawa yg kaya itu, yang cantik itu, yang punya kuasa itu, yg boleh dapat semua benda itu, yg terkehadapan itu, dan bermacam yang lagi..yang sangat berjaya membutakan mata kita, bahawa itulah gambaran mereka bertuah dan yang terbaik.

Kerana itu bila dtg sedikit ujian yg kita tak boleh dapat, tapi org lain blh dapat, terus kita hukum Allah itu tak adil. Allah itu pilih kasih. Allah itu ini..dan bla bla bla.

Jom buka mata dan uka hati dengan iman. Bukan dengan kaca mata dan kayu ukur manusia.

-penulis.

💍💍💍

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now