non stop sin

34.3K 96 0
                                    


- Part 2 -
Atia berjalan perlahan. Kuliahnya lagi 2 jam bermula. Sengaja dia datang awal, bosan di asrama.
Dia menuju ke tasik. mahu mengambil angin sambil duduk di bangku.
"Eh?" Mata atia menangkap sosok tubuh seseorang. 'Aku mcm kenal..'
"Lelaki malam tu.." Dia pandang tempat lain. Takut sungguh kalau lelaki itu perasan dia di situ. Terus dia mencari bangku yg sedikit jauh.
Dia selamba. Tidak sampai lima minit dia duduk, dia perasan, ada seorang perempuan datang menghampiri lelaki itu. Mereka sangat mesra. Bergelak tawa. Bertepuk tampar sesama sendiri.
Atia mencebik. "Ade awek pon, menggatal lagi." Dia mendengus. Sakit hati masih tersisa.
Lantas di capai buku dalam beg nya. Malas mahu mengambil tahu perihal lelaki itu.
"nanti aku bayar. Beg duit ak tertinggal kat rumah."
Farahana mengangguk. "Okey. Janji kau bayar. Kalau tak, malas dah ak nak tlg kau lepas ni."
Akim menjeling ke atas. "Pernah ke aku tak bayar?"
Farahana ketawa perlahan. "Okey2. Apa2 hal contact je ak.. aku chow dulu la. Ade kelas."
Akim mengangkat tangannya. "Baik cikgu."
Meletus ketawa mereka.
"Ye la ank murid..okeyla bye" Farahana kemudiannya melangkah pergi.
Akim senyum puas. Assignment siap ! Untung betul ada kawan macam si farahana tu. Bayar je berapa dia nak, dia akan siapkan assignment tepat pada masa. Untung !
Dia berjalan menuju ke keretanya yang di parking sedikit jauh.
"Dia..?" Akim baru perasan. perempuan malam itu. Dia masih ingat lagi kasut yg di pakai perempuan tersebut. Hatinya kuat mengatakan dia lah perempuan malam itu.
dia mendekati. "Assalamualaikum." Atia terserentak. Datang juga mamat ni akhirnya. Perasan juga akhirnya. Atia mengetap bibir.
Dia tidak membalas. Sengaja tidak di layan.
"Kau yg malam haritu kan." Akim buat tak faham yang perempuan tersebut tidak selesa dengan kehadirannya.
Atia mendongak sedikit.
"Malam haritu? Bila ya? Rasanya kau silap orang."
"Yg tampar aku tu."
Atia tidak senang. Dia tutup buku. Bangun.
"Maaf. Aku pergi dulu." cepat dia mengatur langkah meninggalkan Akim.
Akim tersenyum sinis. Sombong nak mati punya perempuan.
Dia menjeling tajam.
Bersambung...

Non-stop SinnerWhere stories live. Discover now