Bab 20

49 3 4
                                    

terasa kejung ototku melihat umi perlahan-lahan berjalan ke arah kami sambil menundukkan wajah.

jap, irvan yang duduk membelakangi pintu masuk ke dapur pun boleh perasan umi datang, aku ni yang sah2 menghadap pintu masuk ke dapur pun tak nampak langsung

Maya terus berlari membasuh tangan di sinki dan cepat²  merangkul tangan umi lalu didudukkan umi di penjuru meja makan, iaitu di antara tempat aku dan irvan makan.

umi masih menunduk dan tidak semena-mena dua, tiga titik air jernih jatuh ke atas meja. umi menangis? keadaan masih sunyi. irvan hanya menguis-nguis nasi dalam pinggannya

"umi, Maya boleh explain semua ni" Maya bersuara perlahan setelah sekian lama keadaan sunyi. irvan pula telah mengangkat pinggannya ke sinki dan membasuh tangannya

"Maya naiklah tidur dulu. umi nak settle dengan anak umi dulu" suara umi hanya mendatar tapi cukup mencerminkan ketegasan sikapnya dulu yang masih berbaki

Maya agak terasa dengan kata² umi tapi disangkalmya jauh². maybe ni lah masa untuk clear kan semua yang terpendam. dan.. aku hanya orang luar. aku tak patut masuk campur.

Maya cepat² mengangguk dan mengangkat pinggannya ke sinki. dia membasuh pinggannya dan irvan lalu terus berjalan naik ke bilik. dia perasan dengan pandangan irvan yang entah apa maksudnya tetapi Maya buat2 tak nampak. dia mempercepatkan langkah ke atas. keadaan gelap sepanjang perjalanannya ke bilik tidak dihiraukan. apa yang dia tahu, lari! daripada umi.. daripada irvan.. daripada masalah..

**********

"babe, kau pehal?" Maya berkalih melihat  Shuhaila yang seperti biasa hanya tersenyum melihatnya

"tak de pa pe. nanti kau hantar aku balik, boleh tak?" Maya terus bersuara tanpa teragak-agak.

keretanya sudah dihantar bengkel. entah macam mana laa kereta dia pancit pagi2 ni. bukannya dia bawa redah hutan paku mana pon. dia sendiri pelik. terpaksa la ayah hantar dia ke kampus hari ni. sian ayah. nak minta tolong irvan pun, hmmm.... batang hidung dia pun nampak. tengok wajah muram umi pun dah boleh agak apa jadi semalam. hmm... ntah la hati

"kau ni mengelamun je!!" Shuhaila sudah bercekak pinggang. bukannya marah betul. tak heran. weekkk

"aku cakap. aku ni ada tutor tambahan dengan prof kesayangan kau tu. aku balik pukul 5.30 petang. kalau kau nak jugak aku hantarkan, kau lepak la dulu dalam istana buku kau tu. kau kan suka syurga buku tu. okayyy??" Maya tersenyum melihat celoteh kawannya itu yang kini sudah menjadi sahabatnya yang sangat rapat. susah senang bersama. Alhamdulilah

"okaihh. aku pergi library. nanti kalau kau dah settle, call aku ekk?" Maya terus memintas kata² Shuhaila yang tak henti² berceloteh itu dan ini

*********

"umi, Maya dah pulang!" Maya melaung dari luar rumah sambil menarik tangan Shuhaila yang kian menunduk.

pelik benar dengan Shuhaila ni. banyak kali diajaknya masuk bertemu umi nya tetapi berjela² alasan yang keluar. haishh..  but not this time, baby.

"kan aku kata, umi kau takde. aku balik dulu la. japgi jem laa. kau nak ke tengok kawan kau ni tersekat dalam jem tu" berkerut dahi Maya mendengar alasan Shuhaila

"ahhh. bohong. kau saje kan! kau tetap kena jumpak dengan umi aku dulu. no excuse" Shuhaila kelihatan gelisah. ahhh. kisah plak aku. pelik betul la si Shuhaila nii.

tapi,,,, nanti parents Shuhaila kang risau plak kalau Shuhaila balik lambat. ye la. nii pon dia tak rancang nak paksa Shuhaila betul2. hmmm... next time je laa

"Ehh Maya. dah balik? umi tadi ada di kebun belakang rumah nu. saja nak tanam bunga melur. sape tu?"

Cinta The VolcanoWhere stories live. Discover now