Bab 6

66 7 1
                                    

"masuklah" irvan sudah membukakan pintu kereta miliknya untuk Edd masuk

malam ni aku nak layan dia elok². for the first time and maybe for the last time

"terima kasih" Edd berkata perlahan. pelik benar gelagat irvan malam ni. mungkin benar apa yang dikatakan Alex. irvan pasti nak layan aku elok² sebab lepas ni dia akan hilangkan diri. so, malam ni aku akan jaga hati dia. aku kena bagitau dia segala-galanya malam ni. WAJIB!

"kau... cantik malam ni. tapi sayang, kalau pakai tudung kan, mesti lagi comel" irvan memulakan perbualan. kekok juga dia melihatkan Edd yang super cantik malam ni. lelaki memang and pasti akan kalah dengan wanita. haishh...

"tq... saya cantik untuk awak" Edd menggumam perlahan tetapi masih dapat didengari oleh irvan. irvan tersentak kecil kemudian dia senyum meleret.

"kau kata apa?" irvan sengaja mencari pasal dengan Edd

"takde apa pun"

hai hati. sakitnya mengingatkan ini adalah perjumpaan terakhir kami. Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk berterus terang

*********

"dah sampai. jom!" irvan berkata selepas handbrake ditarik. dia mengerling Edd sekilas dengan senyuman meleret.

kenapa malam ni aku gugup? tambah² bila melihatkan senyuman irvan ni. lain macam je.

"jom. aku lapar ni" Edd berkata sambil keluar daripada kereta. dia cuba untuk mengembalikan keadaan kepada biasa.

mereka berjalan beriringan ke restoran yang berada di hadapan mereka.

setelah duduk dan memutuskan menu makanan, Edd mula merenung irvan dengan perasaan sebenar yang lahir dari hatinya. memang kekok dirasakan. baru dia nampak yang Irvan sangat handsome malam ni. wajahnya seiras pelakon indonesia, christian sugiono. antara dia dan Alex, memang Alex lagi handsome tapi Irvan lagi gentleman dan lebih memahami

irvan yang perasan dengan renungan Edd mula melarikan pandangannya ke tepi. tidak sanggup melihat muka kawannya ini yang sangat disayangi lebih daripada sayang seorang sahabat.

"awak... saya kena paksa kahwin... dengan kawan awak, Alex. saya anggap dia kawan. tak lebih dari tu. saya cintakan orang lain... orang yang lebih memahami saya... dia..."

"Alex cintakan kau. dia akan lebih memahami kau. dia dah mula berubah bila aku kenalkan kau pada dia. dia sentiasa happy. dulu dia selalu keseorangan. tapi bila dia jumpa kau, dia bahagia. dia berubah kepada seorang insan yang lebih berjiwa. aku yakin kau akan bahagia dengan dia. aku yakin, kau boleh bahagiakan dia sampai bila-bila. jangan biarkan dia sedih lagi. dia dah banyak bersedih. kau tak paham sebab kau tak ada time dia jatuh. aku yang sentiasa menongkat dia dari belakang. aku rasa memang dia tak patut bersedih lagi. dia dah cukup merana. sudahlah. dia sesuai dengan kau" perbualan mereka terhenti apabila waiter datang menghantar pesanan

"kau tak..." Edd cuba menanyakan sesuatu tapi Irvan terus memotong

"makan dulu. nanti kita bincang lain. nanti terbantut pulak selera. haha" irvan cuba berlagak normal.

'betul jugak. selera aku tadi benar-benar mati bila dengar pendapat irvan. tapi, makanan ni serius nampak sedap. makan dulu la. nanti aku cakap terus terang kat dia.' getus hati kecil Edd

selesai makan, irvan terus bersuara tanpa lengah

"aku akan kahwin dengan pilihan mama aku. kitorang dah bertunang masa aku balik kampung aku dulu. sorry aku tak gitau kau. and this is the time, kau dengan Alex pulak. Alex sangat cintakan kau. kalau kau reject dia, dia mesti frust sampai nak bunuh diri lagi. aku taknak aku kehilangan kawan sebaik dia." haishh.. bohong pon bohong laa. Edd, aku bohong je. aku cintakan kau sebenarnya. nak je aku cakap tapi tak payah lah kalau nyawa Alex terancam

"tapi aku tak cintakan dia. aku cintakan kau, irvan. takkan kau tak nampak kot" Edd sudah tak tahan bila dia diasak dengan kenyataan dari Irvan.

Irvan ternyata sangat terkejut dengan pengakuan Edd. dia tersenyum sendirian tapi dia segera mengawal senyum nya agar tidak keterlaluan. semuanya demi Alex

"tak payah. aku dah nak jadi milik orang lain. aku dah decide. aku tak pernah cintakan kau. aku.. aku.. hanya sayangkan tunang aku tu walaupun aku cuma tengok gambarnya saja"

"bohong! kau bohong! aku boleh nampak dari mata kau. kau bohong, kan?" Edd seolah-olah tidak percaya

"Edd..." irvan memperlahankan suaranya. dia menunduk memandang seluarnya. dia dapat rasakan pandangannya berkaca.

kenapa aku menangis? sebab aku sakit. sakit sangat. aku tak boleh tahan lagi. aku tak tahu apa yang aku dah buat. aku sayangkan kau. aku cintakan kau. aku terpaksa. biarlah aku sakit asalkan kawan² aku ni bahagia

"Edd... honestly, aku.. aku.. sayang.. Alex. aku tak boleh maafkan diri aku kalau dia jadi macam dulu. sakit Edd. he deserves you. please. terima dia untuk aku. aku.. aku.. sayangkan kau lebih dari kawan tapi aku tak boleh kecewakan Alex. kau nampak bahagia bila kau shopping dengan dia hari tu. aku mintak maaf kalau aku spy kau tapi aku boleh lihat keserasian korang. kau boleh cintakan dia macam kau cintakan aku. aku pun sangat² mencintai kau lebih dari segala-galanya tapi hati kawan aku, aku kena jaga. kau terima dia. kau sayang lah dia. even cinta kita tak kesampaian, tapi please do it to me. aku sayangkan kau dan Alex. kau boleh bahagia dengan dia" tika ini memang dirasakan empangan matanya pecah. Edd masih kaku melihat wajah Irvan yang menunduk dan telah pun basah.

"kalau ini yang kau nak, aku ikut. aku akan terima Alex. Alex dah bagitau yang kau pergi dari rumah tu kan? so, this is our last date. apa yang aku nak kau tau, aku akan tunggu kau dan aku akan tetap cintakan kau even aku dah kahwin dengan Alex dan sampai alu ada cucu sekalipun, aku masih cintakan kau. Alex mungkin dapat miliki aku tapi hati aku ni tetap tak dapat dia miliki. jom balik. i dah penat" Edd berkata kaku tanpa mengalirkan sedikit pun air mata.

"ok. jom. aku nak mintak maaf. halalkan segala-galanya untuk aku sebab lepas ni kita takkan jumpa lagi." irvan meletakkan not 100 di atas meja dan terus beredar ke keretanya

Edd mengikut sambil menunduk.

yaaa. last date. aku maafkan kau

masing² membisu sehinggalah Edd selamat sampai di rumah

sebenarnya, pertemuan terakhir mereka itu telah pun diintip dari awal hingga akhir oleh sepasang mata yang dari tadi tidak lekang melihat mereka. mata yang sarat dengan simpati. yang akhirnya basah dengan air mata sayu

Cinta The VolcanoWhere stories live. Discover now