Bab 13

45 4 0
                                    

"Assalamualaikum, Edd. bangunlah dah hampir 2 minggu, anak papa ni tak sedarkan diri." papa mula bercakap dengan Edd yang masih tidak sedarkan diri. beginilah rutin hariannya. bercerita itu dan ini. tapi sayang Edd tak dengar

"papa sayang Edd. papa jahat sebab abaikan Edd. papa jahil. papa minta maaf. papa janji lepas ni, papa akan beri yang terbaik untuk Edd. bangunlah." seperti biasa, papa akan mengalirkan air mata. murah benar air matanya kebelakangan ni. untuk anak tercinta la katakan

"Edd tahu tak, Edd hilang di laut hampir seminggu. pasukan pencarian telah bertungkus-lumus mencari Edd. mereka kata peluang Edd ditemui hidup² adalah nipis. tapi papa tak percaya. pencarian tetap dilakukan. nasib baik la anak papa ni tak apa². luka pun tidak cuma Edd terdehidrat sikit sebab lama berada dalam laut. tu pun sikit je. kuasa Allah. kemudian, Edd ditemui oleh nelayan hampir² di laut Thailand. jauhnya anak papa ni nak berjalan. nasib baik la orang Thailand yang jumpa Edd tu baik orangnya. kalau jahat ataupun lanun yang jumpa, tak mungkin sekarang papa akan tatap Edd hidup²" Edd memberi komen positif apabila air matanya mengalir sedikit menuruni lekuk pipinya. mungkin dia sudah sedar tetapi tidak larat untuk membuka mata.

"takpe. jangan paksa diri Edd untuk buka mata. Edd rehat dulu" papa melarang Edd dengan nada yang gembira bukannya marah seperti biasa.

tangan Edd tergerak-gerak. papa terus mengambil tangan Edd dan letakkannya di muka papa. Alhamdulillah. anakku!

*********

"mama, Edd nak try jalan. Edd dah penat asyik tidur, makan je" Edd berkata sambil matanya sayu melihat mamanya yang tidak henti² mengemas biliknya. haha. dulu sebelum dia balik kelantan, dia memang tinggalkan biliknya dalam keadaan semak. kesian pulak melihat mamanya

mama melihat wajah papa. papa tersenyum dan mengangguk. mereka tersenyum bahagia. mamanya kini telah berubah. mereka sekeluarga telah kembali rapat. atau... aku baru sedar dengan kebaikan mama? lagipun kalau papa marah aku, mama mesti back up aku punya. aku memang suka buruk sangka laa dengan mama

"Okay, tapi tunggu esok pagi. sebab jalan atas embun lagi bagus macam terapi kaki. kita jalan² kat taman belakang rumah. Edd kan baru balik hospital, rehat dulu ya?" papa memberi cadangan dan disambut dengan anggukan Edd dan mama

Yahoo!!!

**********

"kurang ajar punya anak!" suara papa Alex bergema di segenap ruang rumah. Mama Alex sudah menikus tetapi bukannya Alex. dia masih tegak berdiri merenung papanya tanpa kelip. tangan papa Alex sudahpun berada lebih kurang 4 inci dari pipi Alex.

"kita semua pun baru je nak buat persiapan. so, what's wrong? batalkan je la. tak pun biar Melly je yang jadi pengantin perempuan." Alex masih tidak mahu mengalah. no way! ni first time tau dia ingkar arahan parents. sebelum ni, dia macam lembu dicucuk hidung. ikut je apa yang disuruh

"papa kata tak mahu! kamu dah pandai ingkar perintah papa sekarang. pilih papa dan mama atau perempuan tu. kalau kamu pilih papa dan mama, tinggalkan perempuan tu dan kahwin dengan Edd. kalau kamu pilih jugak perempuan tu, jangan sesekali kamu jejak dalam rumah ni. kamu anak kami lagi!!" papa Alex sudah tidak tahan dengan perangai anaknya itu

"kan Alex dah cakap, Alex pilih Melly jugak. Alex bersedia keluar dari rumah ni. Alex dah penat dikawal papa." Alex membuat keputusan itu dan segera ke biliknya untuk mengambil beg²nya yang telah pun disiapkan awal². masak benar dengan perangai papa. sikit² nak halau. kalau aku buat salah sikit, nak halau je kerja. ambik kau, sekarang ni memang aku pergi betul.

"mama, Alex mintak maaf sangat-sangat. restui lah hubungan kami. Alex tahu mama nak Alex bahagia, kan? Alex akan bahagia kalau dengan Melly. bukan Edd yang diciptakan untuk Alex. Alex sayang mama sampai bila². restui keluarga kami sebab lepas ni kami akan membina keluarga kami di Moscow" Alex membisik kepada mamanya. mamanya bukan seperti papanya yang selfish tu.

Mama mengangguk perlahan sambil matanya setia mengeluarkan air mata sedari tadi. Alex melangkah keluar dengan penuh azam untuk menjadi suami kepada Melly

*********

"Edd, kenapa Edd tak bagitau Edd minta sambung master di Perak? Edd tetap nak masuk sana ke? tinggalkan kami di sini?" mama mula bersuara apabila posmen menghantar surat tawaran dari universiti teknologi petronas di perak

"ya, mama. Edd dah penat hidup menganggur. paling tidak, Edd nak belajar. boleh tambah ilmu pengetahuan." Edd berkata perlahan. dia minta untuk melanjutkan pelajaran di sana semasa hatinya masih keras. ye la. dia mahu lari dari melihat muka mama dan papanya. itu dulu. bukan sekarang tapi alang² dah dapat, masuk je la.

"Edd, papa nak bagitau sesuatu ni" papa yang datang dari cerok mana entah, datang menyampuk. matanya merenung Edd dengan penuh kasih

"keluarga Alex dah batalkan tunang korang sebab Alex lari rumah ikut perempuan lain. Edd sabar ye" papa membelai penuh kasih rambut si anak. sayang benar dia kepada Edd yang difikirnya akan meninggalkan mereka selama-lamanya

"ohh. takpe la paa. dah orang taknak kat Edd, Edd terima je la. Edd boleh bersabar je" Edd buat² sedih. padahal, hoorayy! selesai masalah² nya. tak payah la fikir bukan². akhirnya aku bujang! nak cari orang Perak laa. wkwkwk

"bang, Edd dapat tawaran ke universiti teknologi petronas. bang, nak lepaskan Edd ke?" mama mula mengalih topik perbualan.

"papa kan dah janji dengan Edd akan bagi yang terbaik untuk Edd. kalau Edd rasa pilihan Edd yang terbaik, papa benarkan Edd belajar sana." papa membalas dengan senyum yang melebar. semua kos universiti akan ditanggungnya demi anak yang tercinta ini. biarkanlah dia pergi jika hatinya boleh melupakan Alex

"yeay!! sayang papa. nanti Edd bawa balik boyfriend Edd dari Perak tau" Edd memeluk papa erat. bahagianya dia. dia semakin aktif bila Allah memberi semula nikmat kesihatan kepadanya seminggu yang lalu.

"Edd kan baru sihat. so, papa taknak Edd tinggal di hostel sebab papa risau laa. papa nak Edd tinggal dengan bestfriend papa time sekolah menengah dulu. baru² ni, papa ada call. diorang baru menetap di Malaysia sebab main company diorang di Perak. Edd tinggal dengan diorang, nak? hujung minggu ni, kita pergi jenguk mereka. lama tak balik rumah arwah emak dan ibu susuan papa" papa memulakan ceritanya pada zaman kenakalan dulu.

yea, seperti yang dia tahu, papa ada ibu susuan kerana arwah nenek tidak dapat mengeluarkan banyak susu kerana badannya tidak begitu sihat seperti orang lain. maknanya aku ada nenek susuan tapi dah arwah laa. menurut cerita papa lagi, atuk meninggal semasa dia tingkatan 3. dia telah diajar hidup susah sebab masa tu papa lah tulang belakang keluarga. dah anak tunggal. lelaki pulak tu. maybe sebab tu la, papa layan aku dengan tegas supaya lebih berdikari. rupanya di sebalik ketegasan tu, tersembunyi kelembutan dan kasih sayang

Cinta The VolcanoWhere stories live. Discover now