Bab 15

2.5K 103 10
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ariana’s POV

Aku terkesima dengan kenyataan yang diberikan oleh Harris sebentar tadi. Apa ni?! Seolah-olah sedar dari lamunan, aku menggelengkan kepala menidakkan apa yang aku dengar dari mulut buaya darat itu.

“Apa yang awak cakapkan ni?” Aku meninggikan sedikit suara aku. Sebelum sempat Harris membuka mulut untuk bersuara, aku memotong.

“Kita dah janji bukan? Untuk putuskan pertunangan ni dan akhiri semua ini? Kalau pasal awak tak tahu macamana nak explain dengan parents kita tentang hal ni, awak jangan risau. Saya sendiri akan uruskan, okay?” Aku berkata tegas. Jelas terpancar reaksi terkejut Harris di wajahnya. Aku lantas melangkah pergi ingin meninggalkan Harris.

Namun, belum sempat aku mencapai pintu entrance, Harris menggapai lenganku. Aku cuba melepaskan genggaman tangannya tetapi gagal. Badan kecil aku mana lah mampu nak lawan dengan badan sasa Harris tu.

“Yana, dengar saya dulu boleh tak?” kata Harris lembut. Serta-merta hatiku menjadi lembut. Ya Allah! Bangun Yana, bangun! Serta-merta juga aku mengalah dan berhenti daripada mencuba untuk melepaskan lenganku dari genggamannya.

Harris mendekatkan jaraknya dengan diri aku. Haruman minyak wanginya menusuk hidungku. Tanpa aku sedari, aku merasa senang dengan wangian yang dipakainya. Entah apa punya jenis minyak wangi pun aku tak tahu. Tapi yang pasti, mesti minyak wangi tu lebih mahal daripada minyak wangi aku.

“Yana, saya nak teruskan perkahwinan kita bukan sebab saya tak tahu macam mana nak explain kat parents kita if we break our engagement. Listen here carefully, Yana. Saya nak dan akan berkahwin dengan awak. Hanya awak. Saya tak akan kahwin kalau bukan dengan awak.”

Bait-bait ayat yang keluar dari mulut Harris seakan-akan bergema di mindaku. Berkali-kali aku cuba hadam maksud ayat Harris tapi aku masih tidak memahaminya. Aku membuat muka yang menunjukkan bahawa aku tidak faham. Seolah memahamiku, Harris tersenyum seraya menghadiahkan satu kucupan di dahiku.

“Saya dah mula sukakan awak. You want to know the worst part? The worst part is that I think I’m starting to fall in love with you.”  

Seperti disambar petir, aku terkejut. Aku terdiam dan lidahku kelu untuk berkata-kata. Belum pernah ada lelaki yang menyatakan cinta terhadap aku. Boleh dikatakan ini adalah pertama kalinya. Betul ke? Buaya darat ni mula cintakan aku?

Mustahil! Kau kenal kan Harris a.k.a buaya darat tu? Dia boleh je cakap cinta kat mana-mana perempuan. Apa lagi kat kau kan?

Mindaku yang cukup rasional ini mengatakan sedemikian. Aku menggeleng kepala kemudian mengangguk tanda setuju dengan fikiranku. Tapi yang mengelirukan adalah hatiku. Hatiku seolah membenarkan apa yang dikatakan oleh Harris. Seolah-olah mempercayai setiap kata yang keluar dari mulut Harris.

No, Yana! You know that everything is too good to be true. He is not in love with you. Harris cuma gunakan alasan tu untuk meneruskan perkahwinan korang. Jangan cepat tunduk, Yana! Jangan terpedaya dengan lakonan buaya darat tu!

Sekali lagi hatiku berperang dengan mindaku. Jantungku mula berdegup lebih kencang. Cukup kencang sehingga aku rasa yang Harris turut mendengarnya.

Harris cuba untuk menyentuh pipiku tapi aku sempat mengelak. Aku masih tak tahu nak kata apa lepas apa yang aku dengar. Cinta? Bullshit!

“Jangan main-main boleh tak, Harris? Saya tahu awak nak teruskan perkahwinan ni but please jangan gunakan cinta tu sebagai alasan untuk pujuk saya. Saya takkan termakan dengan cinta awak tu! Cinta konon.” Kataku sambil memandang Harris, tepat di matanya.

Ya. Aku tak akan termakan dengan tipu dia tu!

Belum sempat Harris berkata, aku mengangkat tanganku.

“Baiklah. Kalau itu mahu awak, jom kahwin!” kataku lantas mengatur langkah ke arah keretanya. Harris hanya menggeleng kepala sambil tersenyum sinis. Sepanjang perjalanan untuk pergi lunch, hanya sunyi memenuhi ruangan antara kami. Aku dengan duniaku sementara Harris dengan dunianya.

Sekali lagi muncul soalan yang tidak mungkin dapatku jawab.

Benarkah Harris cintakan aku?

Harris’ POV

Aik? Semudah itu je Yana setuju untuk kahwin dengan aku? Biar betul? Aku terhibur dengan perangai Yana ni. Kejap je marah dia lepastu dah pandai melawan balik. Dah la tu, comel pulak tu cara dia lawan balik. Yana..yana.. kau buat aku makin kemaruk dengan kau, yana. Kau tahu tak?

Sepanjang perjalanan, aku mendiamkan diri memikirkan langkah seterusnya untuk meyakinkan Yana bahawa berkahwin dengan aku bukanlah satu kesilapan. Mungkin pada awalnya, ya. Ini satu kesilapan kerana kami terpaksa demi keluarga kami..dan juga demi syarikat Megah Bersama Holdings. Tetapi, semakin aku mengenali Yana, semakin bermekar perasaan aneh ini di hati aku. Jujur aku katakan, aku tidak pernah merasakan perasaan indah seperti ini. Nope. Not even with Kamelia. Sebab itulah, aku secara randomnya confess dengan Yana tadi. Tapi apa yang aku dapat? Dia cakap cinta aku ni alasan. Aku mainkan dia? Yana.. kalau kau tahu, perempuan akan terus jatuh ke tangan aku bila aku sebut sayang. Tapi, dengan kau..susah sedikit..Tidak seperti Kamelia, aku confess je, dia terus peluk cium aku.. kenapalah aku suka sangat bandingkan Yana dengan Kamelia?

Yana dan Kamelia berbeza. Sangat-sangat berbeza.

Mungkin dari segi penampilan, yes Kamelia menang. Bergaya, anggun, seksi dan elegan.

Tetapi, semua itu jika dibandingkan dengan penampilan Yana yang serba sederhana, biarlah beribu Kamelia beratur, aku tetap akan memilih Yana sebagai isteri aku. Titik.   

“awak..nak makan kat mana?” tanyaku memecahkan kesunyian.

“kat mana jelah. Lagipun saya masih kenyang makan time breakfast tadi dengan Idham.”

*screeeeeechhhh* aku memberhentikan kereta secara tiba-tiba. Hatiku tiba-tiba menjadi panas.

“awak nak bunuh saya ke?!” jerit Yana yang jelas dalam ketakutan. Serta-merta rasa bersalah menyelubungi aku. Tapi ego lelakiku menahan aku untuk meminta maaf.

“awak sedar tak yang awak tu tunang saya a.k.a CEO syarikat Megah Bersama Holdings?”

“sedar. So?”

“so?! Awak tanya saya so? Listen here lady, kalau orang lain nampak awak dengan lelaki lain, apa tanggapan orang dekat awak? Awak tak takut ke?”

“saya makan je kot. Bukan buat apa pun.” Suara Yana makin kendur mungkin sebab dia sedar kesalahan dia. Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya dia tak akan keluar dengan Idham atau dengan mana-mana lelaki lagi. Walaupun hakikatnya dia tidak pernah keluar dengan lelaki lain selain aku dan Idham. Idham.. haihh.. nampaknya saingan aku bukan calang-calang orangya..

Tapi tidak apa, sebab one day Ariana Syuhadah akan jadi isteri aku yang sah.

Mungkin.. aku perlu percepatkan?

“Saya tak nak awak keluar makan dengan mana-mana lelaki melainkan dengan saya. Faham?” Kataku tegas.

“Kenapa saya perlu ikut cakap awak? Kita bukan suami isteri lagilah!” bentak Yana sambil meletakkan kepalanya di cermin kereta. Comel.

“sebab bakal isteri yang baik, akan dengar cakap bakal suami. Alaaa macam yang selalu orang putih cakap.. Practice makes perfect. Betul tak?” kataku sambil mencuit hidung Yana. Yana yang geram dengan tingkahku lantas memukul tanganku serentak dengan itu, tawaku meletus. Sudah lama benar aku tidak merasakan rasa senang begini. Hanya dengan Yana..ya, hanya dengan Yana aku dapat merasakannya.

Aku bertekad untuk menjadikan Yana sebagai suri hidupku.

************************************************
I hope you guys enjoy reading my story!

Sepertimana saya enjoy buat cerita ni, saya nak korang juga enjoy baca cerita ni.

Once again, thankyou for supporting me.

My dear, awesome readers. You guys are the best!  ^^


Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now