Bab 7

3.3K 92 0
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

ARIANA'S POV

Aku berdiri di hadapan cermin buat kesekian kalinya. Membuat final check sebelum bertolak ke majlis makan malam itu sebentar lagi. Setelah membuat final touch up, aku tersenyum puas memandang wajah ku yang bermekap sederhana. Aku bukan jenis perempuan yang suka pakai make up tebal-tebal ni. Rasa tak selesa.

Bunyi deruman kereta di hadapan rumah menghentikan senyumanku. Awalnya Idham sampai! Aku mengerling jam di tangan, baru pukul 7.00 petang hmm janji pukul 8. Tak kisahlah! Yang penting aku dah siap! Aku bergegas keluar dari bilik sambil mendapatkan kasut tinggi berwarna emas bling-bling gituu! Wah! Malam ni aku glamour sikit walaupun make up tak tebal mana. Aku memakai jubah hitam yang aku beli semalam. Tudung chiffon berwarna ungu dan bercorak floral menjadi pilihan aku pada malam ini.

Idham menawarkan dirinya untuk menjemput aku di rumah kerana keretaku berada di workshop untuk diservis. Pada mulanya aku ingin meminta abah untuk menghantar dan menjemputku pulang dari majlis tersebut tetapi malangya abah bekerja hingga lewat malam. So, aku tak naklah susahkan abah aku. Eleh! Susahkan Idham tak apa pulak, kan yana? Aku ketawa kecil.

Kedengaran umi sedang melayan Idham di hadapan pintu rumah. Semakin aku dekat dengan ruang tamu, semakin aku pasti suara itu bukanlah suara Idham. Aku mengerutkan dahi kehairanan. Kenapa suara ni..macam pernah dengar? Takkanlah! Aku menekup mulutku dengan tangan. Eh! Tak mungkin. Harris tak mungkin tahu alamat rumah aku. Kejap! Kalau dia tahu pun kenapa dia datang kat sini?! Aku mula panik. Take a deep breath, yana. Aku mula menenangkan diriku.

Mungkin Harris datang untuk menjenguk umi. Maklumlah umi kan kawan mama dia. Perlahan-lahan aku melangkah lagi menuju ke ruang tamu.

"Laa.. tak sedar pula umi ada tetamu. Baguslah tu! Yana pun nak keluar ni, so at least umi tak lah rasa sunyi sangat." Aku berdiri di sebelah umi sambil tersenyum ke arah Harris yang sedang berdiam diri memandangku.

"Jemputlah tetamu umi ni masuk. Yana bawakan air okay?" Sebelum sempat aku berjalan menuju ke dapur, umi mematikan langkahku.

"Harris ni bukan tetamu umi..Dia datang sini bukan untuk jumpa umi.." Aku memusingkan badanku melihat ke arah mereka berdua.

"Habis tu?" Aku bertanya sambil kembali berjalan ke arah mereka berdua.

"Saya datang ni nak jemput awak, bakal tunang saya." Jawab Harris yang sudah melakar senyuman yang menjengkelkan pada pandanganku. Walaupun dia segak bergaya dengan suit hitam Armani, dan aku akui aku sedikit tertarik dengan penampilannya. Tapi, rasa geram dan sakit hati dengan kehadirannya di sini amat terasa di lubuk hati aku yang paling dalam. Ada hati nak kata aku ni bakal tunang dia.

Aku menjeling tajam ke arahnya. Ingin sahaja aku teriak kat telinga Harris yang aku ni bukanlah bakal tunang dia dan aku tak mahu dijemput oleh dia. Tapi, memandangkan umi ada di hadapan kami, terpaksalah aku memaniskan muka.

"Maaflah Harris. Bukan saya tak nak ikut awak, tapi saya dah janji dengan kawan saya yang dia akan menjemput saya. Sekejap lagi dia sampai lah tu." Aku cuba memberi alasan yang kukuh supaya dia membatalkan niatnya untuk menjemputku.

"Boleh saya tahu siapa yang janji nak jemput bakal tunang saya ni?" Kali ni Harris bertanya berserta dengan senyuman buayanya.

"Idham." Jawabku seloroh. Aku memeriksa telefon bimbitku takut pula kalau ada missed call dari Idham. Aku melihat ke arah Harris kembali. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi. Senyap menyerbu antara kami. Umi sudah masuk ke dapur entah bila pun aku tak sedar.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now