Bab 13 : Honeymoon?

8.2K 130 0
                                    

Mar's Pov :
Kami terus menuju ke bawah dapur.

"Ah kenapa lama sangat nak turun tu Iman. Aunty lia lama tau nak tunggu ketibaan anak sedara kesayangan aunty."

"Kalau kau nak tau dik dorang terlebih sweet kat atas tu aku suruh si Mar ni panggil Iman dia boleh bersweet dengan Iman." Mama tergelak.

"Eh aunty lia bila sampai hehe? Sorry la Iman tak tau sebab mama pon tak bagitahu yang aunty nak datang." Iman mengerutkan dahinya tapi masih lagi bersenyum malu.

"Dah dah mari makan kesian aunty lia kamu tunggu kamu berdua sampai perutnya bermain muzik."
Mereka semua ketawa sakan.

"Eh along, mana abang Badri? Dari tadi tak nampak pon batang hidungnya." Kata aunty lia sambil memakan.

"Oh dia keluar main golf dengan kawan kawan dia. Biasalah hari ni kan cuti umum. Sabtu." Mama menjawab soalan aunty lia.

"Mmm sedapnya kentang sambal ni!" Iman tiba tiba memecah kesunyian.
Terperanjat beruk aku dibuatnya.

"Hah kalau kamu nak tau itu lah air tangan isteri kamu."
Tiba tiba Iman tersedak. Lah tak suka lah aku yang masak? Awaaaa tak kuad.

"Lah kenapa tersedak?" Mama mengerutkan dahinya.

Iman hanya mampu menoleh ke arah ku dan melempahkan sebuah senyuman. Susah betul nak nampak mamat sengal ni senyum. Jarang.

"Kamu berdua bila nak pergi honeymoon? Kalau nak gi, aunty cadangkan kamu pergi London boleh jenguk aunty dan butik aunty." Aunty Lia mencadangkan kami untuk pergi ke bulan madu.

"Tengok macam mana lah aunty, kerja sekolah pon belum habis." Iman membuat muka sayu. Tu lah dari awal lagi aku dah cakap suruh buat siang siang, tengok aku tak pon rasa terbeban sebab siang siang lagi dah buat kerja sekolah yang berlambak tu.

"Dah tu kenapa masih tangguh? Leoas ni kamu pergi buat. Mar dah buat kerja sekolah?" Mama membebel.

"Dah mama. Siang siang lagi Mar dah buat jadi the remaining days Mar free." Aku sengaja menekan kan perkataan SIANG.
Iman merenungku dengan tajam. Aku ketawa sinis. Muahahaa. Dia ingat dia sorang je boleh kena kan aku? No way, this is Maardiah Irdina lah.

Setelah kami habis memakan, Iman terus bergegas naik ke atas bilik kami. Aik? Merajuk ke? Takkan pasal tu kot nak sentap.
Setelah habis membasuh pinggan walaupun kerja tu kerja Mak Jah, aku tetap berdegil untuk menolong Mak Jah. Mama dan aunty lia pergi ke taman kebun sebab mama kata dia nak tunjukkan bunga bunganya kepada aunty lia.
Aku pon menaiki tangga untuk ke bilik. Nak jugak aku tengok apa si Iman tu tengah buat.

"Tuk tuk." Aku membuka pintu.
"Boleh saya masuk? Iman?"

"Nak tanya apa lagi, kau dah masuk pon kan." Iman memerliku. Ye lah ada betulnya juga. Kenapa aku ni bengap sangat.

Muka Iman kelihatan sangat gelisah semasa dia sedang membuat kerja sekolah bahasa melayunya. Nak pertolongan ke? Aku ni memang champion kalau bab bahasa melayu. Aku pernah dapat pelajar yang paling cemerlang dalam bahasa melayu in the whole cohort. Bukan nak menunjuk lah tapi mesti bangga.

"Awak kenapa? Nak saya tolong?" Aku berkata.

"Ni soalan dia susah gila lah, macam mana nak buat ni?" Dia menunjukkan soalan peribahasa.

"Ohh senang je ni. Peribahasa. Orang putih cakap apa? Chicken feet." Aku membuat lawak.

"Eleh kau tu memang lah mahir dalam bahasa melayu. Chicken feet chicken feet, aku tengok muka kau pon dah macam chicken. Dah lah ajar aku." Aku ketawa. Haha.

"Haha comel lah Iman." Aku memelankan suaraku tetapi masih boleh didengar Iman.

"Hah apa kau cakap?" Iman menyoalku sambil ketawa kecil.

"Takda pape, hah ni awak senang je peribahasa awak kena hafal je." Aku pon mengajar Iman cara untuk mengingati peribahasa dan sebagainya.

Setelah habis mengajarnya,

"Kau nak ke pergi honeymoon?" Soalan Iman memecah kesunyian.

"Hah? Nak!" Aku menjawab soalan Iman dengan ghairah sekali. Gila lah siapa tak nak pergi holidays.

"Hmm ye lah nanti aku bagitahu mama dan papa. Kau nak pergi mana?"

"Saya tak nak pergi jauh jauh nanti takut rindu umi dan ayah." Aku membuat muka sayu.

"Apa kata kita pergi Port dickson?" Iman mencadangkan.

"Boleh jugak, hari tu Nurul pergi dia kata best."

Aku Miss WifeyWhere stories live. Discover now