Bab 3 : Mikael Iman minta maaf? Lamaran?

7.8K 140 1
                                    

Iman's Pov :
Aku pon mengikut Cikgu Milah ke kelas Form 4 Sains 1 untuk berjumpa dengan Maardiah sebab nak minta maaf dengannya.
(dalam gambar tu adalah gambar bayi Maardiah. Comelkan)

Setelah kami sampai ke kelas tersebut, Cikgu Milah memanggil Nurul dan Maardiah. Hmm apa sebab dia panggil Nurul? Setahu aku, aku tak pernah pon kacau Nurul, maklumlah Nurul lagi "good-looking" dari Maardiah but whatever. Yang aku tahu sekarang nie aku harus minta maaf dengan Maardiah. 

"Maaf ganggu Cikgu Syidah, boleh saya berjumpa dengan Nurul dan Maardiah sekejap?" Cikgu Milah meminta izin kepada guru yang sedang mengajar kelas mereka pada waktu itu.

Cikgu Syidah sekadar menganggukkan kepalanya tanda kebenaran. Nurul dan Maardiah pon keluar dari kelas mereka. Sebenarnya, Maardiah ada simpan perasaan kepada Iman. Maklumlah, Iman kan handsome. Tapi benci pada masa yang sama. Tetapi Maardiah tidak mengambil kisah pon tentang perasaan anehnya itu.

"Iman, buat apa yang awak harus buat." Cikgu Milah dengan suara yang agak tegas.

"Baik cikgu, umm Maardiah, saya nak minta maaf atas semua kesilapan saya yang saya telah lakukan pada awak tempoh hari. Baik dari segi hinaan, membuli awak dan kesemuanya. Saya nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki." Terdengar keikhlasan dari suaranya.

Maardiah's Pov :
Bila dia minta maaf, aku rasa senang je tiba-tiba. Nurul dan mencuit aku kat badan. Terus aku berhenti dari lamunanku.
"Oh ye ye, saya maafkan awak tapi kalau awak buat lagi sekali saya tak agak-agak untuk tak maafkan awak." Aku cuba cakap dengan menegaskan suara aku. Muahahah.

"Baik Mar, saya janji dengan awak depan cikgu, dan kawan awak Nurul, yang saya tak akan kacau awak lagi." Dia bercakap dengan menghadiahkan sebuah senyuman hingga terpacar lesung pipitnya.
Ya allah, handsomenye. Sabar Mar sabar. Tapi sejak bila dia panggil aku Mar nie? Aku hanya membenarkan kawan rapat je panggil aku Mar. Ah lantaklah janji dia dah minta maaf dengan aku.

Selepas tamat je sekolah, aku pon meminta diri untuk balik.
"Nurul, aku nak balik dulu, rasa macam nak pengsan dah. Aku rasa macam nak demam kot."

🌸🌸🌸
Setelah di rumah,
"Mar, kenapa ni? Macam letih semacam je? Muka pon dah pucat benar. Baik kamu rehat ye nak." Sejuk je dengar suara merdu Umi. Aku pon menaiki anak tangga hingga sampailah ke bilik aku.
Aku merebahkan badan ke atas katil ku yang empuk. Keluarga kami sederhana je. Tak kaya tak miskin, alhamdulilah semua cukup. Kami tinggal di rumah kondo je.

Aku membuka tudung dan terus mencapai iphone 6 milikku kerana terdengar ada message masuk.
Kelihatan nombor yang aku tak pernah save. Hmm siapa lah ni?

Unknown : Mar, aku nak minta maaf lagi pasal tadi. Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati gitu.

Aku : Umm maaf, awak ni siapa? Saya tak save nombor awak.

Unknown : Oh maaf aku lupa bilang siapa aku, aku lah Iman. Sorry eh, aku dah nak gerak ni ke rumah kawan parents aku. See u in schl tmr yeah.

Aku : okay see u.

Pelik lah kenapa tiba-tiba si Iman ni nak berbaik dengan aku? Mimpi apa dia sampai nak message aku bagai? Alamak, aku lupa lah tanya dia macam mana dia dapat nombor aku, ni mesti kerja Nurul sebab dia sorang je yang quite rapat dengan Iman dan ada nombor aku. Tiba-tiba aku kedengaran ketukan di pintu. Oh Umi rupanya.

"Anak Umi buat apa ni? Dengan tak mandi dah baring atas katil. Kalau Mar tak keberatan, boleh Umi cakap dengan Mar sekejap tak?"
Aku hanya menanggukkan kepala tanda setuju kerana aku tidak berdaya untuk membuka bicara.
"Mar ingat tak pasal tempoh satu bulan yang diberi oleh Ayah? Pasal yang kami nak satukan kamu dengan anak kawan kami? Hari ni tamat lah tempohnya. Dah ada jawapan belum?"
"Ya allah hampir terlupa pulak! Alah Umi, Mar tak tahu. Mar serahkan semuanya kepada Umi dan Ayah. Mar setuju dan ikut je." Aku tidak mampu membantah terus aku setuju walaupun ia akan menjejas masa depanku. Tapi my parents know best and they won't do such decisions that would affect their daughter's future.

Iman's Pov :
"Iman, hari ni ikut mama and papa pergi rumah our friend? Ada perkara mustahak yang kami nak bincangkan."

"Okay then apa kena mengena dengan Iman?"
"Nanti kamu tahu lah, baik kamu siap sekarang sebelum papa kamu naik angin." Setelah mendengar perkataan papa, aku terus menaikki tangga dan bersiap. Sebab kalau papa dah marah, boleh jatuh satu bangunan. Aku pon pelik kalau dorang nak pergi jumpa kawan dorang, apa kena mengena dengan aku sampai nak kena ikut bagai? Ish, makin fikir makin runsing jadinya. Ah lantaklah apa nak jadi, jadilah.

Mar's Pov :
"Nanti petang, keluarga bakal kamu akan datang nak bincang pasal perkara ni. Dorang akan bawak anak teruna dorang jugak, jadi boleh lah kamu berdua kenal antara satu sama lain."

"Iya ke? Tapi Mar rasa macam nak demam lah Umi boleh tak Mar duduk je dalam bilik tak payah keluar?" Aku membantah.
"Ish, mana boleh, kuatkan diri Mar. Anak Umi kan kuat?" Umi memberi semangat.

Aku Miss WifeyWhere stories live. Discover now