Bab 10 : Dia cintakan aku?

8.7K 141 0
                                    

Mar's Pov:
Aku tersedar apabila laungan azan waktu subuh kedengaran. Terasa seperti ada lengan yang sasa melingkari pinggangku dengan erat sekali. Kalau tak bukan, Iman lah.

Aku cuba meleraikan pelukannya dengan menghembus nafas dan terus menepis tangannya tetapi tidak boleh kerana aku tiada stamina untuk menepis tangannya yang kuat dan sasa itu. Maka lagi erat pelukannya.
"Awakk..bangun lah. Saya nak solat subuh ni. Apa kata awak lepaskan pelukan awak tu sebab saya nak ambik wudhu. Lepas tu boleh lah awak solat dengan saya sekali." Aku memujuknya.

"Hmmm." Liat sungguh si Iman ni nak bangun. Memang selalu macam gini ke? Takpelah nanti aku tanya mama.
Setelah usai solat subuh bersama Iman, dia berjalan ke arah katil yang empuk itu. Nak sambung tidur balik lah tu.

"Awak tak bagus tau tidur lepas solat subuh..." Aku meleretkan percakapanku.

"Apa kau nak? Aku penat aku punya pasal lah nak tidur balik ke nak apa ke tak bother life kau kan?" Ada kedengaran sedikit marah dan frust dalam suaranya. Aku tersinggung dengan apa yang dia telah cakap. Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik emo je. Sensitive gile. Part of girls katakan.

"Ohh saya minta maaf Iman. Takpa awak sambung je tidur awak tu balik. Saya nak buat something. Have a good sleep." Aku membuka telekungku dan mengikat rambutku ke high ponytail.
Aku ni jenis orang yang lemah lembut, tak suka lawan cakap orang yang berhak atas aku. Terutama umi dan ayah dan Iman.

"No, kau kena teman aku tidur atas katil ni." Dia menepuk ruang yang ada di sebelahnya. Sempat dia menarik lenganku menyebabkan aku terjatuh atas ribanya.

"A..p..a awak nak buat ni?" Aku tergagap.
"Kau fikir apa yang aku nak buat?" Dia tersenyum nakal.

"Saya ada sebab kenapa saya tak nak tidur lepas solat subuh. Saya ada perkara yang saya nak buat." Aku menerangkannya.

"Apa yang penting sangat dari aku?" Dia mengerutkan dahi.

"Alah..ye lah saya bobok awak sampai awak tidur baru saya pergi buat kerja saya okay?" Aku memboboknya hingga aku sendiri pon terlelap. Nasib baiklah sekarang tengah cuti semester baru boleh lah rehatkan minda.

Aku terdengar jam loceng di iphone 6 milik Iman berdering mengakibatkan kami berdua terjaga.
"Tidur jugak eh kau bila aku suruh?" Iman memerliku.

"Saya bobok awak lepastu awak tidur. Dah tu saya pon terlelap. Tak sempat nak buat kerja saya. Ni semua pasal awak hmpph." Aku membuat muka comel.

"Ingat comel sangat ke buat muka cam tu?" Aku malas nak bertekak dengan orang yang sekejap baik sekejap moody tak hapa hapa mood pon aku tak tau, aku melangkah ke arah bilik air untuk memandi. Alamak, baru aku ingat yang aku lupa nak bawak baju sama masuk ke dalam. Habis lah kau Mar. Tak ingat ingat peristiwa lepas majlis resepsi tu ya allah. Eh tapi takpe, part of tackling my own husband mission.

Setelah aku habis mandi,
"Awakkk, tolong saya boleh? Ambikkan baju tshirt lengan panjang pink tu dengan sluar sweatpants nike tu." Aku menyuruh Iman mengambilkan bajuku.
Tukk tukk.
Aku pon membuka pintu bilik air.

Iman's Pov:
Ya allah imanku tergugat. Dia ni nak goda aku ke apa. Aku menelan air liuh.

"Thanks awak." Dia mengeyitkan matanya membuat situasi semakin seksi.

"Eh awak baju dalam saya mana?"
Dia mengerutkan dahi.
"Tak payah pakai lah...eh apa pulak kejap aku pergi ambik. Ish kenapa tak nak pergi ambik sebelum masuk toilet?" Aku merapu pada mulanya.

Aku Miss WifeyWhere stories live. Discover now