Bab 5: Nikah? Dengan Mikael Iman?

7.8K 162 1
                                    

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Baju kahwin semua aku serahkan kepada Umi untuk settle. Rasa macam tak kuasa gitu. Tema kita adalah tema bollywood. Umi dan aku memang minat sangat dengan bollywood jadi tema ni memang paling sesuai.

Umi memilih baju lengha(yang di gambar) yang berwarna kuning gelap.
Namun, majlis akad nikah kami sangat simple. Untunglah kakak sedara aku, Kak Fir, professional makeup artiste jadi dia yang tolong hiaskan aku. Lepas dia dah hiaskan, aku melihat diri ku di cermin. Ya allah, lain nye. Agaknya Iman dapat cam ke tidok? Haha.

Aku hanya duduk di dalam bilik sambil menunggu ketibaan bakal suami dan keluarganya. Suami? Aku dah boleh terima dia sebagai suami aku yang sah nanti ke? Whatever lah.

"Tok Tok" Ketukan di pintu terdengar.
"Siapa tu? Masuk je lah." Aku hanya mampu membenarkan sesiapa saja yang masuk pada waktu itu.

"Ohh Su rupanya. Masuklah. Meh duduk sebelah aku." Suzanna adalah sepupu aku yang sebaya dengan aku. Kami sangat rapat.
"Amboi Mar, lawa nye kau. Memang ada juga kegunaannya bila kau tak makeup selalu. Seri pengantin naik gila beb." Su memujiku.

"Eh kau ni jangan puji sangat, nanti kembang aku."
"Mar aku nak tanya kau something boleh?" Su mencela.
"Boleh tanya je."
"Macam mana kau boleh accept mamat sengal tu yang kau selalu ceritakan aku? Crush plus enemy katakan." Su menyoal.

"Dah lah Su, aku tak nak cakap pasal dia. Kejap lagi aku akan bergelar isteri yang sah kepadanya. Tak niaya dia buatnya?" Aku tidak mahu berbual tentang Iman.
"Kau patut fikir pasal first night kau tu. Kau dah matang, sama-sama matang."
Su tersenyum sinis.
"Ish kau ni, entahlah aku serahkan segala-galanya kepada Allah." Aku hanya mampu bersenyum.

"Anak Umi dah siap ke belum? Bakal suami kamu dah sampai tau. Jom keluar, Umi dan Su mapah."
Aku pon keluar dari bilik lalu diikuti dengan Umi dan Su. Aku dapat melihat sesusuk tubuh yang kelihatan sangat macho kalau tak bukan Iman. Ya allah handsomenya. Kau dah jatuh cinta ke Mar? Ish tak mungkin!

Iman's Pov:
Ya allah cantik gila Mar ni. Selama ni aku tak pernah lihat seorang wanita yang kelihatan cantik macam ni. Eh apa aku ni memuji lebih-lebih. Takkan aku dah jatuh cinta kot? Ish tak nak lah. Tapi lawa gila woi, sabar Iman sabar. Tulang rusuk bergetar, iman aku tergugat. Sabar Iman lepas lafaz je, shes all yours. Muahahah.

Mar's pov:
"Mikael Iman bin Dato Badri Hisham?"
"Ye saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Maardiah Irdina binte Iqbal Fakhri dengan mas kahwinnya sepuluh ribu dolar tunai."
"Aku terima nikahnya Maardiah Irdina binte Iqbal Fakhri dengan mas kahwinnya sepuluh ribu dolar tunai."
"Sah?"
"Sah."
Alhamdulilah. Kini aku sudah bergelar isteri yang sah kepada Iman. Rasa macam nak terjun and lari je pada waktu ni. Entah kenapa aku rasa macam nak pitam.

"Mar, bagi tangan kamu tu." Aku terdengar Umi menyuruhku memberi tangan kepada Iman lalu aku memberinya.
Setelah dia menyarungkan cincin di tanganku, aku menyalam tangannya. Dan aku dapat merasakan ciuman yang hangat terhinggap di dahiku yang putih melepak.

Setelah habis upacara akad nikah, aku disuruh untuk rehat di atas bilik. Ya allah kau kuatkanlah diriku dan lindungilah aku dari apa yang bakal terjadi pada malam ini.
Tetapi fikiran aku meleset. Iman tidak boleh tidur denganku sampai majlis resepsi kami habis. Fuhh, selamat. Tapi kan dah halal? Bukan apa, Neklong tak bagi dia tidur dengan aku sebab pantang. Ish. Why am I looking forward sleeping with him lol?

Iman's Pov:
Baru ingat nak tidur dengan Mar, nak sakat dia habis-habisan, ada Neklong pulak dengan pantang dia. Tak boleh tidur dengan Mar selagi majlis resepsi belum habis.

Mar's Pov:
Keesokan harinya, Kak Fir datang ke rumah untuk menghias aku lagi. Setelah habis menghias, Umi menyuruh aku untuk ke bawah. What? Aku kena naik sama kereta dengan Iman untuk ke Hotel Pavillion? Ish tak boleh ke naik kereta asing-asing?
Setelah sampai ke hotel tersebut,
"Pegang tangan aku, biar nampak mesra sikit depan family aku dan kau." Aku pon terus memegang tangannya dengan erat dan memancarkan senyuman plastik. Sebernarnya suka tapi tak berani untuk menunjuk.
Selepas semua ahli keluarga dah puas memetik gambar dan sebagainya termasuklah membuat aksi-aksi yang kononnya sweet yang diarah oleh jurugambar, kami disuruh untuk ke meja kek untuk upacara memotong kek.
"Okay, Iman dan Mar suap one another and senyum."
Iman menyuapku sambil tersenyum ke arah ku. Nak je aku bagi dia kaki aku for free tapi mana boleh buat kan. Aku menyuap Iman secubit kek tapi belum sempat dia membuka mulut, aku dah suap kek tu mengakibatkan mulutnya comot. Aku ketawa kegelian hati.
"Alololo kesiannya my hubby mulutnya comot. Meh sini wifey tolong lapkan HAHAHAH." Aku tidak boleh tahan lagi tapi aku still ketawa gila.
"Ohh kau kenakan aku ye? Takpe waktu ni waktu kau, malam ni malam aku. Habis kau aku kerjakan nanti."
"Cubalah kalau berani." Ah kan Mar siapa suruh cabar dia? Kalau dia betul-betul laksanakan tanggungjawab dia sebagai suami malam ni macam mana? Tak niaya kau dibuatnya? Ish Mar ni. Kau terimalah padahnya.

Aku Miss WifeyWhere stories live. Discover now