Reben

4.3K 410 50
                                    

Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan bernama Victoria. Dia seorang yang amat cantik dan diminati oleh kebanyakan lelaki di taman perumahannya. Namun ada sesuatu yang pelik tentangnya. Dia suka memakai reben merah di lehernya. Apabila dia ditanya tentang reben itu, dia enggan membuka cerita.

Hinggalah satu masa ni, dia telah jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Nichkhun. Nichkhun membalas cintanya. Dia juga ada bertanya,

"Kenapa awak pakai reben dekat leher awak?"

"Nanti bila kita dah kahwin, saya ceritakan kepada awak."

Mereka bertunang dan beberapa bulan kemudian mereka bernikah. Selepas bernikah, Victoria memungkiri janjinya. Dia tidak menceritakan apa-apa pun kepada Nichkhun. Nichkhun juga tak kisah kerana dia kasih kepada isterinya.

Dia sering juga melihat Victoria tidak membuka reben itu walaupun ketika mandi dan waktu tidur. Timbul perasaan ingin tahu dalam diri Nichkhun.

Satu malam, Nichkhun melihat isterinya yang tidur nyenyak di sebelahnya. Dia memandang ke arah reben di leher itu. Perlahan-lahan dia menarik ikatan reben dan melepaskannya.

Tiba-tiba...

Kedebuk!

Kepala Victoria terlepas dari lehernya dan jatuh tergolek ke lantai.

Creepypasta Where stories live. Discover now