Bab 6 : Bumi dan Angkasa

Start from the beginning
                                    

  Fifi hanya senyap. Lagilah aku rasa bersalah apabila bercakap sebegitu pada dia. Tch, apa kena dengan aku ni?!?

  "Huh... Maaf."

  Aku tak tahu apa reaksi Fifi ketika aku meminta maaf. Aku toleh ke arah lain.

  ...

  "Jomlah kita pergi makan, Raja. Kau dah okey, bukan?"

  Entahlah macam mana dia buat senyuman manisnya itu. Tadi marah, sekarang tersengih pula?

  Fifi bukakan zip beg tidur aku yang entah kenapa terkunci, lalu berlalu pergi. Aku pula, ambil masa sedikit untuk mengumpul tenaga sebelum terbang ke kabin sekunder alias ruang makan dan rehat.

  "Raja!!!! Kau dah sedar???"

  "Raja, are you okay now, man?"

  "Huhuhu aku rindu kau, Raja!"

  Aku layan ala kadar sahaja dengan soalan-soalan yang bertali arus ditanya - kecuali Azim. Ya, aku menjegil sedikit, cukup untuk buat dia ketakutan. Rindu aku? Geli aku mendengarnya!

  "Mana makanan? Aku dah lapar."

  "Mestilah kau lapar.., sehari kau tak bangun-bangun-"

  "Tak, setengah jam saja. Kau tak perlu tipu, Aqilah."

  "Cis."

  Gelak Kak Natasha kedengaran. Dia tu memang asyik-asyik gelak sahaja.

  "Dah, dah! Ini dia, sup ayam kalian!"

  "Yeayy-- Eh? Ini kan ubat gigi?"

  Tergelak besar aku apabila dengar Izzah kata begitu. Kak Natasha, Ansar, Hafiz dan Fifi pun ikut gelak. Azim dan Hani, sama seperti Izzah, terpinga-pinga.

  Sungguh, jahil betul mereka tentang angkasa lepas.

  "Cecair dan makanan saiz kecil senang terapung-apung dan bergerak di angkasa akibat ketiadaan graviti. Jadi, kalau tak nak peralatan kapal angkasa kita rosak, kita perlu hirup sup ayam dari tiub-tiub ni!"

  Aku tak dapat berhenti ketawa melihatkan si bertiga itu membuat muka pelik ketika mendengar penerangan Hafiz.

  "Itu pun tak tahu." Aku mengejek Izzah.

  Dia menjelir lidah. "Berambuslah kau!"

  "Hei, sudah! Marilah kita mula makan! Kalian tak laparkah, asyik kecoh-kecoh sahaja??"

  "Tak~"

  Kami mula menjamu selera dengan hidangan yang tidak seberapa itu. Tiada nikmat memakan sup ayam dalam tiub perak ni. Kami terpaksa terus menjaga tiub-tiub lutsinar berisi air sirap daripada terbang di sana sini. Bimbang jika ia menekan apa-apa butang di dalam kapal angkasa ni.

  "Aku nak mangkuk dan sudu....!!"

  Rintihan Azim kedengaran menyedihkan.

  "Diamlah, Azim."

  ...walaupun aku juga inginkan mangkuk dan sudu.

  "Beginilah kita untuk beberapa minggu akan datang. Bersabar sajalah, ya, wahai angkasawan-angkasawan sekalian.";  

  "Meh..."

 

  "Kita dalam perjalanan ke ISS, bukan?"

  Pertanyaan Hani kepada Kak Natasha itu mengejutkan aku, menbawa aku kembali ke alam nyata selepas termenung beberapa ketika.

  "Hmm? Oh, ya, ya. Kita akan jemput seorang lagi angkasawan, warga Amerika Syarikat."

PlutoWhere stories live. Discover now