"Sapa kawan yang sakit..? Sakit apa ? Kenapa tak bawa pergi hospital..?" tanya Saif bertubi – tubi.

"Dia tak nak pergi hospital... dia bleeding banyak sangat..." kata aku.

"Bleeding sebab apa ? Kalau bleeding, kena bawa pergi hospital..kita perlukan beg darah. Saif tak boleh keluarkan beg darah sesuka hati..." bebel Saif.

"Ye la...at least Saif ada, boleh bagi dia ubat penenang, senang nak panggil ambulans..." jawab aku sinis.

"You don't answer my question.. I ask you two time..dia sakit apa? Kenapa bleeding ?" Saif bertanya lagi.

Aku mengeluh. Sorry Aliff. Aku perlu bagitahu untuk selamatkan kau.

"Dia kena tembak dengan polis..." jawab aku sepatah.

"What ?? And then you want me help him..?" tanyanya lagi dengan nada terkejut.

Aku mengangguk.

"No...no...I don't want to involved in this problem.." katanya.

"Anggap Saif tolong dia sebagai balas budi bagi pihak akak. Dia pernah tolong akak dulu..anggap kita tolong dia sebagai balas budi. Lepas ni, kita tak payah terlibat lagi.." rayu aku.

"Dia pernah tolong apa..?" tanya Saif lagi.

Dia yang tolong akak semasa nak kena culik.." beritahu aku.

Sorry Saif. Akak terpaksa tipu kau.

"What ? Akak tak bagitahu kami pun...mak bapak tahu tak ?" tanya Saif lagi.

Aku menggeleng.

"I don't want they worries about me.. lagi satu, tolong jangan bagitahu mak dengan bapak ataupun sapa – sapa je la..so can you help them ?" tanya aku balik bila kami sampai di rumah AD.

"Yela..tapi ingat jangan libatkan diri dengan mereka...kalau tak, Saif bagitahu mak dan bapak.." balas Saif.

Aku mengangguk.

Layla terkejut bila Aina yang jemputnya.

"Mana Dayah..? " tanya Layla.

"Dia ada hal.." kata Aina.

" Minta maaf la sebab menyusahkan awak, Aina.." balas Layla.

"Saya panggil Kak Layla boleh kan..?" tanya Aina.

Layla mengangguk.

"Tak apa akak, saya tolong akak, nanti mana tahu saya susah akak tolong saya balik..lagipun Dayah ada emergency. Kawan dia sakit.." tambah Aina.

Layla bertanya lagi.. "sakit apa ?".

"Saya pun tak pasti..tadi kami keluar cari Fiya... lepas tu Dayah ada dapat call dari seorang lelaki..apa namanya...Farid tak silap..yea Farid.." kata Aina.

Menyirap darah Layla mendengar nama Farid.

"Dayah kat mana sekarang..?" tanya Layla lagi.

Dia nak tahu keadaan suaminya.

Aina menjawab "Tak pastilah akak.." .

Layla menelefon Dayah . Panggilannya tak diangkat. Layla menelefon lagi dan lagi.

**********

Muka AD terlampau pucat. Terlampau banyak darah hilang.

Saif berkata.. "Kita kena bawa dia pergi hospital.." .

"No.." jawab AD perlahan.

"Tak boleh ke kita cabut peluru tu dulu, nanti kita fikir cara lain nak selamatkan dia.." bagitahu Farid.

Gengster TergurisWhere stories live. Discover now