Bab Satu

623 17 3
                                    

                         Kalau korang konfius watak cerita ni, tengok Characters ya!  


Aku orang pertama yang membuka pintu rumah arwah nenek yang sudah meninggal setahun yang lepas. Sungguh terkejut aku melihat keadaan rumah tersebut yang kotor, habuk perabot berterbangan di sana sini. Tiba-tiba aku terfikir sama ada ini rumah ataupun stor rumah.

Ish! Tak baik kau cakap macam tu, Nana. Inilah rumah ayah kau sewaktu dia masih kecil. Hormatlah sikit ayah kau tu..

Aku memandang kearah Encik Noor merangkap si ayah, "Betul ke kita nak duduk sini?" soalku ragu-ragu. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran aku yang ayah akan mengajak aku sekeluarga pindah ke kampung ibunya. Selaku ketua rumah, kami hanya mengikuti tanpa bantah walaupun terpaksa meninggalkan sahabat handai di Kuala Lumpur sana.

"Iya, sayang. Kamu tak suka?" balas ayah. Cepat-cepat aku menggeleng.

"Tak adalah. Tanya je. Baik untuk ayah, baik juga untuk Nana. Kan abang?" aku memandang kearah abangku, Farid yang sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kekasih hati barangkali. Aku malas mahu campur hal sebegitu.

"Rumah ni jauh dari Kolej Faridlah, ayah. Tak akan Farid nak berhenti belajar." Bantah Farid lembut. Dia tidak mahu dicop sebagai anak derhaka kerana meninggikan suara pada ayah. Lagi-lagi tentang hal yang remeh.

Encik Noor mengeluh kecil lalu tersenyum kearah anak sulungnya itu. "Taklah sampai berhenti belajar. Jauh betul fikiran kamu ya, Farid. Tempat ini bukan kawasan pedalaman. Kamu tak perasan ada satu Kolej masa kita datang ke sini tadi?" Farid menggelengkan kepalanya.

"Tak."

"Apalah abang ni. Nana rasa, dari sini nak ke Kolej abang yang baru tu makan lima minit saja. Tak payah nak redah traffic jam pun." aku membalas.

"Yakah? Bolehlah abang bawa vespa kesayangan abang tu!" Farid ketawa kecil. Sudah lama dia tidak membawa vespa yang dihadiahkan kepadanya oleh Encik Noor sewaktu dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tiga tahun lalu. Rindu benar dia.

Aku menepuk tangan memerli. "Bagus abang! Bawa girlfriend abang jalan-jalan pakai vespa abang tu. Bila enjin vespa tu rosak, boleh tersadai kat tepi jalan berdua-duaan. Sweet betul abang ni!" aku ketawa besar. Imaginasi aku yang sangat tinggi membuatkan Farid mencebik bibir.

"Nana kalau dah berimaginasi, kalau penulis novel! Lagipun abang dah besar, wajarlah abang dah ada kekasih. Nana tu pula, jangan menggatal nakada kekasih. Ingat, Nana PT3 tahun ni. Dah tak boleh main-main." Tegur Farid. Kini aku pula yang mencebik. Tadi aku kata pasal hubungan abang Farid dengan kekasih dia. Yang terpesong pergi ke aku pula ni dah kenapa?

"Dan lagi satu, no more K-pop for PT3. Ayah tak izinkan." Kata Encik Noor pula. Aku mula menayangkan muka masam. Ini semua salah abang Farid kerana mulakan dahulu. Kalau dia tak menyebut perkataan PT3 tadi, tak adalah ayah nak cakap pasal K-pop.

"Nana benci abang!" aku menghentak kaki lalu berjalan ke perkarangan rumah arwah nenek. Encik Noor dan Farid menggelengkan kepala sambil berpandangan antara satu sama lain. Mereka sudah masak dengan perangai aku yang terlalu kebudak-budakkan ini. Lagipun rajuk aku bukannya makan masa. Sekejap lagi baiklah..

"Kamu ambil bilik belakang, ya. Bagi Nana bilik tengah. Lagipun senang sikit kalau dia trauma dia datang balik." Kata Encik Noor kepada Farid. Farid mengangguk kecil.

"Ya, ayah." Farid membalas. Kemudian Encik Noor mencari aku di luar rumah. Terlihat anak gadisnya itu sedang bermain dengan seekor kucing berwarna coklat di tepi pokok. Segera Encik Noor mendekati aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku, Ustaz Sekolah [BTS Jungkook]Where stories live. Discover now