Part 2

3.7K 47 0
                                    



BAB 2

"OKEY. Sekarang ini rumah kamu." Suara Tuan Haris, lembut. Dia menepuk bahu Afina perlahan sebaik mereka menapak keluar dari kereta. Rumah kediamannya terletak di kawasan perumahan bandar Temerloh.

"Siapa nama kamu, ya?" soal Tuan Haris berbasa-basi.

"Dhia Afina, uncle. Panggil Fina saja." Jawab Afina ringkas. Mata sudah melilau memerhatikan keadaan sekeliling rumah itu.

'Besarnya rumah. Kerja apa uncle ini? Bagaikan mimpi aku dapat tinggal dekat rumah ni tapi lagi bagus kalau aku dapat tinggal dengan ayah sekali,' keluh Afina sendiri. Sebak tiba-tiba bila teringatkan ayahnya.

"Fina apa yang termenung lagi tu? Jom kita masuk." Ajak Tuan Haris, kepala bahu gadis itu dipeluk rapat ke tubuh.

Tenanglah dulu wahai hati. Aku perlu yakinkan dia supaya dia tak syak apa-apa. Ah, kau memang gilalah Haris budak hingusan pun kau mahu!

Afina mengelak sedikit dari terus dipeluk oleh Tuan Haris. Dia rasa tidak selesa. Walaupun pak cik itu lebih tua dari ayah, dia masih tidak selesa kerana ayah sendiri tidak pernah melakukan begitu padanya.

"Imah, tolong angkut beg pakaian budak ini dan jangan lupa kemas bilik Alia untuk dia." Arah Tuan Haris pada pembantu rumahnya.

"Baik tuan. Mari nak, ikut mak cik naik ke atas," pelawa Mak cik Imah. Wanita awal 40-an.

Afina mengangguk lalu mengekori Mak cik Imah naik ke atas. Tuan Haris melepaskan lelahnya di sofa yang empuk, medepakan kedua belah tangannya. Dia tersenyum lebar.

"Beruntung betul aku. Tak dapat tebus wang ringgit dapat ganjaran perempuan masih dara pulak tu. Masih hingusan tapi sudah anak remaja. Kasihan dekat kau Husin, itulah akibat pinjam wang tak nak bayar. Dulu isteri kau sekarang anak kau memang tak sayang bini dan anak betul kau ni. Rela jual keluarga sebab mahukan wang."Bicara Tuan Haris sendirian.

"Tuan!" Seru anak buahnya.

"Apa? Tak boleh tengok aku senang langsung!" Marah Tuan Haris bila mood senang hatinya diganggu.

"Anak Tuan. Puan Halina dan anak perempuannya mahu pulang dalam tempoh seminggu lagi." Jelas salah seorang daripada anak buahnya.

"Haslina? Kenapa tiba-tiba dia nak balik Malaysia suami kesayangan dia dah ceraikan dia ke?" soal Tuan Haris sekali gus menyindir bengang.

"Mereka sudah berpisah, tuan."

"Hah? Baguslah tu. Memang aku jangka dari awal lagi bila kau melarang jangan kahwin dengan mat salleh tu taknak dengar. Suami masih ada sibuk nak minta dilepaskan memang gatal nak cari lain sekarang padan muka dia! Mulalah nak balik merengek dekat aku." Rungut Tuan Haris .

'Eh, kejap! Kalau si Haslina balik mesti dia angkut sekali anak haram dia tu dan ini bermakna budak haram tu mesti nak pakai bilik dia. Habis macam mana dengan Afina nanti? Kalau ikutkan aku memang aku nak suruh budak itu tidur sekatil dengan aku tapi itu masih awal lagi. Ah! lantaklah si Alia tu nak tidur manapun rumah ni kan banyak bilik apa susah! Pilih saja nak tidur bilik mana satu.'Tuan Haris tidak mahu serabutkan kepala. Dia menghalau semua pekerjanya keluar kerana dia mahu berehat.

"Tuan semuanya dah siap. Afina sekarang tengah tidur, dia nampak penat." Celah Mak cik Imah yang baru turun dari tingkat atas.

"Baguslah." Ringkas saja balasanya. Mata terpejam. Fikiran pula masih memikirkan anak sulungnya bakal tinggal di rumah ini lagi. Pasti mengamuk sakan wanita itu bila dapat tahu dia membawa balik Afina ke rumah.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now