"Lah, yakah?.. Tiba-tiba saja?"

  "Doktor nak periksa perkembangan otak mereka."

  "Y-Ya! Berapa peratus minda mereka dikembangkan dalam setahun? Dan adakah ilmu yang banyak boleh mempercepatkan proses penyembuhan diri? Itu yang para doktor soalkan!"

  "Ooh..."

  "Mereka boleh jadi pelakon satu hari nanti..." Azim menggengam sudunya, memikirkan betapa hebatnya kuasa lakonan tiga rakannya itu.

  Izzah tergelak sahaja melihat Azim.

  "Doktor kata, pukul 8?"

  "Sekarang baru pukul 6.30!"

  "Kenapa tergesa-gesa, Doktor?"

  Dr. Fakhrul hanya tersengih mendengar pertanyaan para 'spesimen'nya di tempat duduk belakang. Dia hanya terus memandu membawa kereta Proton Saga jenis lama miliknya, menyusuri sepanjang lebuhraya.

  Hampir sejam berlalu dalam mereka tertanya-tanya mengapa mereka perlu pergi lebih awal daripada sepatutnya. Mereka lebih kepada tidak berpuas hati. Yalah, selepas sarapan tadi, ingatkan hendak tidur dulu sebelum berangkat ke agensi angkasa itu memandangkan ada banyak lagi masa.

  Jadi selama sejam itulah, mereka merungut-rungut hendak tidur. Dr. Fakhrul terpaksa melayan kerenah mereka.

  "Waaaahhhh~~~!"

  Sampai juga mereka di destinasi. Kesemua mereka keluar daripada perut kereta. Kagum mereka melihat betapa luasnya tempat yang berupa seperti lapangan terbang.

  Mereka meninggalkan tempat parkir, lalu cepat-cepat berjalan ke pintu masuk utama agensi itu. Di pintu kaca itulah, dua orang lelaki berpakaian pejabat hitam lengkap menyambut Dr. Fakhrul serta para klon remaja itu.

  "Dr. Fakhrul?"

  "Y-Ya, saya."

  "Baik, ikut kami ke pejabat utama."

  Sambil mereka berjalan mengikut lelaki-lelaki itu, Dr. Fakhrul berbisik-bisik dengan anak-anak buahnya.

  "Menakutkan betul lelaki tu..."

  "Relakslah, mereka cuma lelaki." jawab Raja, menyampah dengan perangai Dr. Fakhrul yang berperangai seperti budak-budak.

  "T-Tapi... Mereka macam marah Doktor saja tadi... Eheheh..."

  "Mereka cuma bermuka ketat. Serius. Tak ada perlu ditakutkan..." jawab Hafiz, juga naik menyampah.

  "Ya, dalam hati mereka ada taman bunga, rama-rama dan burung, serta bermacam lagilah!" Azim tawa riang sambil dia berkata sebegitu. Dr. Fakhrul mengangguk paksa.

  Yang kaum Hawa asyik tertawa sahaja, melihatkan kegelisahan Dr. Fakhrul.

  "Kita di sini. Sila masuk."

  "H-H-Huh?? O-Oh, okey. Terima kasih."

  Daun pintu kaca gelap ditolak, lalu terlihat oleh mereka, meja mesyuarat bulat, papan putih, dan... beberapa orang lelaki dan seorang perempuan berpakaian pejabat.

  Para remaja perempuan jakun melihat seni bina dalaman pejabat dan perabot yang ada di situ. Sambil mereka melangkah masuk, mereka memandang sekeliling, kagum dengan seni yang begitu futuristik di dalam pejabat yang serba kaca. Bagai syurga bagi mereka, terutamanya Hani yang mengimpikan kerjaya sebagai interior designer.

  Itu hal perempuan. Yang lelaki? Terpesona dengan kecantikan dan bentuk lenggok badan seorang perempuan yang menyambut mereka. Berpakaian pejabat, perempuan itu pastinya memakai skirt hitam pendek paras atas lutut. Semestinya, mata-mata lelaki tidak mampu beralih dari mana-mana perempuan sekalipun...

PlutoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora