Bab 2 : Misi Mustahil

Start from the beginning
                                    

Oh ya. Kamu perlu ke Pluto minggu hadapan."

"What??"

"Esok atau lusa, kamu perlu ke agensi aeroangkasa itu untuk jalani sedikit latihan, sehingga kamu berlepas ke angkasa."

"Cepatnya?!"

"Eh, tak nak pergi, tak apa. Doktor boleh cancel--"

"KAMI PERGI!!"

Dia menghempas badan ke katil. Aura kebosanan menguasai diri. Tiada apa yang dia dapat buat malam itu. Permainan video? Bosan. Melukis? Tiada mood. Dia hanya merenung sahaja siling putih kosong.

Peristiwa tengah hari tadi melintas di kepalanya. Ke angkasa pasti menyeronokkan. Apatah lagi ke Pluto. Bukan senang hendak ke luar Bumi, ke luar dunia.

Matanya sudah terasa berat sambil dia angan bermacam perkara ketika di angkasa. Hampir matanya terkatup apabila terdengar olehnya ketukan pintu. Ada suara memberi salam. Dia kenal siapa.

Pintu dibuka, dan kelihatan seorang remaja perempuan, bertudung hitam ringkas, berbaju kemaja biru lengan panjang.

"Kau dah tidurkah, Raja? Maaf kalau mengganggu..."

"Tak, aku tak tidur. Bosan, adalah."

Fithri mengangguk perlahan. Matanya seperti membicarakan sesuatu apabila dia merenung lantai.

Raja perasan akan raut pelik itu. "Kau buat apa dekat sini? Sudah hampir tengah malam, kau tak mengantuk?"

"Tak, aku juga bosan."

"Kau tipu. Haish, kau ni, marilah masuk!"

"Masuk bilik budak lelaki? Tak nak aku! Apatah lagi bilik kau!"

"Habis tu? Kau nak kita berborak je depan muka pintu ni??"

Kedua-dua berpura-pura marah. Biasalah, mereka suka cari gaduh. Walau sedikit gaduh dalam sehari, itu pun sudah cukup.

Raja mengeluh, seiring dengan katanya, "jomlah, kita ke taman."

Terperanjat Fithri, namun dia hanya mengikut.

Di taman di sekitar luar bangunan, mereka duduk-duduk. Kerusi dan meja kayu berdekatan kolam ikan koi menjadi tempat lepak mereka. Taman itu cantik, bertambah lagi indahnya apabila langit malam dihiasi bintang menjadi bumbungnya.

"Kenapa dengan kau?" tanya Raja sejurus dia menyelesakan diri di kerusi kayu itu.

"Aku tak sedap hatilah, hendak ke Pluto." jawab Fithri, matanya terpaku pada ikan-ikan koi gergasi yang sedang tidur.

"Kenapa pula?"

"Aku-"

"Oh hoi~~ Datingkah?~~"

Aqilah menjerit dari jauh, berjalan ke arah taman.

Serentak terus Fithri dan Raja membalas teriak, "KALIANLAH YANG BERDATING!!"

Ansar terkejut dengan kata-kata itu, namun dia buat tidak kisah. Tetapi telinganya mula memerah, membuatkan Raja gelak terbahak-bahak.

Aqilah dan Ansar duduk sekali, menghadap dua lagi rakan mereka. Jus minuman bertin diletak Aqilah di meja kayu yang berada di tengah-tengah.

"Tak tidur lagi?" tanya Fithri pendek. Aqilah menggeleng.

"Aqilah ajak aku pergi jalan-jalan sekitar hospital, pergi makan di kafeteria dan ke taman ni." Dalam malu-malu Ansar berkata.

"Sooooo, apa cerita?"

"Ni ha, Fifi kata dia tak sedap hati fasal misi ke Pluto itu."

"Eh? Bukan kau minat dalam bidang angkasakah?" tanya Aqilah, "aku pasti kau nak ke Pluto juga, bukan?"

Fithri mengangguk perlahan, namun dia membahas. "Betul, aku nak sangat ke angkasa. Tapi,... kalian tak pelikkah?"

"Pelik, kenapa?" Ansar bertanya sebelum membuka tin minuman milik Aqilah tadi. Aqilah hanya membiarkan.

"Pluto! Kita akan ke Pluto! Jarak dari Bumi ke Pluto ialah 5.91 bilion kilometer!"

"Jadi?"

"Maksud Fifi, jaraknya terlalu jauh. Jarak jauh mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.

Kalau kita guna kapal angkasa, seperti jenis Apollo yang digunakan untuk ke Bulan, kita akan sampai ke Pluto selepas 86 tahun perjalanan."

Fithri mengangguk laju, membenarkan setiap patah kata Raja. Rasa hairan juga apabila Raja juga tahu sedikit sebanyak mengenai angkasa, selain diri Fithri.

Aqilah terlopong. Barulah dia tersedar dengan perkara itu. Ansar pula tidak bereaksi apa-apa.

"Aku pun fikir fasal benda yang sama juga," Ansar menghirup sedikit jus epal hijau daripada tin, "Merisaukan, bukan?"

"Hmm." Raut muka Fithri yang kebimbangan makin menebal.

"Apa yang kita akan naik untuk ke Pluto nanti? Kalau naik roket biasa, kita mungkin dah mati sebelum sempat sampai ke Neptun sekalipun!

Tapi seperti yang kita curi dengar, pihak agensi tu beria-ia betul hendakkan kita sebagai angkasawan untuk ke Pluto. Bukankah itu... pelik?"

"Ya... Apa sebenarnya rahsia dan tujuan mereka... ya?" Aqilah memegang dagu, berfikir. Ansar menghirup lagi jus sambil dia juga berfikir risau.

Keluh dilepas Raja. Ya, dia juga bimbang. Entah apa yang agensi itu minta mereka lakukan, dia pun tidak tahu.

"Ah, biarkan sajalah....! Janji kita dapat ke angkasa!" Aqilah dengan gembiranya membuang perkara tadi yang membelenggu fikirannya, jauh-jauh. Terkejut badak Fithri dan Raja. Tidakkah dia risau sedikitpun??

"Ansar, aku-- Woi! Air aku!!"

Bagai lipas kudung Ansar berlari menyelamatkan diri daripada Aqilah. Siapa suruh dia habiskan jus yang dibeli teman wanita gengsternya?

Kejadian menakutkan itu membuat Raja tergelak, manakala Fithri bimbang dengan keselamatan nyawa Ansar.

"Dahlah, aku nak pergi tidur." Raja bingkas bangun dari duduknya namun ditahan oleh soalan-soalan Fithri.

"T-Tapi..! Macam mana dengan perkara tu? Kita perlu beritahu Dr. Fakhrul!"

Tangan Raja mengusap kepala Fithri yang agak terkejut dengan usapan itu. Sudah agak lama dia tidak berbuat begitu. Walaupun hanya sekejap, usapan 2 saat itu menenangkan hatinya yang bergelora.

"Mungkin agensi itu guna kapal angkasa berkelajuan cahaya? Kita tak tahu..."

"Tapi--!"

"Esok kita tanya sajalah terus kepada agensi itu." Raja mula menapak pergi.

"E-E-Esok??"

"Dr. Fakhrul beritahu aku tadi. Esok kita akan pergi. Pukul 8 pagi. Aku fikir kau tahu?"

Fithri hanya ternganga. Alamak, beg pakaiannya belum dikemas lagi untuk penginapan di asrama agensi itu!

"Oh damn."

Raja pergi sahaja meninggalkan Fithri dalam kepanikannya, namun belakangnya tiba-tiba pedih dibelasah Fithri yang sudah hilang rasa takutnya mengenai misi mereka ke Pluto.

"Kau dah kemas baju?"

"Dah. Kau seorang saja yang belum."

"Meh..."

...

"Raja... kau ada... masak apa-apa tak di bilik kau? Snek ada?"

"Tak, kenapa-- Oh. Kau lapar lagikah??"

"Heheh."

PlutoWhere stories live. Discover now