Usah

54 2 0
                                    

Hai Kumbang
Kelmarin kau telah datang bersama tentera sekutumu
Mencemar duli di daerahku
Datangmu tidak bertangan kosong
Bersama buah tangan segunung
Datangmu juga tidak terjangka
Teragakku menerima hadir semua

Katamu mahu menyunting bunga
Kerna wujudnya menggetarkan jiwa
Kataku usah membuang masa membazir tenaga
Tidaklah bunga hidup selamanya
Kerna bunga bisa layu sekelip mata
Kumbang pastikan merana.
Bukanlah bunga berhenti mencuba
Kerna manis bunga sudah luput tarikhnya
Kumbang pastikan kecewa.

Maaf, kumbang
Usah dampingi bunga yang sudah tidak segar
Layaknya cuma di dalam sangkar
Untuk tatapan hingga nafas akhirnya tak didengar

Racun BergulaWhere stories live. Discover now