Cuba Untuk Cuba

72 0 0
                                    


Ditanya kepadaku berulang kali
Sampai bila mahunya menanti
Ah, sulit
Aku sendiri tidak pasti!

Bukannya sengaja rasa ini bermaharaja
Simpanan memori masih sama
Tiada berkurang memenuh ruang
Sayang mahu dibuang
Ah, benci
Aku masih lagi terkenang!

Tiadalah apa dayanya
Membenci atau mencerca
Jauh sekali melupa
Tiadalah apa usahanya
Cuba untuk terus cuba
Memati makna membunuh semua

Lalu,
Jangan dipaksa hati yang tidak merela.

Ia?

Racun BergulaWhere stories live. Discover now