Bab 5

644 46 0
                                    

Aku terkulai lemah. Kata-kata doktor benar-benar membuatku mahu pengsan ketika itu. Ibuku disebelah memegang tanganku erat.

"Maaf saya katakan, melalui ujian yang telah kami lakukan, Cik mengalami ketumbuhan fibriod dibahagian dinding rahim...."

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di mindaku. Salah satu penyakit yang ditakuti ramai wanita adalah kanser rahim kerana akan mengakibatkan seseorang itu, mungkin tidak bisa hamil.

Ya Allah. Bantulah aku yang lemah ini.
Keluargaku banyak yang membantu dan memberikan kata-kata semangat. Tidak kurang juga kawan-kawan di madrasah.

Aku tidak dapat mengikuti pembelajaranku kerana ditahan di wad hospital. Sayangnya....
Kenapa dalam dunia ini, mesti aku? Kenapa dalam ramai-ramai pelajar di madrasah itu, mesti aku?

Kerana Allah tahu aku kuat untuk melaluinya. Kerana Allah yakin akan kemampuan aku.
Ya Allah, bantulah aku yang lemah ini untuk terus kuat.

"Abah, cakap pada pemuda itu, angah undur diri. Jika ada jodoh angah, InshaaAllah adalah nanti." Ujarku pada ayahku. Ayahku mengangguk.

Peperiksaan akhir tahun berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Aku berjaya juga akhirnya menggenggam sijil Khatam Bukhari. Dan mendapat tempat ketiga dalam senarai top five.

Dalam sakit-sakit aku gagahi jua ke madrasah. Tiada penghalang untuk aku berjaya. Itu tekadku.
Aku dan rakan sekelasku berpelukkan. Ini adalah hari terakhir aku bersama mereka.

Selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri. Setelah lima tahun bersama, berlajar bersama, dan makan bersama membuat hatiku sayu untuk menngucap selamat tinggal.

"Kak Syabu, jumpa lagi." Itu adalah ucapan terakhir seorang demi seorang yang melangkah keluar dari pagar madrasah.

Aku kembali melangkah masuk ke madrasah Darul Uloom Lilbanat. Tiada banyak yang berubah. Alah, baru sebulan kot. Tapi yang berubah adalah status aku disini. Bukan lagi sebagai pelajar, tetapi sebagai pengajar.

Cabaran pertama yang aku hadapi, menjadi guru kelas kepada kelas yang banyak masalahnya. Rata-rata asatizah disini memang banyak komplain tentang kelas ini dan sekarang, aku adalah guru kelas mereka.

Tahu tak betapa seramnya nak menguruskannya.
Tapi aku yakin, Allah aturkan segalanya semua bersebab. Sebabnya adalah aku kuat dan mampu untuk menghadapinya.

Aku masuk saja ke kelas, ramai yang sudah tersengih-sengih. Aku memberi sedikit taklimat dan menyusun atur kedudukan kelas serta membuat pelantik baru AJK kelas. Selesai semuanya, pembelajaran pun dimulakan.

Tahun baru bermula. Masing-masing galak dengan azam baru. Tidak terkecuali aku juga. Setelah selesai menerangkan tafsir, aku memberikat sepatah-dua kata sempena tahun baru. Bercerita itu ini, berbincang itu ini.

"Saya punya azam baru, saya nak kahwin dalam tahun ini juga."

Murid-muridku semuanya sudah mengulum senyum. Aku juga tersenyum. Senyum ada makna beb.

Ramai yang memerhatikan aku dengan senyum yang tersimpul di bibir. Aku menyorokkan tanganku kebelakang. Senyuman mula terbit di bibirku.

Ya, sekarang aku sudah bertunang. Teringat bagaimana gelabahnya semua orang membuat persiapan disaat akhir apabila pemuda yang pernah ku terima tahun lepas datang semula bertanya tentangku dan ingin membawa keluarganya sekali datang berjumpa denganku.

Akhirnya aku telah mengikat tali pertunangan dengannya. Itulah jodoh. Siapa sangka aturan yang Allah buat untuk kita. Begitu banyak jalan cerita yang berbeza-beza buat setiap manusia.

(2015)
"Jadi, begitulah ceritanya. Tak sangka, kan? Jodoh saya dengan orang jauh." Aku menyudahkan ceritaku.

Aisyah Izzah mengangkat tangan. "Dekat mana?"

"Sarawak. Jauh kan?" ramai yang mengangguk kepala.

"Itulah. Saya dipilih oleh Allah untuk meneruskan dakwah di sana pula. Doakan saya."sambungku.
Aku melangkah keluar dari kelas dan menuju ke pejabat.


Ini Kisah AkuWhere stories live. Discover now