Bab 2

908 48 0
                                    

(2013)

Malam cuti amat gamat dengan bunyi bising pelajar. Tidak terkecuali aku antara salah seorangnya.

Maklumlah, sekarang ni aku senior kot. Sedar tak sedar, aku sudah ditahun yang terakhir. Umur aku juga sudah mencecah 22 tahun pada tahun ini.

Baju kurta ungu ku singkap keatas sedikit memandangkan tangga kecemasan itu agak basah kerana petang tadi hujan.

Seronok tengok budak-budak ni main runningman versi madrasah. Kelakar semua ada.
Seseorang datang pada aku.

"Kak Syabu, ada jualan lagi tak?"

Aku mengangguk. "Nak beli ke?" Dia mengiakan. Aku kembali masuk kedalam kelas.

"Ada tinggal yang ini jer. Nak beli apa?" soalku.

"Burger."

Selesai berjual beli, aku kembali ke tangga kecemasan yang berhadapan court itu. Melihat mereka bermain dan bergelak. Aku juga turut tergelak melihat telatah mereka.

"Kak Syabu, jom main skipping?"

"Jom!" ujarku riang. Jangan ingat usia sudah lanjut mematahkan semangat aku untuk bergembira seperti kanak-kanak. Umur saja tua tapi dalaman masih sweet thirdteen tau! Hahaha....

Aku membuat adab tidur sebelum tidur. Kata-kata ayahku masih terngiang-ngiang di fikiranku.

"Angah, ada orang bertanyakan tentang angah. Angah pun dah nak habis belajar jadi abah tak kisah untuk menerima. Angah cubalah solat istikharah, minta petunjuk dari Allah. Apa-apa nanti abah maklumkan pada angah nanti."

Hmm... susah sebenarnya mahu membuat keputusan. Ini bukan kali pertama abah berkata begini. Sudah hampir yang ke 10 kali.

Sejak dari aku di tahun yang ke tiga lagi sudah ada yang bertanya. Cuma, itulah namanya.... tak ada jodoh.

Sehingga kini, setiap kali istikharah yang aku lakukan masih menemukan jawapan yang sama. Sudah banyak kali aku menolak. Sampai bila mahu menolak, Aisyah?
Entahlah.Aku pun masih tiada jawapannya. Ngantuk ku sudah datang menjengah. Perlahan-lahan mataku terkatub jua.

Aku berjalan kembali ke kelasku. Selepas mensyuarat sebentar tadi Ustazah memanggilku dan katanya ustaz ingin bercakap denganku. Huishh... apa salah aku dah buat? Aku ni rekod jenayah masih suci lagi. Buat masa ini masih tiada lagi apa-apa jenayah yang aku sudah lakarkan didalam madrasah ini.

Aku mengambil mikrofon diatas meja.

"Assalamualaikum ustaz, saya Siti Aisyah."ujarku sambil menggeletar.

"Walaikumsalam. Hmmm.... Aisyah. Berminat tak nak mengajar selepas ini dekat madrasah?"

Aku terkedu. Mengajar? Mataku berkedip beberapa kali. Biar betul.

"Kamu fikirkanlah. Nanti beritahu ustaz apa keputusan kamu."

"Baik ustaz."balasku. Kembali ke mejaku setelah kawan-kawanku mula memasuki kelas. Riuh mulut mereka dengan cerita-cerita dari pelajar ulang-alik.

"Kak Syabu, ustaz kata apa?" tanya salah seorang kawanku.

"Tak ada apalah. Hal kecil aje." Mudah jawabku. Malas mahu kukecohkan pada mereka. Benda pun masih belum pasti.

Aku membuka kitab feqah. Tak lama kemudian, buku kuletak tepi dan mengikuti mereka yang rancak bersembang.

Dari dorm satu sehingga ke dorm enam, aku dan Laila mengejutkan para pelajar untuk bangun tahajjud. Makcik Maznah yang yang bertugas sebagai warden tiada pada hari ini.

"InshaaAllah, bangun! Bangun! Tahajjud!"
Beberapa orang sudah terpisat-pisat bangun dan turun dari katil. Tetapi masih ada juga yang berdegil tidak mahu meninggalkan bantal dan katil. Aku menghampiri seorang demi seorang lalu mengejutkan mereka.
Setelah memastikan tiada pelajar yang berada di dorm, aku menunggu Laila mengunci pintu agar tiada pelajar yang dapat menyambung nyenyak di atas. Kemudian aku dan Laila bersama-sama beredar ke kelas untuk menunaikan solat sunat tahajjud dan menunggu azan subuh.

Waktu pagi sebelum kelas bermula, aku memeriksa anak buah khidmatku melakukan tugasan mereka. Inilah rutin harianku untuk memanggil dan menyuruh mereka melakukan khidmat yang memang sudah sebati dalam diriku sejak beberapa tahun yang lepas.

Penatnya hanya tuhan yang tahu betapa peritnya tekak untuk mengulangi perkara yang sama tetapi dibuat endah oleh mereka.

"Hajar, dah buat khidmat ke belum?" Hajar menggeleng.

"Pergi buat khidmat sekarang." Aku berlalu pergi. Penatlah macam ni kalau semua benda perlu disuruh. Tapi itulah lumrah kehidupan, jika tiada yang menyuruh, memang takkan berjalan kerja dalam dunia ni.

Aku melihat jam dipergelangan tanganku, aduh! Sudah pukul tujuh dua puluh lima. Aku bergegas masuk ke kelas dan menyarung jubah.

Ini Kisah AkuWhere stories live. Discover now