Bab 4

624 46 0
                                    

Aku duduk dapur sambil termenung jauh. Kejadian tadi mengasak fikiranku.

Ayahku mengambilku dari madrasah. Hari ini pemuda yang sama juga bertanyakan tentang aku tempoh hari akan datang berjumpa.

Akhirnya aku bersetuju. Penat sudah menolak.
Untuk pertama kali berjumpa, aku benar-benar malu untuk bersemuka.

Aku menundukkan wajah sepanjang masa. Dia bertanya kepadaku.

"Kenapa banyak kali tolak?"

suaranya menyapa gegendang telingaku.
Aku hanya menundukkan wajah.

"Saya perlu berkhidmat mengajar di madrasah saya setahun."

Pemuda itu tersenyum. "Itu sahaja ke sebabnya?" aku mengangguk.

"Kalau macam tu, lepas kahwin boleh bincang." Aku menelan air liur.

"Angah! Jomlah dah nak balik madrasah dah ni."

Aku tersedar. Aku mengikut langkah adikku menuju ke kereta.

Ini Kisah AkuWhere stories live. Discover now