CERPEN 4 - AKU & KEBENCIAN AKU TERHADAP KEGILAAN MEREKA

1.8K 24 9
                                    

Aku benci mereka.

Golongan itu berfikir bahawa bersarapan di kedai makanan segera adalah sesuatu yang eksklusif. Sesuatu yang hanya orang berduit lakukan. Yang miskin bagi mereka tidak lebih daripada bersarapan dengan nasi lemak seringgit sebungkus. Atau memilih untuk tidak langsung bersarapan. Ah, golongan miskin itu, apa yang mereka tahu tentang eksklusiviti.

Aku melihat golongan-golongan itu mengirup kopi panas yang rasanya tidak seeksklusif yang mereka war-war kan. Ia hanya cuma kopi kosong yang boleh dibuat sendiri di rumah mereka. Tapi mungkin kerana kopi itu perlu dibayar untuk mendapatkannya maka ia terus saja menjadi sesuatu yang eksklusif pada mata mereka.

Mereka sebenarnya tidak sedar yang minda mereka telah berjaya ditawan oleh syarikat-syarikat syaitan ini. Tawanan-tawanan mereka ini dengan relanya tunduk bersujud ke kaki mereka. Diminta agar dikurniakan prosperity yang berpanjangan pada mereka. Syaitan-syaitan itu mendengar doa-doa mereka dengan mulut yang ketawa riang.

Manusia-manusia itu terlalu bodoh untuk tersedar bahawa kami si syaitan telah berjaya menyesatkan mereka di dunia ini. Teruslah menyembah kami wahai manusia nescaya kau akan diberi ganjaran-ganjaran yang tidak tercapai oleh akal kau daripada kami – iaitu sebuah dosa.

Aku berharap agar mereka menemui cahaya nur. Cahaya yang akan membasuh hati mereka dan membawa mereka semula ke jalan kebenaran. Lebih cepat itu berlaku lebih cepat mereka akan menemui syurga. Ianya menyedihkan untuk terus hidup bergelumang dengan dosa-dosa jijik di dalam perut mereka. Dosa-dosa yang sebenarnya adalah satu samaran yang menyedapkan. Jika ia tidak menyelerakan maka ia bukan lagi satu dosa. Kerana itu mereka terus-terusan melahap dosa-dosa itu kerana tidak dinafikan ia adalah sesuatu yang memberi mereka satu orgasma yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Aku tahu semua itu kerana aku adalah bekas penyembah mereka. Itu satu hakikat yang tak mampu untuk aku ubah. Atau cuba untuk dilupakan.

Tidak dinafikan bahawa peringkat-peringkat untuk membuang dosa-dosa itu bukanlah satu peralihan yang mudah. Aku sudah seperti penagih tegar yang akan melelehkan air liurnya setiap kali hidungku dihembus oleh nafas si syaitan itu. Ah, nafasnya itu mampu menggoncang tubuh badan aku sehingga kembali tunduk menyembahnya kembali. Hampir saja aku tumpas dengan godaannya tapi aku perlu kuatkan diri. Aku ingat lagi suatu masa dahulu, diri aku pernah berkata kepada diri aku sendiri, orang yang kuat adalah orang yang mampu bertahan dengan segala godaan yang mengelilinginya. Jatuh kepada godaan itu maka kau takkan mampu untuk mengesot kembali mencari sinar kebenaran. Aku juga terkejut yang aku mampu untuk mengeluarkan kata-kata hikmah sebegitu. Kadangkala diri kau mampu untuk mengejutkan diri kau sendiri.

Aku telah berjanji untuk tidak lagi terpedaya dengan hasutan syaitan itu. Aku dengan mendabik dadanya berkata pada mereka yang aku takkan kembali lagi pada mereka. Takkan sesekali kembali tunduk pada mereka. Aku tahu yang mereka tahu bahawa mereka takkan mengembalikan apa yang membuatkan aku tunduk menyembah mereka buat kali pertama. Aku begitu yakin dengan diri aku sendiri.

Tapi ada sebab mengapa mereka dipanggil sebagai syaitan. Hari itu aku segala ego aku, segala kekuatan yang ada pada aku, pergi meinggalkan aku sebaik saja aku ternampak itu.

Benarlah kata ustaz gila popular zaman sekarang, jangan sesekali takbur di muka bumi ini kerana akhirnya akan memakan diri sendiri juga. Iman manusia itu terlalu lemah. Syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia sehingga kiamat. Dan hari ini syaitan mengotakan janjinya itu dengan mengembalikan semula apa yang telah membuat aku tunduk menyembah mereka pada kali pertama dahulu.

— Chicken Foldover.

Ah, babi!







CERMIN, KERUSI & WEB PORNOWhere stories live. Discover now