Helena yang entah daripada mana tiba-tiba muncul dengan sebuah bagasi berwarna ungu disisinya . Adrianna semakin kaku . Bukankah Helena bersekongkol dengan Darren untuk menjatuhkan Darren ? Kenapa akhirnya Helena membantu dia ? Dan , baru dia tahu .. Pil keguguran yang Helena makan untuk membunuh bayi mereka sebenarnya ialah kerana Syamim yang memaksanya ! Sungguh , dia benar-benar perlu membuat perhitungan dengan lelaki ini .

"Dasar jantan murah !"

Namun Redwan sudah terlebih dahulu meninggalkan kesan lebam dibahagian dagu lelaki itu . Keadaan di perkarangan KLIA kecoh dengan insiden itu .

"Abang !"

"Ya Allah .. Redwan!"

"Itu balasan untuk lelaki murah macam kau !"

Keadaan semakin tegang . Adrianna memegang tangan Helena kemas sebelum mereka semua akhirnya bergerak dengan Startrek Hyundai milik Ridwan . Meninggalkan Syamim yang sedaya upaya cuba untuk bangun . Adrianna hanya diam di dalam kereta . Menilik Syamim yang cuba dibantu oleh beberapa orang berdekatan . Satu masalah sudah selesai . Tinggal dua saja lagi yang perlu  dihadapi .

.................

2 hari sebelum hari perbicaraan ..

Hasya menilik adiknya yang kelihatan manis berbaju kurung moden . Tudung berwarna emas yang sedondon dengan baju kurungnya nampak elok apabila gadis secantik Adrianna yang menggayakannya .

"Cantik sangat adik akak ni .. Mesti suami dia terpegun .."

Hasya tak habis-habis memuji kecantikan adiknya . Semenjak dia pulang daripada Sydney , Adrianna hanya kelihatan muram dan asyik menangis di pangkuan Hasya . Mungkin terlalu rindukan suaminya . Jadi , Hasya mengambil keputusan untuk meminta bantuan Hana menghantarnya ke balai polis dimana Darren ditahan sementara siasatan berjalan .

"Cantik ke kak ? Betul ni ?"

Hasya mengangguk-ngangguk sebelun kereta Hana kedengaran mengehon daripada luar rumah .

"Adik ! Hana dah sampai tu !"

Kedengaran suara Puan Salmah menjerit daripada ruang tamu . Adrianna bergegas mengambil tas tangan dan bersalam dengan semua ahli keluarganya sebelum berlari anak masuk ke dalam kereta mewah milik Hana .

"Cantik Adrianna hari ni ! Mesti Abang Darren suka ! Pakai seatbelt ! Kita jalan jauh ni !"

Adrianna tersenyum dengan pujian Helena yang berada di seat belakangnya  sebelum menarik seatbelt membalut pinganggnya . Betapa dia bahagia hari ini dia dapat juga melepaskan rindunya pada Darren . Senyumannya tak lepas daripada bibir sehingga akhirnya dia terlelap ..

................

"Nik Darren B. Abdullah ?!"

Darren yang hanya terbaring lesu di atas lantai besi itu terbangun dengan suara salah seorang pegawai polis yang memanggil namanya . Lambat-lambat dia bangun dan mendekati pegawai polis bermisai lebat itu .

"Ya tuan ? Ada apa ?"

Pegawai polis yang bernama Gilbert itu memandangnya bengis .

"Kamu ada pelawat"

Darren terpinga-pinga . Dirinya dibawa ke sebuah bilik pengasingan yang hanya ada sebuah telefon dan dinding kaca lutsinar . Ini ialah pelawatnya yang ketiga setelah Helena dan papanya datang melawat tempoh hari . Helena telah menceritakan bagaimana penculik upahan Syamim menculiknya dan memaksa Helena menceritakan keadaan sebenar Darren dan Adrianna atau dia akan dicampak ke dalam gaung . Tiba-tiba muncul seorang gadis berbaju kurung , manis orangnya dan ya , itu isterinya . Serentak tangan mereka berdua melekap di balik cermin pemisah setelah hampir seminggu tak bersua muka .

Sweet Stalker [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now