Bab 15 (Finale)

13.1K 668 42
                                    

Adrianna termenung . Merenung langit yang membiru seperti air laut . Keluhan lemah dilepaskan . Rindunya dia pada jejaka bernama Nik Darren . Betapa hatinya bimbang akan lelaki yang masih bergelar suaminya itu . Hari ini dia akan pulang ke Malaysia di atas arahan Darren sendiri sebelum dia ditahan polis Sydney yang berkerjasama dengan Polis Malaysia .

Sayang ..

Kenapa lah suara Darren asyik terngiang-ngiang dalam otaknya ? Hana dah cuba yakinkan dirinya bahawa Darren pergi tak lama . Pasti ahli keluarganya akan mengikat jamin beliau dan Adrianna sendiri akan membantu kes ini dengan memberi keterangan palsu . Ya , palsu . Tak mungkin dia akan menceritakan bahawa Darren menculik dirinya .

"Adrianna ? We're arrived . Come"

Hana menghulurkan tangan untuk membantu Adrianna bangun . Adrianna tersentak . Terus digenggam jari jemari Hana yang terasa sejuk membeku akibat pendingin hawa . Langkah diatur meninggalkan kapal terbang mereka . Adrianna memandang Hana sekilas .

"Hana , kita akan jumpa Darren kan ?"

Hana mengangguk .

"Tapi lagi seminggu baru kita jumpa dia . Saya pun tak faham kenapa .. Tapi , apa yang penting kita jumpa mak dan ayah awak dulu"

Hana mendongak mencari-cari kelibat ibu-bapa Adrianna . Sempat dia menghubungi Syamim semalam . Meminta nombor telefon ibu bapa Adrianna . Kerana terpaksa dia mencari Syamim . Terpaksa ..

"Adik ?! Adik !!"

Hasya Nabila . Kakak kepada Adrianna itu mengatur langkah laju mendapatkan Adrianna . Sebak tidak dapat ditahan lagi . Sungguh dia bersyukur adiknya masih selamat . Kelihatan Redwan , suami kepada Hasya setia berdiri di samping isterinya . Cuba menenangkan mungkin .

"Adik ! Kakak tak sangka kawan baik engkau boleh buat kau macam ni ! Apa motif dia ?!"

Tiba-tiba ibu dan ayah Adrianna berlari dari kejauhan cuba mendapatkan anak bongsu mereka .

"Ya Allah adik ... Adik sihat tak ? Adik dah makan ? Dia ada apa-apakan adik tak ?"

Adrianna diam . Ditenung semacam lantai KLIA seperti ingin ditebuk . Kenapa Syamim sanggup buat cerita sampai semua orang ingat Darren tu boleh bunuh aku ? Hatinya berbisik kecewa . Bagai diseru , muncul juga dari kejauhan lelaki yang paling dibencinya .

"Ibu , ayah dengan kakak dah salah . Dia tak cederakan adik pun . Adik yang ajak dia lari dengan adik ! Adik yang nak kahwin dengan dia ! Laki tu .. Laki tu yang jahat ! Dia tipu adik ! Dia tak bertanggungjawab !"

jari telunjuk Adrianna diarahkan tepat ke batang hidung Syamim . Terkedu seketika lelaki itu dibuatnya .  Semua mata memandang ke arahnya . Apabila mata Syamim bertembung dengan Hana yang setia menyaksikan drama ini berdekatan , Hana berbisik sesuatu kepada Syamim sebelum beredar .

"Game over , idiot"

Ayah Adrianna kelu .

"Syamim ni .. Tak bertanggungjawab ? Maksudnya ?"

Encik Sofwan memandang tepat ke anak mata Syamim , meminta penjelasan . Syamim kaku . Adakah segala rahsia hitam yang tersimpan rapi bakal terbongkar ?

"Cerita lah Syamim"

Tiba-tiba suatu suara yang asing menggempur drama swasta yang hebat ini . Adrianna menoleh dan ya dia kaget . Kerana dia kenal wanita yang sedang berjalan menghampiri mereka ini .

"Tell them how you've made me PREGNANT , tell them how you leave me with a baby when I'm still studying , tell them how you seduce Adrianna to get marry with you and get rid of me from your mind and how you KILLED OUR BABY with that abortion pills !  Tell them . Tell them EVERY SINGLE THING THAT THEY SHOULD KNOW !!"

Sweet Stalker [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now