Bab 21

2.3K 85 0
                                    

Hujung minggu Aliyah dan keluarga bersantai di rumah. Sudah beberapa hari Aliyah dikeluarkan dari hospital. Khairil pula ke gim untuk mengemas akaun gim. Sesampainya di gim, dia terpaku melihat seorang perempuan berselendang hitam yang mengenakan oversized tshirt dan seluar sukan berwarna biru gelap. Sebaik sahaja terpandang akan perempuan itu, dia menundukkan pandangan dan berjalan terus ke arah kaunter.

"Ya, Puan Ara?" Ramah Khairil bertanya. Senyuman diberikan sambil membuat kening double jerk.

"Please dont make me angry okay. Nad mana?" Ara bernada dingin. Perasaan malu mengutuk pintu hatinya. Kelakar kan jantung. Jangan nak berdegup lebih lebih okay, ujarnya dalam hati.

"You nak apa? Cakap jelah dekat i." Khairil membuat buat membelek telefonnya. Dia tidak sanggup memandang wajah Ara yang semakin ayu apabila dikenakan tudung.

"Kalau taknak bagitahu tak apalah." Ara terus ingin berlalu ke tingkat atas untuk mencari Nad. Namun, belum sempat dia melangkah ke tangga pertama, Khairil memanggil namanya.

"Ara! You look beautiful in hijab."

"Er, thanks." Wajahnya merona merah. Dia segera melangkah ke atas. Jantungnya dirasakan bagai mahu jatuh saat itu juga.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di rumah, Aliyah dan Qhalif sedang leka menonton cerita Harry Potter. Ibu sedang memasak sendirian. Katanya mahu menyediakan juadah istimewa memandangkan hari ini ulangtahun kelahiran Khairil. Mereka mahu membuat kejutan untuk abang.

"Kita ni dah bosan sangat ke apa buat marathon Harry Potter?" Tegur Qhalif yang sudah mula jemu menonton filem itu. Aliyah dilihatnya leka menonton.

"Aliyah." Panggil Qhalif. Aliyah tidak menoleh namun menjawab dengan malas.

"Kenapa?"

"Aliyah selesa ke Qhalif duduk sini? Kesian Aliyah dengan ibu kena pakai tudung." Remote dicapainya lalu menekan butang jeda(pause).

"Qhalif, play back. Ish dia ni." Remote di tangan Qhalif diminta. Dia menadah tangan sambil membuat muka masam.

"Qhalif tanya tadi. Jawab dulu." Remote di tangannya di bawa ke belakang badan.

"Apa? Aliyah tak kisah lah. Qhalif kan anak bestfriend papa." Aliyah mencebik. Matanya dijengilkan ke arah Qhalif.

Bestfriend papa? Bestfriend ke kalau bunuh bestfriend sendiri. Qhalif bermonolog sendirian.

"Kalau Aliyah tak nak pakai tudung, apa kata kita nikah?" Barisan giginya dipamerkan. Muka Aliyah kemerah merahan. Qhalif menahan ketawa melihat perubahan wajah Aliyah. Aliyah mendengus dan memandang ke arah lain.

"Ala, orang gurau je. Okay Qhalif play back. Hahahahaha." Akhirnya Qhalif ketawa jugak.

"Qhalif, Aliyah. Cepat, abang nak balik dah. Tolong ibu hidang kejap." Ibu memanggil mereka berdua dari arah dapur.

"Qhalif ah ni. Dah nak habis dah cerita tu. Yang pause buat apa. Eii." Bebel Aliyah sambil melangkah ke arah dapur. Qhalif hanya tersenyum kecil melihat telatah Aliyah. Macam budak kecik.

Setelah siap menyusun atur makanan di atas meja yang diletakkan di hadapan kolam ikan, ibu pergi ke arah pintu apabila terdengar loceng berbunyi.

"Puan, ada tetamu datang. Nak saya bagi masuk." Kedengaran suara garau Pakcik Badar dari celah interkom di tepi pintu. Ibu membenarkan tetamu itu masuk dan keluar untuk melihat siapa yang datang.

"Jamil. Kau buat apa kat sini?" Ibu terkejut dengan kehadiran kawannya itu. Dia menjemput Jamil ke arah taman di tepi rumah.

"Wah, besar dah Aliyah." Jamil yang perasan akan kehadiran Aliyah menyapanya lembut. Aliyah hanya tersenyum sambil menggangguk kecil.

"Buat pa pakcik datang sini? Rindu ibu ke huhuhuhu." Muka seposen ditunjukkan.

"Eh apa lak tak rindu. Bestfriend en." Jamil mengukir senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya. "Eh, birthday Khairil kan harini? Aku ada bawak hadiah untuk dia. Jap, anak aku tengah ambil."

"Kau ni pehal susah susah sangat. We all nak buat suprise kat dia. Ni kau dah park kereta kat situ, tak suprise lah." Ibu berjanda sambil mengangkat kek oreo cheese apabila terperasan akan kereta Khairil yang sedang masuk ke halaman rumah. Mereka semua pergi ke arah Khairil dan menyanyikan lagu hari lahirnya untuknya sebaik sahaja dia membuka pintu kereta.

"Allah selamatkan kamu. Wuuuu, happy birthday Abang!" Mereka semua menjerit.

Khairil terpaku lalu menitiskan air mata. Dia mengesat air mata lalu memeluk ibu dan Aliyah.

"Apa hal do kau nangis?" Aliyah menyoal. Dasar hati tisu, hatinya berbisik.

"Aku terharu lah. Thanks, ibu, Aliyah." Khairil melepaskan pelukan. Dia memandang Jamil yang berdiri di sebelah Qhalif.

"Abah! Abah pun ingat birthday Khairil ke? Huhuhuhuhu bro hug, jom." Lantas Khairil memeluk Qhalif dan Professor Jamil erat erat.

"Eh kamu ni Khai, ingat abah ni teddy bear ke peluk macam ni?"

"Abang Khai. Takleh. Nafas. Tolong." Rayu Qhalif yang sudah merasa sesak akibat pelukan Khairil.

"Abah gummy bear lah. Hehe." Dia kemudiannya merungkaikan pelukan. Professor Jamil mengesat air mata Khairil yang menitis di pipinya.

"Cengeng betul anak abah."

"Mana ada lah."

"Abang memang gedik, kan Qhalif."

"Never deny that." Qhalif mengangguk.

"Ish. Jahatnya."

"Khairil, happy birthday." Khairil berpusing ke arah suara itu. Dia melihat perempuan itu yang sangat ayu mengenakan jubah biru lembut beserta tudung merah jambu.

"Ara, you buat apa kat sini?" Khairil terkejut.

"Ambik jelah hadiah ni. You ni memang tak ada adab ke apa?" Kotak jam tangan Daniel Wellington diberikan kepada Khairil.

"Er, thanks?" Dia menyambut huluran kotak itu.

"Okay now. Mari makan, anak anak." Ibu menjemput mereka semua ke taman. Nasi ayam dan laksa johor menjadi santapan mereka semua pada hari itu. Khairil makan dengan berseleranya. Ibu memang pandai memasak makanan kegemarannya.

"Abang. Kitorang ada hadiah untuk abang." Aliyah bersuara sambil memandang ke arah Qhalif.

"Oh ya. On your bed okay." Qhalif menjawab memahami apa yang dimaksudkan oleh Aliyah.

"Apa benda?" Khairil bertanya. Aliyah hanya mengenyitkan mata sambil menyambung makan.

"So, Jamil. Kau kenapa datang hari ni?" Giliran ibu pula bertanya. Dia merasa sedikit hairan dengan kedatangan Jamil.

"Aku nak pinang anak kau, Khairil." Laju Professor Jamil berbicara.

"What?!" Terbeliak biji mata Khairil mendengar pernyataan abah. Dia memandang ke arah abah, meminta penjelasan.

"Abah, apa ni? Abah kata nak hantar present dekat Khairil je?" Ara sudah mula terasa bahang di pipi. Mahu saja dia beredar dari situ. Namun dia tahankan juga bagi menghormati keluarga Khairil.

"Abah nak pinang Khairil bagi Ara." Dia menegaskan sekali lagi.

Khairil berdehem sedikit, lalu melihat ke arah ibunya.

"Khairil tak kisah kalau Ara nak. Tapi, Khairil nak tanya ibu dulu." Dia menjawab tenang. Ara dilihat sudah tergendala aktiviti makannya. Ara hanya diam seribu bahasa.

"Khairil istikharah dulu ya." Nasihat ibu. "Ibu tak kisah asalkan it's good for you." Sambungnya lagi.

"Ara setuju?" Professor Jamil memandang ke arah anak perempuannya. Ara membuang pandangan ke arah kolam.

"Nanti Ara fikir ya, aunty." Putusnya.

Anugerah Tuhan [completed]Where stories live. Discover now